.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2010 |  Bagi Bulan : :.       

21 Februari 2010
MALAM PENGHARGAAN SUKARELAWAN

Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) sangat menghargai penglibatan sukarelawan dalam sama-sama membantu dalam penjagaan warga emas di Negara Brunei Darussalam. Sehubungan dengan itu lebih 30 orang sukarelawan Projek Keluarga Dalam Memeduli Warga Emas telah diraikan di Majlis Makan Malam Penghargaan Sukarelawan yang diadakan di Royal Brunei Recreation Club pada malam tadi.

Sejak Projek Keluarga Dalam Memeduli Warga Emas dilancarkan pada tahun 2005, lebih 100 orang sukarelawan telah berdaftar dalam projek tersebut. Projek Keluarga Dalam Memeduli Warga Emas merupakan anjuran bersama JAPEM dan HelpAge Of Korea. Projek ini dihasratkan untuk memberikan khidmat sukarela kepada warga emas di Negara Brunei Darussalam yang berumur 60 tahun ke atas, berseorangan (solo) dan memerlukan bantuan dalam aktibiti kehidupan seharian. Projek ini juga berkehendakkan ahli keluarga terlibat bagi memeduli warga tua, selain penglibatan keluarga terdekat yang lain, pihak individu dan pihak NGOs.

Antara objektif projek berkenaan ialah untuk meningkatkan taraf kehidupan warga emas dari segi fizikal, emosi dan sosial serta menyediakan bantuan di dalam mengendalikan aktibiti kehidupan harian. Disamping itu dihasratkan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai, sektor swasta dan pertubuhan sukarela mengenai perlunya penjagaan terhadap warga tua bagi mengekalkan survival. Ianya juga diharapkan akan dapat meningkatkan kesedaran terhadap kewajipan memelihara dan memeduli warga tua.

Berbagai-bagai perkhidmatan yang bersesuaian dapat dilakukan di dalam projek memeduli warga emas antaranya, membantu mengadakan keperluan harian seperti mengemas rumah dan sebagainya; penjagaan/kebersihan diri; mengisi masa warga emas.

 

[ KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN ]  [ JABATAN PUSAT SEJARAH ]  [ JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ]
[ JABATAN MUZIUM-MUZIUM ]  [ JABATAN BELIA DAN SUKAN ] [ PUSAT PEMBANGUNAN BELIA ]