.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2010 |  Bagi Bulan : :.       

31 Ogos 2010
5 Orang Penerima BKB di Daerah Belait Terima Sumbangan Amal Di Bulan Ramadhan

Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Hajah Adina binti Othman menyampaikan sumbangan Amal Di Bulan Ramadhan kepada Dayang Liak binti Jaya

Diatas dasar pemedulian terhadap warga emas di Negara ini, aktiviti Sumbangan Amal di Bulan Ramadhan 1431H/2010M telah diungkayahkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS). Majlis berlangsung di 5 buah kediaman penerima Bantuan Kebajikan Bulanan (BKB) dari JAPEM bagi Daerah Belait telah diadakan secara berasingan pada pagi tadi.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyampaikan sumbangan ialah Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Hajah Adina binti Othman.

Yang Mulia Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan rombongan mula-mula membuat ke rumah Dayang Liak binti Jaya yang mana sumbangan berupa catuan makanan asasi telah diserahkan bagi membantu penerima dalam persediaan menjelangnya Hari Raya Aidilfitri kelak. Doa Selamat seterusnya dibacakan bagi memberkati majlis tersebut.

Majlis yang serupa turut diadakan dikediaman empat lagi penerima BKB, iaitu Dayang Hajah Permai @ Hajah Emaisiah binti Otot, Dayang Hajah Rahmah binti Abang Nor, Awang Timbang bin Rahman dan Awang Ahmad bin Hamid.

 

Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Hajah Adina binti Othman menyampaikan sumbangan Amal Di Bulan Ramadhan kepada Dayang Hajah Permai @ Hajah Emaisiah binti Otot

Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Hajah Adina binti Othman menyampaikan sumbangan Amal Di Bulan Ramadhan kepada Dayang Hajah Rahmah binti Abang Nor

Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Hajah Adina binti Othman menyampaikan sumbangan Amal Di Bulan Ramadhan kepada Awang Timbang bin Rahman

 

Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Hajah Adina binti Othman menyampaikan sumbangan Amal Di Bulan Ramadhan kepada Awang Ahmad bin Hamid

Turut hadir ke majlis tersbut ialah Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Hajah Misnah binti Haji Bolhassan, pegawai-pegawai kanan Jabatan dibawah KKBS dan JAPEM.

 
30 Ogos 2010
Penghuni Taman Nurhidayah Diraikan Di Majlis Iftar BIBD

Lebih 30 penghuni Taman Nurhidayah hari ini diraikan di Majlis Iftar Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) yang diadakan di Restoran Tarindak Kelab Polo Jerudong di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya yang juga selaku Pengerusi BIBD.

Juga hadir, Timbalan Menteri Kewangan, Dato Paduka Awang Haji Bahrin yang juga selaku Timbalan Pengerusi BIBD, Pemangku Pengarah Urusan, Javed Ahmad, ahli-ahli Lembaga Pengarah, ketua-ketua bahagian dan pegawai-pegawai serta kakitangan BIBD.

Taman Nurhidayah rumah penampungan (shelter home) yang diasaskan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) bagi wanita yang memerlukan perlindungan terhadap keganasan rumah tangga dan untuk pemulihan.

Sebelum acara berbuka puasa, Yang Berhormat juga menyampaikan sumbangan wang tunai kepada pihak JAPEM dan seterusnya juga menyampaikan sumbangan kepada penghuni taman tersebut.

Majlis seumpama itu merupakan sebahagian 'Program Sirah Amal BIBD' dalam mempromosikan kerjasama di antara warga BIBD dengan masyarakat. - Pelita Brunei

 
30 Ogos 2010
Murid Dan Pelatih Pusat Bahagia Diraikan Di Majlis Berbuka Puasa

Para dermawan menyampaikan duit raya kepada murid dan pelatih berkeperluan khas yang diraikan

Pusat Bahagia Dearah Brunei dan Muara lewat petang tadi mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama dengan murid-murid dan pelatih-pelatih berkeperluan khas yang diadakan di pusat tersebut di Kampung Pulaie di sini.

Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 120 orang terdiri dari murid-murid, pelatih-pelatih serta pegawai-pegawai dari Pusat Bahagia ini juga turut disertai oleh Penolong Pengarah Pembangunan Masyarakat, Awang Haji Rosmadee bin Haji Mohd. Daud.

Majlis yang diungkayahkan ini merupakan sumbangan daripada lima buah syarikat swasta terdiri dari Dee Jay Home Video Company, Processta Printing Ang Trading Company, Hasmit Electrical and Lighting Sdn Bhd, Gemilang Fa'ez Construction Sdn Bhd dan Borneo Inited Enterprise Sdn Bhd.

