Ahli-Ahli Kumpulan Lagenda dari
Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) bertanding di Konvensyen Kumpulan
Kerja Cemerlang Peringkat Kebangsaan Kali ke-13 tahun 2010 yang berlangsung
di Dewan Chancellor Universiti Brunei Darussalam (UBD)
Kumpulan LAGENDA dari Jabatan
Pembangunan Masyarakat (JAPEM) cawangan Daerah Belait yang bertanding di
Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang Peringkat Kebangsaan Kali ke-13 tahun
2010 pada 28 dan 30 Oktober 2010 yang berlangsung di Dewan Chancellor Universiti Brunei
Darussalam (UBD).
Keputusan tersebut telah diumumkan di Majlis Penutup dan Ulasan Penilai yang
berlangsung pada petang tadi di Dewan Chancellor Universiti Brunei
Darussalam (UBD).
Selain dari menerima Anugerah Perak, mereka juga menerima Sijil Penyertaan,
piala trofi dan wang tunai BND1,000.00.
Hadiah Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2010 telah
disempurnakan oleh Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab Bin Juned,
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Tetamu Kehormat
28 Oktober 2010
KUMPULAN LAGENDA DI KONVENSYEN KKC
PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-13
Persembahan
dari Kumpulan Lagenda dari
Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) bertanding di Konvensyen Kumpulan
Kerja Cemerlang Peringkat Kebangsaan Kali ke-13 tahun 2010 yang berlangsung
di Dewan Chancellor Universiti Brunei Darussalam (UBD)
Kumpulan LAGENDA dari Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM)
bertanding di Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang Peringkat Kebangsaan Kali
ke-13 tahun 2010 yang berlangsung di Dewan Chancellor Universiti Brunei
Darussalam (UBD).
Sebanyak 15 pasukan melibatkan 12 buah jabatan mewakili enam kementerian
menyertai konvensyen KKC peringkat kebangsaan tahun ini yang bertujuan untuk
mempertingkatkan produktiviti dan keberkesanan sektor kerajaan dalam
menjalankan peranan masing-masing bagi mencapai hasrat negara untuk menjadi
sebuah negara yang maju, aman dan mampu berdaya saing.
Kumpulan Lagenda ditubuhkan pada 10 Ogos 2009 dengan dianggotai oleh
Dayangku Siti Saihalina binti Pengiran Haji Md Daud (Fasilitator), Dayangku
Hajah Nur Satri binti Pengiran Haji Hashim (ketua Kumpulan), Mohd Arifin bin
Abdullah (Timbalan Ketua Kumpulan), Mariani binti Haji Jamil (Setiausaha)
Abdul Rahim bin Abdullah dan Zuraini binti Jumat selaku ahli kumpulan.
Kumpulan ini adalah dari Bahagian Perkhidmatan Pencen-Pencen, JAPEM yang
mana mengendalikan urusan perkhidmatan Pencen Umur Tua (PUT), Pencen Orang
Buta (OB), Elaun Pesakit Mental (OG) dan Pencen Tidak Upaya (OKU) mengikut
peraturan Akta Pencen Umur Tua dan Tidak Upaya 1954.
Kumpulan memilih tajuk 'Kegagalan Sering Dihadapi Dalam Membuat Keputusan
Untuk Menamatkan Bayaran Pencen Umur Tua Ke atas Penerima Yang Didapati
Tidak Bermastautin Di Negara Brunei Darussalam' kerana isu tersebut
adalah isu yang sensitif. Ianya melibatkan kepentingan hak rakyat dan
penduduk tetap Negara Brunei Darussalam.
Konvensyen KKC mula diperkenalkan ke dalam Perkhidmatan Awam Negara Brunei
Darussalam pada tahun 1984 untuk mengetengahkan budaya kerja berpasukan atau
mesyuarah yang sudah setentunya memberi nilai tambah kepada hasil
kerja-kerja yang diusahakan.
Permesyuarahan dalam sesuatu perkara boleh mendidik kakitangan Perkhidmatan
Awam untuk berdedikasi, berdisiplin dan beriltizam tinggi dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawab mereka.
Konsep-konsep yang diketengahkan dalam KKC akan menjadikan sebuah organisasi
sentiasa mengamalkan pembaharuan dan perubahan yang menghala kepada
pembaikan terhadap kualiti perkhidmatan serta penyelesaian masalah secara
sistematik untuk memenuhi dan melebihi kehendak orang awam.
