.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2009 |  Bagi Bulan : :.

3 Jun 2009
IMPROVER JUARA KKC PERINGKAT KKBS

Kumpulan IMPROVER dari JAPEM cawangan Daerah Belait, dinobatkan sebagai juara Pertandingan Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi tahun 2009.

Kumpulan ini telah ditubuhkan pada 2 Jun 2008 dan mempunyai 5 orang ahli sahaja. Ini adalah kali pertama kumpulan ini menyertai konvensyen KKC di peringkat Kementerian.

Kumpulan Improver telah memilih tajuk projek Pembaziran Kertas Pendua kerana kumpulan percaya jika masalh ini dibiarkan berterusan, ianya boleh mendatangkan kesan yang besar dan secara langsung ianya melibatkan masalah kos, tabiat negatif pengguna, tenaga isu alam sekitar dan tempat penyimpanan.

Sebanyak 5 pasukan telah menyertai konvensyen pada pagi ini yang telah dilangsungkan di Dewan Pencapaian, Institut Perkhidmatan Awam. Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi pasukan KKC dari Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu IT-CON dan SOLIDARITY@DBP.

Sementara itu tempat keempat disandang oleh Kumpulan WARISAN dari Jabatan Muzium-Muzium, kelima dimenangi oleh KRK dai JAPEM dan keenam Kumpulan MESRA 2 dari Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kumpulan Harmoni dari Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) yang bertanding di Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang Peringkat Kebangsaan Kali ke-XI tahun 2008 yang  telah meraih Anugerah Perak juga menerima Penghargaan daripada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh wakil peribadi Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji Mohammad bin Haji Abd Rahman, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap KBS. Selaku juara kumpulan ini akan mewakili KKBS ke Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan kemudian.

 
3 Jun 2009
4 WARGA JAPEM TERIMA ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG

Seramai 4 orang pegawai dan kakitangan JAPEM adalah diantara penerima ‘Anugerah Pekerja Cemerlang’ bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi tahun 2009.

Anugerah tersebut telah disampaikan kepada Dayang Hajah Siti Zarena binti Haji Ismail, Dayang Timong binti Musing, Awangku Zainorisnan bin Pg Othman dan Dayang Jubaidah binti Tuah oleh Awang Haji Mohammad bin Haji Abd Rahman, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku wakil peribadi Tetamu Kehormat Majlis, Setiausaha Tetap KKBS di Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi tahun 2009.

Majlis ber
langsung di Dewan Pencapaian, Institut Perkhidmatan Awam.


Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn

Terms Of Use

Hak Cipta Terpelihara (c) JAPEM