Sebelum majlis berbuka puasa, bacaan Tahlil dan Doa Arwah telah dipimpin oleh Ustaz Mazle bin Moksin.

Turut diselajurkan di majlis tersebut ialah penyampaian duit raya kepada murid dan pelatih berkeperluan khas yang diraikan.

Dengan adanya keprihatinan seumpama ini pihak Pusat Bahagia amat menghargai dan berterima kasih atas sumbangan yang dihulurkan dalam sama-sama memeduli kebajikan orang berkeperluan khas khususnya di pusat ini.

 
30 Ogos 2010
4 Orang Penerima BKB di Daerah Brunei Muara Terima Sumbangan Amal Di Bulan Ramadhan

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Di Raja Dato Paduka Awang Haji Hazair
bin Haji Abdullah
menyampaikan sumbangan Amal Di Bulan Ramadhan kepada Dayang Hajah Murah binti Japar @ Jafar

Diatas dasar pemedulian terhadap warga emas di Negara ini, aktiviti Sumbangan Amal di Bulan Ramadhan 1431H/2010M telah diungkayahkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS). Majlis berlangsung di 4 buah kediaman penerima Bantuan Kebajikan Bulanan (BKB) dari JAPEM bagi Daerah Brunei Muara telah diadakan secara berasingan pada pagi tadi.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyampaikan sumbangan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Di Raja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah.

Yang berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan rombongan mula-mula membuat ke rumah Dayang Hajah Murah binti Japar @ Jafar yang mana sumbangan berupa catuan makanan asasi telah diserahkan bagi membantu penerima dalam persediaan menjelangnya Hari Raya Aidilfitri kelak. Doa Selamat seterusnya dibacakan bagi memberkati majlis tersebut.

Majlis yang serupa turut diadakan dikediaman tiga lagi penerima BKB, iaitu Awang Mainin bin Timbang, Awang Rakit bin Jakaria dan Dayang Hajah Intan binti Kula.

 

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Di Raja Dato Paduka Awang Haji Hazair
bin Haji Abdullah menyampaikan sumbangan Amal Di Bulan Ramadhan kepada
Awang Mainin bin Timbang

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Di Raja Dato Paduka Awang Haji Hazair
bin Haji Abdullah menyampaikan sumbangan Amal Di Bulan Ramadhan kepada
Awang Rakit bin Jakaria

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Di Raja Dato Paduka Awang Haji Hazair
bin Haji Abdullah menyampaikan sumbangan Amal Di Bulan Ramadhan kepada
Dayang Hajah Intan binti Kula

 

Turut hadir ke majlis tersbut ialah Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Hajah Adina binti Othman, Setiausaha Tetap KKBS, Yang Mulia Dato Paduka Haji Jemat bin Haji Ampal, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Hajah Misnah binti Haji Bolhassan, pegawa-pegawai KKBS dan JAPEM.

 
24 Ogos 2010
SUST sumbangkan 170 alat pencetak komputer kepada JAPEM

Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Misnah binti Haji Bolhassan menerima sumbangan alat pencetak komputer dari Pengarah Urusan Syarikat Universal Technologies, berlangsung Bilik Attaqwa, Jabatan Pembangunan Masyarakat

Bagi membantu kanak-kanak yang mengikuti program kebajikan di Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Syarikat Universal System Technologies (SUST) pagi tadi menyumbangkan sebanyak 170 alat pencetak komputer kepada JAPEM.

Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Hajah Misnah binti Haji Bolhassan menerima sumbangan tersebut dari Pengarah Urusan, SUST, Howard Dii di Majlis Penyampaian Sumbangan Alat Pencetak Komputer berlangsung di Bilik Attaqwa, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, di sini.

Sementara itu, Pengarah Urusan SUST dalam ucapan alu-aluannya berkata dengan adanya sumbangan tersebut ia akan dapat memberikan kanak-kanak kemudahan yang sesuai untuk pendidikan mereka.

Menurutnya, kemahiran IT adalah satu keperluan dalam masyarakat hari ini dan SUST percaya sumbangan itu akan dapat memberikan faedah kepada kanak-kanak berkenaan. - Pelita Brunei

 
21 Ogos 2010
SERAMAI 2377 ORANG ANAK YATIM SELURUH NEGARA MENERIMA SUMBANGAN DERMA

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Di Raja
Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah ketika menyampaikan derma kepada salah seorang anak yatim

Bagi tujuan untuk meringankan beban perbelanjaan keperluan harian anak-anak yatim dan juga sebagai persediaan menjelang hari raya, satu Majlis Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 1431H / 2010M telah diadakan pada hari ini. Majlis yang diadakan bertempat di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD) merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) pada setiap bulan Ramadhan.

Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 1431H / 2010M ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Di Raja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah dan Datin. Majlis pada hari ini juga turut dihadiri Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar dan Datin. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Timabalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Hajah Adina binti Othman, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Jemat bin Haji Ampal, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai kanan daripada Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).

Di majlis pada hari ini seramai 2377 orang anak yatim dari seluruh negara telah menerima sumbangan derma daripada Tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan. Daripada jumlah tersebut seramai 1440 orang anak yatim di Daerah Brunei Muara telah menerima terus derma berkenaan daripada Tetamu Kehormat, manakala anak-anak yatim daripada Daerah Belait, Tutong dan Temburong telah diwakili oleh Pegawai Daerah maing-masing. Di majlis yang sama, pihak BIBD selain menyumbangkan derma wang tunai juga turut menyumbangkan Skim Hadiah Galakan Pelajar-Pelajar Cemerlang untuk Anak-Anak Yatim yang telah memperolehi kecemerlangan di dalam empat kategori peperiksaan utama pada tahun 2009. Hadiah Galakan ini telah disampaikan oleh Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.

Jumlah sumbangan derma yang telah disampaikan pada hari ini daripada Tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan ialah sebanyak $237,700.00 manakala Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah menyumbangkan sebanyak $118,850.00.

 
16 Ogos 2010
TABUNG KEMANUSIAAN MANGSA BENCANA BANJIR PAKISTAN DITUBUHKAN

Tabung Kemanusiaan Mangsa Bencana Banjir Pakistan telah ditubuhkan bertujuan untuk mengumpul derma berbentuk kewangan seangkat-angkat hati daripada rakyat dan penduduk di Negara ini bagi maksud untuk meringankan kesengsaraan dan beban penderitaan rakyat di Pakistan yang memerlukan bantuan kemanusiaan.

Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Kemanusiaan Mangsa Bencana Banjir Pakistan telah diadakan pada hari ini bertempat di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS). Turut hadir di mesyuarat tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abul Rahman dan Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Hajah Adina binti Othman selaku Penasihat Bersama Tabung berkenaa.

Mesyuarat penubuhan tabung berkenaan telah dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap KKBS, Dato Paduka Awang Haji Jemat bin Haji Ampal selaku Pengerusi Bersama Tabung berkenaan.

Selaras dengan mesyuarat tersebut satu Jawatankuasa Khas dikenali sebagai Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Kemanusiaan Mangsa Bencana Banjir Pakistan telah dibentuk bagi mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan kutipan derma bagi Tabung berkenaan. Jawatankuasa tersebut dipengerusikan bersama oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dan ahli-ahli terdiri daripada berbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Derma akan dikumpulkan bagi tempoh dua (2) bulan mulai 16 Ogos 2010 hingga 15 Oktobetr 2010. Tempoh tersebut memberi peluang kepada para penderma untuk menyumbangkan derma berbentuk kewangan secara langsung atau menganjurkan aktibiti-aktibiti amal dan berkebajikan bagi kutipan derma tersebut. Tabung-tabung kutipan derma tersebut akan disediakan di masjid-masjid dan surau-surau, bank-bank, gedung-gedung perniagaan swasta dan bangunan awam termasuklah bangunan-bangunan kerajaan diseluruh negara bertujuan memudahkan orang ramai menghulurkan derma. Disamping itu pihak DST Cimmunication dan B.Mobile Sdn Bhd dalam sedikit masa lagi akan membuka tabung derma melalui SMS.

Orang ramai yang ingin menyumbangkan segera bolehlah menghantarkannya terus ke Urusetia Tabung Kemanusiaan Mangsa Bencana Bnajir Pakistan, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Bangunan KKBS di Jalan Kebangsaan.

 
10 Ogos 2010
SMS Brunei Prihatin Untuk Tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan Dilancarkan

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin
Haji Abdullah ketika melancarkan SMS Brunei Prihatin Untuk Tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan.

Sebagai salah satu usaha untuk memberikan kemudahan kepada orang ramai menghulurkan derma kepada Tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan satu Majlis Pelancaran SMS Brunei Prihatin Untuk Tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan telah diadakan pada pagi tadi bertempat di Bangunan Ibu Pejabat DTS, Jalan Tungku Link.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah. Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Hajah Adina binti Othman, Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan para pegawai kanan daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB), DST Group dan B-Mobile Communications Sdb Bhd.

