.: Catatan Kegiatan Aktiviti Bagi Tahun 2010 |  Bagi Bulan : :.       

21 September 2010
Majlis Ramah Mesra 1431H/2010M

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah dan Datin ketika menyampaikan Sumbangan Hari Raya kepada warga Orang Berkeperluan Khas

Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1431 Hijrah / 2010 Masehi, satu Majlis Ramah Mesra bagi meraikan warga Orang Berkeperluan Khas (Pelatih dan Pelajar Pusat Bahagia) dan Penghuni Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah diadakan bertempat di Dewan Persidangan Antarabangsa Pertahanan BRIDEX, Kementerian Pertahanan, Jerudong.

Tetamu Kehormat di majlis pada pagi tadi ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah dan Datin; Turut hadir ke majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Hajah Adina binti Othman; Setiausaha Tetap (KKBS), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Jemat bin Haji Ampal dan Datin; Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji Ismail bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim; Pemangku Pengarah (JAPEM), Dayang Hajah Misnah binti Haji Bolhassan, Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai Kanan di bawah KKBS.

Acara kemuncak di majlis tersebut ialah penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada mereka yang diraikan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Datin. Majlis telah diserikan dengan persembahan nyanyian oleh warga orang berkeperluan khas, Penghuni Kompleks Rumah-Rumah Kebajikan dan Pegawai dan Kakitangan JAPEM.

Majlis Ramah Mesra Hari Raya ini adalh acara tahunan kelolaan JAPEM.

 
15 September 2010
SMS Tabung Kemanusiaan Mangsa Bencana Banjir Pakistan Dilancarkan

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah ketika melancarkan SMS Brunei Prihatin Tabung Kemanusiaan Mangsa Bencana Banjir Pakistan

Diatas keprihatinan terhadap penderitaan mangsa-mangsa Bencana Banjir Pakistan, Jawatankuasa Tabung Kemanusiaan Mangsa Bencana Banjir Pakistan telah melancarkan Pelancaran SMS Brunei Prihatin untuk tabung berkenaan di Dewan Citrabudaya, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) pada pagi tadi.

Hadir melancarkan SMS Brunei Prihatin itu ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah selaku Penasihat Bersama Tabung Kemanusiaan Mangsa Bancana Banjir Pakistan.

Projek SMS Brunei Prihatin Tabung Kemanusiaan Mangsa Bencana Banjir Pakistan adalah anjuran bersama Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB), DST Group dan B-Mobile Communication Sdn Bhd. Projek ini adalah sebagai salah satu usaha untuk memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk menghulurkan derma kepada tabung berkenaan yang telah ditubuhkan pada 16 Ogos 2010.

Turut hadir di majlis pelancaran tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar selaku wakil Menteri Hal Ehwal Ugama; Timbalan Menteri Kebudayan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Hajah Adina binti Othman; Setiausaha-Setiausaha Tetap KKBS, Yang Mulia Dato Paduka Haji Jemat bin Haji Ampal dan Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohd Hamid bin Haji Jaafar; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mahdi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Awang Haji Abdul Rahman.

Kutipan derma melalui SMS ini akan bermula pada hari ini 15 September 2010 sehingga 10 Oktober 2010. Oleh yang demikian kepada orang ramai yang berhasrat untuk menderma bolehlah menderma melalui SMS yang disediakan dengan menaip BANTU (tanpa jarak) dan menaip jumlah yang dikehendaki iaitu 1, 5, 10, 15 atau 20 sebagai contoh BANTU20 (bagi derma berjumlah $20) dan hantar kepada 38111 bagi pelanggan DST dan B-Mobile atau melalui WAP Portal.

Oleh yang demikian, JAPEM selaku Urus Setia Tabung mengalu-alukan orang ramai untuk menghulurkan derma kemudahan yang disediakan seperti di atas pada tempoh yang dinyatakan. Mudah-mudahan segala sumbangan yang dihulurkan akan mendapat ganjaran setimpal daripada Allah Subahanahu Wata'ala jua, Amin

 
14 September 2010
5 Buah Keluarga Mangsa Kebakaran Terima Sumbangan

Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Hajah Misnah binti Haji Bolhassan, menyerahkan bantuan kepada salah sebuah ketua keluarga mangsa musibah kebakaran

Sejumlah BND16,350 telah diberikan  kepada lima ketua keluarga mangsa musibah kebakaran diadakan di Bilik Attaqwa, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Majlis Penyerahan Derma Kepada Mangsa Kebakaran pada petang tadi telah disampaikan oleh Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Hajah Misnah binti Haji Bolhassan.

Awang Jefri bin Haji Asri dari Kampung Orang Kaya Besar Imas menerima BND6,200.00; Haji Madani bin Haji Abu Bakar dari Kampung Anggerek Desa pula menerima sebanyak BND6,600.00 Manakala BND1,750.00 diberikan kepada Haji Yusof bin Husin dari Kampung Lambak Kiri serta Awang Shamsol bin Basri dari Jalan Sungai Besar, Tutong dan Awang Muhammad Raimi bin Abdul Rahman @ Ramli anak Umi dari Kampung Sukang, Ulu Belait, masing-masing menerima BND1,000.00 dan BND800.00.

