Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyerahkan Rumah Bantuan Kepada Dayang
Rosminah binti Utun
Majlis Penyerahan Rumah Bantuan
kepada Dayang Rosminah binti Utun telah diadakan pada hari ini di No. 17
Simpang 73 Kampong Serasa, Daerah Brunei Muara.
Rumah bantuan tersebut merupakan projek bantuan perumahan golongan daif,
fakir dan miskin yang diungkayahkan di bawah satu Jawatankuasa yang
diselaraskan oleh Jabatan Perdana Menteri bersama Kementerian Hal Ehwal
Ugama, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan Kementerian Pembangunan.
Pembinaan rumah berkenaan adalah dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Ugama Islam
Brunei (MUIB) melalui wang zakat manakala dari sudut infra-struktur adalah
dibiayai oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Sementara itu, Jabatan
Pembangunan Masyarakat menyumbangkan Bantuan Asas.
Hadir di majlis penyerahan rumah bantuan tersebut ialah Yang Berhormat Pehin
Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Ahmad bin Haji
Jumat, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Juga hadir di majlis pada pagi tadi ialah Setiausaha Tetap Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan, Timbalan Setiausaha Tetap Jabatan Perdana
Menteri, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan, Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR).
Turut hadir Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Hajah Misnah
binti Haji Bolhassan, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan, Penghulu dan Ketua
Kampong Serasa.
9 September
2009
PATUTI PERATURAN KEWANGAN 1983
Sebahagian
daripada Pegawai dan Kakitangan JAPEM yang menghadiri Taklimat Kewangan
Mengenai Hasil, Ehwal Kewangan, Stor dan Wang Pendahuluan Rampaian
Pegawai dan Kakitangan Jabatan
Pembangunan Masyarakat (JAPEM) diingatkan supaya sentiasa mematuhi segala
Peraturan Kewangan 1983 untuk melicinkan urusan-urusan kewangan yang dibuat
di Jabatan ini, Kementerian Kewangan, kementerian-kementeria dan
jabatan-jabatan kerajaan yang lain.
Perkara tersebut telah ditekan oleh para Pegawai Kewangan dari Jabatan
Perbendaharaan, Kementerian Kewangan ketika memberikan taklimat kepada lebih
30 orang pegawai dan kakitangan JAPEM . Taklimat Kewangan Mengenai Hasil,
Ehwal Kewangan, Stor dan Wang Pendahuluan Rampaian telah dianjurkan oleh
Bahagian HRD dan PR JAPEM dengan kerjasama Jabatan Penbendaharaan,
Kementerian Kewangan.Taklimat tersebut telah diadakan di Dewan Citrabudaya,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Pada sesi taklimat itu para peserta telah didedahkan mengenai dengan
cara-cara perbelanjaan mengikut jumlah peruntukan. Juga disentuh dalam
taklimat berkenaan mengenai dengan sebutharga, Lembaga Tawaran Kecil dan
Lembaga Tawaran Negara.
Selain itu pegawai dan kakitangan JAPEM yang menghadiri taklimat pada pagi
tadi diberikan taklimat mengenai Hasil, Wang Pendahulu Rampaian dan Stor.
Taklimat yang serupa bagi kumpulan kedua akan diadakan pada esuk hari di
tempat yang sama.