Di dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pegawai Kemajuan Kumpulan DST selaku Pengerusi Bersama Majlis, Awang Haji Marsad bin Haji Ismail telah memaklumkan bahawa majlis pada hari ini merupakan acara tahunan yang diungkayahkan JAPEM, RTB, DST Group dan B-Mobile Communications Sdn Bhd. Projek yang telah bermula sejak tahun 2005 ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai yang mana kesemua kutipan yang diterima telah disumbangkan sepenohnya kepada Tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan. Oleh yang demikian, beliau sekali lagi mengharapkan dengan pelancaran majlis pada hari ini akan dapat memudahkan orang ramai menyumbangkan derma bagi membantu mereka yang memerlukan selain mendapat keredhaan daripada Allah Subahanahu Wataala.

 

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menerima sumbangan derma daripada
Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan DST, Dayang Hajah Hartini binti Haji Abdullah

Kutipan derma melalui SMS yang dilancarkan pada hari ini akan berakhir sehingga 23 September 2010. Orang ramai yang berhasrat untuk menderma bolehlah menderma melalui SMS yang disediakan dengan menaip YATIM (tanpa jarak) dan menaip jumlah yang dikehendaki iaitu 1, 5, 10, 15 atau 20 sebagai contoh YATIM20 (bagi derma berjumlah $20) dan hantar kepada 38111 bagi pelanggan DST dan B-Mobile atau melalui WAP Portal.

Sementara itu, dalam majlis yang sama DST Group telah menyumbangkan derma sebanyak $20,000.00 kepada Tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan. Derma tersebut telah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan DST, Dayang Hajah Hartini binti Haji Abdullah kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 
7 Ogos 2010
Program Keluargaku Permataku ke Mukim Bangar

Sesi Kongsi Maklumat JAPEM kepada para peserta Program Keluargaku Permataku bagi Mukim Bangar

Sebagai salah satu inisiatif yang berterusan kearah meningkatkan lagi kefahaman orang ramai khususnya di peringkat akar umbi mengenai perlunya institusi keluarga diperkukuhkan bagi menghindarkan berlakunya masalah-masalah keluarga atau gejala-gejala sosial yang lain, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Majlis Perundingan Mukim Bangar telah mengadakan Program Keluargaku Permataku bertempat di Dewan Belalong, Pejabat Daerah Temburong.

Menurut Penolong Pengarah JAPEM, Awang Mohd Husaini Abdullah selaku Pengerusi Bersama majlis di dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan bahawa dengan tema Kesejahteraan Keluarga Tanggungjawab Bersama program ini antara lain dihasratkan untuk menambah dan meningkatkan lagi kesedaran setiap individu mengenai peranan dan tanggungjawab yang perlu dimaikan bagi mewujudkan kesejahteraan keluarga masing-masing. Dengan tersemainya sifat sebegini Insyallah akan dapat menghindarkan berlakunya gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan keluarga sekaligus masyarakat dan negara.

Program pada pagi tadi telah diisikan dengan sesi perkongsian maklumat daripada JAPEM mengenai isu-isu kekeluargaan dan gejala sosial yang berlaku di kalangan masyarakat Negara ini. Selain daripada itu, diadakan juga sesi interaksi bersama penduduk maukim untuk bertukar-tukar pandangan terutama mengenai isu-isu kekeluargaan dan langkah-langkah yang bersesuaian bagi menangani isu tersebut. Mudah-mudahan dengan pengisian sesi-sesi tersebut ianya akan dapat memupuk semangat kecintaan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat secara umumnya.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad, Penghulu Mukim Bangar, Awang Haji Hamdan bin Haji Salleh, para penghulu dan ketua kampung Daerah Temburong, pegawai kerajaan dari cawangan Daerah Temburong serta para penduduk-penduduk di Mukim Bangar seramai lebih kurang 100 orang.

 
6 Ogos 2010
Body Shop Customers Join Hands To Protect Children

Basir bin Haji Mohammad Deli, an enforcement officer from the Welfare Home Complex launched the campaign

The Body Shop is taking a stand to protect children and young people from being sexually exploited.

In Brunei, the noble campaign was launched by Basir bin Haji Mohammad Deli, an enforcement officer from the Welfare Home Complex, at The Body Shop's branch at The Mall in Gadong yesterday.

Through the "Stop Sex Trafficking of Children and Young People" campaign, customers can take a stand by helping to raise funds and learning more about what they can do to prevent the vulnerable from being exploited.

By purchasing the "Soft Hands Kind Heart Hand Cream" from The Body Shop, 100 per cent of the proceeds will be donated to Welfare Home Complex under the Community Development Department.