Sebelum ini, Jabatan Pembangunn Masyarakat (JAPEM) juga telah menyumbangkan bantuan berupa catuan makanan untuk tempoh seminggu, bantal dan selimut kepada para mangsa kebakaran tersebut.

Dengan adanya majlis sedemikian dapat juga membantu bagi meringankan bebenan para mangsa juga sebagai keprihatinan dan pemedulian kepada masyarakat yang memerlukan bantuan bagi meneruskan hidupan harian mereka.

 
8 September 2010
4 Warga Emas Di Daerah Temburong Terima Sumbangan Amal

Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, KKBS, Yang Mulia Awang Haji Mohammad bin Haji Abd Rahman menyampaikan sumbangan Amal Di Bulan Ramadhan kepada Awang Panggis bin Buntar

Diatas dasar pemedulian terhadap warga emas di Negara ini, aktiviti Sumbangan Amal di Bulan Ramadhan 1431H/2010M telah diungkayahkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS). Majlis berlangsung di 4 buah kediaman penerima Bantuan Kebajikan Bulanan (BKB) dari JAPEM bagi Daerah Temburong telah diadakan secara berasingan pada pagi tadi.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyampaikan sumbangan ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, KKBS, Yang Mulia Awang Haji Mohammad bin Haji Abd Rahman selaku wakil peribadi Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Rombongan mula-mula membuat kunjungan ke rumah Dayang Hajah Banun binti Haji Kamis, yang mana sumbangan berupa catuan makanan asasi telah diserahkan bagi membantu penerima dalam persediaan menjelangnya Hari Raya Aidilfitri kelak. Doa Selamat seterusnya dibacakan bagi memberkati majlis tersebut.

Majlis yang serupa diadakan di kediaman tiga lagi penerima BKB iaitu Dayang Hajah Nisbah binti Tamin, Awang Panggis bin Buntar dan Dayang Piah binti Mumin.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Pemangku Pengawai Daerah Temburong, Awang Haji Afero Eswandy Haji Mohammad, Pegawai-Pegawai Kanan KKBS dan JAPEM.

 
3 September 2010
Majlis Bersungkai Bersama Penghuni Kompleks Rumah Kebajikan

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan Sijil Khatam Al-Quran kepada salah seorang penghuni Kompleks Rumah kebajikan, Pulaie

Diatas dasar pemedulian terhadap penghuni Kompleks Rumah kebajikan, aktiviti Bersungkai Bersama penghuni Kompleks Rumah kebajikan 1431H/2010M telah diungkayahkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS). Majlis berlangsung di Kompleks Rumah kebajikan, Kampong Pulaie.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Di Raja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah.

Majlis bermula dengan Bacaan Tahlil beramai-ramai yang diketuai oleh Ketua Guru Agama, Kompleks Rumah kebajikan, Pulaie, Ustaz Mohd Shahrin bin Haji Sulaiman. Sebelum berbuka puasa, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan Sijil Khatam Al-Quran kepada 16 orang penghuni Kompleks Rumah kebajikan. Selesai majlis bersungkai, Yang Berhormat Menteri dan Yang Mulia Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyertai para penghuni Kompleks Rumah kebajikan menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib yang di Imamkan oleh Guru Agama Kompleks Rumah kebajikan, Ustaz Haji Mataim bin Ahad

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Hajah Adina binti Othman; SetiausahaTetap KKBS, Dato Paduka Haji Mohd Hamid bin Haji Mohd Jaafar; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji Mohamad bin haji Abd Rahman, Peolong Pengarah JAPEM, Awang Abd Rahman bin Apong; Pegawai-pegawai kanan KKBS dan JAPEM.

 
2 September 2010
Majlis Bersungkai Bersama Warga Pusat Bahagia Brunei Muara

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Di Raja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah beramah mesra bersama dengan salah seorang warga Pusat Bahagia Brunei Muara

Diatas dasar pemedulian terhadap orang berkeperluan khas di Negara ini, aktiviti Bersungkai Bersama Pusat Bahagia telah diungkayahkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS). Majlis berlangsung di Pusat Bahagia, Kampong Pulaie.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Di Raja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah.

Majlis bermula dengan Bacaan Tahlil beramai-ramai yang diketuai oleh Guru Agama, Pusat Bahagia Brunei Muara, Ustaz Haji Maidi bin Haji Jais. Sebelum berbuka puasa, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan beramah mesra bersama para pelatih dan murid pusat berkenaan.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Hajah Adina binti Othman; Setiausaha-Setiausaha Tetap KKBS, Dato Paduka Haji Jemat bin Haji Ampal dan Dato Paduka Haji Mohd Hamid bin Haji Mohd Jaafar; Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Misnah binti Haji Bolhassan; Pegawai-pegawai kanan KKBS dan JAPEM.

 

[ KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN ]  [ JABATAN PUSAT SEJARAH ]  [ JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ]
[ JABATAN MUZIUM-MUZIUM ]  [ JABATAN BELIA DAN SUKAN ] [ PUSAT PEMBANGUNAN BELIA ]