25 Oktober 2010
Seramai 19 Warga JAPEM dikurniakan
Pingat-pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam
DULI Yang Teramat
Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee
Billah
ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah,
Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan mengurniakan Pingat Indah
Kerja Baik kepada Awang Mohd Hadri bin Haji Abd Halim - Foto Jabatan
Penerangan
Seramai 19 orang pegawai dan
kakitangan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah dikurniakan
Pingat-Pingat Kehormatan Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam
ke 64 tahun.
Berangkat mengurniakan pingat-pingat kehormatan negara tersebut bagi pihak
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran
Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan
Perdana Menteri.
Lapan orang pegawai dan kakitangan JAPEM menerima Pingat Indah Kerja Baik (PIKB).
Mereka ialah Dayang Hajah Lauyah binti Matyassin, Dayang Norzinah binti Haji
Mohd Salleh, AWang Mohd Hadri bin Haji Abd Halim, Dayang Siti Azizah binti
Haji Sarbini, AWang Haji Hussaini bin Haji Angkat, Dayang Norajah binti Haji
Bolhaji, AWang Abd Rahim bin Haji Saman dan Dayang Hajah Suraya binti Awang
Haji Damit.
Sementara itu seramai 11 orang pegawai dan kakitangan JAPEM menerima Pingat
Kerja Lama (PKL). Mereka terdiri daripada Pengiran Azis bin Pengiran Haji
Othman, Dayang Hajah Faridah binti Jafar, Dayang Hajah Siti Hawa binti Haji
Sahat, Dayang Norhani binti Haji Munggu, Dayang Noor Asiah binti Abdullah @
Aisah binti Banta, Dayang Rosni binti Haji Matussin @ Matusin, Dayang Hajah
Kasmah binti Haji Wahab, Awang Ghazalee bin Haji Ismail, Awang Yaram bin
Yaning, Dayang Norzinah binti Haji Mohd Salleh dan Dayang Masni binti Awang
Besar.
Istiadat pengurniaan pingat tersebut berlangsung di Balai Singgahsana Indera
Kenchana Istana Nurul Iman.
19 Oktober 2010
2 Undang-Undang Berkaitan Keganasan
Rumahtangga Dipinda
Setiausaha Tetap KKBS, Dato Paduka
Awang Haji Jemat bin Haji Ampal ketika mempengerusikan Sidang Akhbar
mengenai dengan Pindaan-Pindaan Perintah Undang-Undang Keluarga Islam 1999
dan Perintah Akta Perempuan Bersuami 1999
Dua undang-undang berkaitan dengan
keganasan rumahtangga iaitu Perintah Undang-Undang Keluarga Islam 1999 dan
Perintah Akta Perempuan Bersuami 1999 telah dipinda.
Kedua-dua pindaan perintah dan akta berkenaan telah mula berkuat kuasa pada
26 Jun 2010.
Pindaan ke atas dua undang-undang tersebut ialah dengan memasukkan komponen
keganasan rumah tangga iaitu pemasukan Bahagian V A dalam Perintah
Undang-Undang Keluarga Islam (Pindaan) 2010 dan pemasukan Bahagian II A baru
dalam Perintah Akta Perempuan Bersuami (Pindaan) 2010.
Pindaan-pindaan berkenaan adalah untuk melengkapi undang-undang yang telah
sedia ada iaitu untuk memberikan perlindungan bagi kes-kes keganasan rumah
tangga yang berlaku di negara ini.
Berikutan pindaan tersebut, satu sesi Sidang Akhbar anjuran bersama
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) bersama agensi-agensi
kerajaan yang berkenaan telah diadakan di Dewan Citra Budaya, KKBS, yang
dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap KKBS, Dato Paduka Awang Haji Jemat bin
Haji Ampal.
Sidang Akhbar itu antara lain bertujuan untuk memberikan makluman kepada
pihak awam, mengenai pindaan-pindaan kepada dua undang-undang berkenaan.
Di dalam Perintah Undang-Undang Keluarga Islam, keganasan rumah tangga
adalah di bawah Bahagian 'Dharar Syar'ie' yang merupakan istilah bahasa Arab
yang membawa maksud, keganasan rumah tangga.
Kedua-dua perintah berkenaan menyediakan perlindungan segera, perlindungan
di suatu tempat atau institusi, perintah penahanan, perintah pengasingan
(restraining order), pampasan dan kaunseling mandatori.