According to Ms Zaslin, the Country Manager of The Body Shop Brunei, customers in Brunei are encouraged to sign the "Stop Sex Trafficking" petition forms at any of The Body Shop's outlets in the Sultanate. The petitions will be presented to the UN in 2011 to call for "stronger legislation for children protection against trafficking", she said. -- Courtesy of Borneo Bulletin

 
3 Ogos 2010
Lebih BND50,000 dikutip dari Porjek 'Everest Trekking Amal'

TIMBALAN Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Hajah Adina binti Othman ketika menerima cek dari Yang Dipertua Persekutuan Catur Brunei, Awang Haji Zainal Abidin bin Haji Ali. (Foto : Jabatan Penerangan)

Lebih BND50,000 berjaya dikutip Persekutuan Catur Brunei (BCF) bagi sumbangan Dana Kesejahteraan Kebangsaan negara ini.

Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Hajah Adina binti Othman menerima sumbangan yang diserahkan oleh Yang Dipertua BCF, Awang Haji Zainal bin Haji Ali di Majlis Penyerahan Kutipan Derma Tabung Kebajikan Kebangsaan Projek 'Everest Trekking Amal' yang berlangsung di Restaurant Seri Kandi, Kiulap, di sini.

Sumbangan derma tersebut diperolehi hasil dari aktiviti 'Everest Trekking Amal' iaitu sebuah projek yang dikendalikan oleh BCF dengan sokongan dari Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

Di samping itu juga sumbangan tersebut diperolehi melalui SMS Brunei Prihatin dan sumbangan dari online di www.trekking.com.bn yang merupakan sumbangan online pertama di Negara Brunei Darussalam yang telah dilaksanakan dengan kerjasama The Hongkong and Shanghai Bank Corporation dan TelBru.

Hasil sumbangan tersebut diserahkan seratus peratus kepada JAPEM untuk Dana Kesejahteraan Kebangsaan bagi membantu orang-orang yang tidak berkemampuan untuk membangun semula rumah-rumah keluarga yang tidak bernasib baik di Negara Brunei Darussalam.

Sebanyak empat buah rumah akan dibina di setiap daerah dalam jangka pembangunannya selama 12 bulan.

Sementara itu, BCF menerima sumbangan dari B.Mobile Communication berjumlah BND7,226, DST menyumbangkan sebanyak BND4,511 yang diserahkan kepada Dipertua BCF.

Juga hadir pada majlis itu, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan KKBS dan ahli-ahli BCF.

'Everest Trekking Amal' yang telah bermula pada 23 April hingga 9 Mei 2010 melibatkan lapan pasukan Brunei yang menjelajahi negara Nepal untuk mendaki ke Kem Induk Everest yang terletak 5.539 meter atau 17,6000 meter di atas permukaan laut.

Semasa di EBC, pasukan berkenaan telah berjaya mengadakan perlawanan catur yang pertama pada ketinggian yang tertinggi di dunia. - Pelita Brunei

 
1 Ogos 2010
Peserta Program Perkhemahan ABC Terima Sijil

Pemangku Timbalan Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Noridah binti Abd Hamid ketika menyampaikan Sijil Penyertaan kepada
salah seorang peserta Program Perkhemahan ABC

Para Peserta yang menyertai Program Perkhemahan ABC (Angkatan Belia Cemerlang) diseru akan mengamalkan dan mempraktikkan pengetahuan yang diperolehi semasa program tersebut dengan sebaik mungkin.

Perkara tersebut ditegaskan oleh Pemangku Penolong Pengarah Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Pengiran Mahdi bin Pengiran Haji Mohd Salleh dalam ucapan alu-aluannya di Majlis Penutupan Program Perkhemahan ABC yang berlangsung di Dewan Silaturahim, Pusat Belia pada petang tadi.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut, Pemangku Timbalan Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Noridah binti Abd Hamid yang berkesudian menyampaikan Sijil-Sijil Penyertaan kepada para peserta program.

Seramai 19 orang peserta lelaki menamatkan kursus tersebut yang bernula pada 29 Julai 2010 hingga 1 Ogos 2010 anjuran oleh Bahagian Kaunseling, JAPEM.

Semasa program tersebut para peserta telah menghadapi cabaran minda dan fisikal serta pengalaman yang dilalui dapat memupuk dan membentuk nilai-nilai muni pada diri mereka.

 

[ KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN ]  [ JABATAN PUSAT SEJARAH ]  [ JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ]
[ JABATAN MUZIUM-MUZIUM ]  [ JABATAN BELIA DAN SUKAN ] [ PUSAT PEMBANGUNAN BELIA ]