Agensi-agensi kerajaan yang juga turut hadir di majlis itu sebagai ahli
penal bersama KKBS pada pagi tadi terdiri daripada Jabatan Pembangunan
Masyarakat (JAPEM), KKBS; Pejabat Peguam Negara, Jabatan Perdana Menteri (JPM);
Unit Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak, Pasukan Polis Diraja Brunei, JPM;
Mahkamah Besar, JPM; Mahkamah Syariah, JPM; Jabatan Hal Ehwal Syariah,
Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Kesihatan.
Turut dijemput menghadiri majlis itu ialah Majlis Kesejahteraan Masyarakat
Negara Brunei Darussalam sebagai wakil kepada persatuan-persatuan di bawah
naungan majlis tersebut serta Pertubuhan Majlis Wanita Negara Brunei
Darussalam iaitu terdiri daripada Persatuan PERTIWI, Persatuan Perkumpulan
Perempuan (WI), Badan Kebajikan Isteri-Isteri Pegawai Kanan Kerajaan (BISTARI),
Persatuan Pandu Puteri Negara Brunei Darussalam (PPPNBD), Persekutuan
Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB), Persatuan Kebajikan Perempuan (PKP) Daerah
Belait, Badan Kebajikan Isteri-Isteri Angkatan Bersenjata (BAKTI), Persatuan
Siswazah Wanita (PSW), Persatuan Gabungan Kebajikan Wanita, Daerah Tutong (PERGANITA),
Badan Kebajikan Wanita Perumahan Negara Lambak Kanan (BAKANITA), Persatuan
Belia Kampung Lambak (PERBEKAL), Persatuan Wanita Kampung Junjongan (PEWAJA)
dan Persatuan Nurul Islam (PNI).
KKBS mengharapkan agar dengan kehadiran wakil-wakil dari persatuan-persatuan
dan media, kandungan pindaan-pindaan kepada akta-akta berkenaan akan dapat
dikongsi sama dengan ahli-ahli yang lain khususnya dan kepada pihak awam
amnya.
7 Oktober 2010
Murid dan Pelatih Pusat Bahagia
Brunei Muara diraikan
Pengurus AM DST Group, Awang Haji
Matnordin bin Haji Ibrahim ketika menyampaikan “Goodies Bag” dan “Duit Raya”
kepada murid-murid/pelatih-pelatih Pusat Bahagia, Daerah Brunei dan Muara
Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM),
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama DST Group meraikan
Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Jadi Murid-murid dan Pelatih-pelatih
Pusat Bahagia, Daerah Brunei dan Muara.
Hadir bagi sama-sama meraikan 50 orang murid dan pelatih dari Kelas
Bimbingan Kanak-kanak Berkeperluan Khas dan Pusat Latihan Pekerjaan
Orang-orang Berkeperluan Khas ialah Pemangku Penolong Pengarah II JAPEM,
Dayang Irnawati binti Haji Mahir.
Juga hadir, Pengurus AM DST Group, Awang Haji Matnordin bin Haji Ibrahim dan
Ketua Unit Perkhidmatan Interkoneksi DST Group, Pengiran Hajah Zarina binti
Pengiran Haji Jeludin serta para pegawai Pusat Bahagia dan DST Group.
Majlis dimeriahkan dengan persembahan nyanyian dan tarian daripada
Murid-murid dan Pelatih-pelatih Pusat Bahagia, Daerah Brunei dan Muara.
Di majlis tersebut juga diadakan penyerahan “Goodies Bag” dan “Duit Raya”
kepada murid-murid/pelatih-pelatih sumbangan daripada pihak DST Group yang
telah disampaikan oleh Pengurus AM DST Group, Awang Haji Matnordin bin Haji
Ibrahim.
Objektif pusat ini ditubuhkan bagi melaksanakan program bimbingan dan asas
latihan kemahiran bagi orang-orang berkeperluan khas agar mereka dapat
menyumbang kepada masyarakat dan negara.
Di pusat ini juga terdapat pelbagai program serta latihan diajarkan kepada
mereka yang berkeperluan khas antaranya seperti asas menulis, membaca dan
mengira, bantu diri, bahasa isyarat, menaip dan komputer juga penggunaan
Braille.
Tenaga pengajar pusat ini terdiri daripada pengajar JAPEM, Guru Sambilan
Kementerian Pendidikan, Guru Kementerian Hal Ehwal Ugama, pengajar sambilan
dan sukarelawan.