Pusat Bahagia Raikan Sambutan Hari
Jadi 19 Pelajar Istimewa
Pemangku Penolong Pengarah Pembangunan
Masyarakat, Awang Haji Ahad bin Haji Hassan menyampaikan hadiah kepada
Muhd Fuad bin Haji Takong
Muhd Fuad bin Haji Takong yang mengenakan pakaian
bertemakan Burung telah diumumkan sebagai pemenang pertandingan Pakaian
Beragam yang diadakan di Majlis Sambutan Hari Jadi Bagi Bulan Mac dan April
2011 yang berlangsung di Pusat Bahagia, Brunei Muara pada pagi tadi.
Sementara itu kegembiran terukir di wajah 19 pelajar
Pusat Bahagia Brunei Muara yang diraikan. Mereka diraikan terdiri dari Murid
dan Pelatih-pelatih di pusat ini.
Terdahulu sebelum itu, International School of
Brunei (ISB) telah menyumbangkan kek hari jadi kepada mereka yang diraikan.
Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan
penyampaian hadiah-hadiah pertandingan pakaian beragam ialah Pemangku
Penolong Pengarah JAPEM, Awang Haji Ahad bin Haji Hassan.
Turut hadir, Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan
Sukan, Awang Haji Rosmadee bin Haji Mohd Daud dan para penderma.
Murid-murid dan Pelatih di pusat berkenaan juga
menerima sumbangan 'goodies bag' yang disumbangkan oleh pihak persendirian.
27 April 2011
Keluarga Mangsa Kebakaran Kampong
Penanjong Menerima Bantuan Kewangan
Pemangku Penolong
Pengarah Pembangunan Masyarakat, Awang Haji Ahad bin Haji Hassan selaku
wakil Pemangku Pengarah JAPEM) menyampaikan sumbangan kepada wakil Dayang
Hajah Seri Janai iaitu anak menantu mangsa, Haji Ali Zainal bin Haji Akop
Dayang Hajah Seri Janai binti
Salleh ketua keluarga mangsa kebakaran di Kampung Penanjong, Tutong menerima
bantuan kewangan berjumlah BND6,800 dari Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM)
dan BND7,700 dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB).
Majlis Penyampaian Sumbangan yang
diadakan petang tadi di kediaman Ketua Kampong Penanjong, Tutong itu
disempurnakan oleh Pemangku Penolong Pengarah Pembangunan Masyarakat, Awang
Haji Ahad bin Haji Hassan selaku wakil Pemangku Pengarah JAPEM) dan Ahli
Lembaga Pengarah YSHHB selaku Pemangku Pengarah YSHHB, Haji Awang Mohammad
Hanafi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang
Abdul Rahman.
Kejadian kebakaran tersebut telah
meranapkan tempat tinggal yang didiami oleh seramai sembilan ahli keluarga.
JAPEM sebelum ini juga
menyumbangkan batuan berupa catuan makanan untuk tempoh seminggu dan 'packed
meal' kepada mangsa kebakaran berkenaan.
23 April 2011
Tuntutan 'Mileage' dan 'Overtime'
Hendaklah Jujur
Pemangku Pengarah
JAPEM, Awang Mohd Husaini Abdullah ketika mengadakan Perjumpaan bersama dengan pegawai dan kakitangan
JAPEM Cawangan Daerah Temburong
Majlis Perjumpaan Pemangku Pengarah
Pembangunan Masyarakat (JAPEM) Bersama dengan Pegawai dan Kakitangan JAPEM,
Cawangan Daerah Temburong telah diadakan petang tadi di Pusat Bahagia
Temburong.
Hadir sama, Pemangku Timbalan
Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Noridah binti Abdul Hamid dan Ketua-Ketua
Bahagian JAPEM.
Dalam ucapannya, Pemangku Pengarah
JAPEM, Awang Mohd Husaini Abdullah menegaskan supaya Pegawai dan Kakitangan
JAPEM akan membuat tuntutan 'mileage' dan 'overtime' secara jujur.
Menyentuh mengenai dengan wang
Bantuan Kebajikan Bulanan (BKB) dan Pencen, beliau menasihatkan Pegawai dan
kakitangan yang terlibat dalam pengurusan wang tersebut hendaklah
mengendalikan dengan cermat, jujur, amanah dan jangan disalahgunakan.
Bagi warga JAPEM yang berhasrat
untuk ke luar negeri hendaklah memohon kebenaran keluar negeri dahulu.
Tindakan tegas akan diambil jika sekiranya didapati Pegawai dan Kakitangan
yang keluar negeri tanpa kebenaran.
Pemangku Pengarah JAPEM, melahirkan
penghargaan dan terima kasih kepada pegawai dan kakitangan JAPEM Cawangan
Daerah Temburong di atas kerjasama yang telah diberikan dalam pengendalian
Program "Keluargaku Permataku" yang diadakan pada bulan Ogos 2010 dan
Sambutan Hari Kanak-Kanak Antarabangsa pada Januari 2011.
21 April 2011
Patuhi Kedatangan Waktu Bekerja
Pemangku Pengarah
JAPEM ketika mengadakan Perjumpaan bersama dengan pegawai dan kakitangan
JAPEM Cawangan Daerah Belait
Pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia tidak akan bertolak ansur terhadap Pegawai dan Kakitangan
Kerajaan yang melanggar peraturan kedatangan waktu bekerja seperti yang
telah ditetapkan. Perkara ini telah ditegaskan oleh Pemangku Pengarah
Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Awang Mohd Husaini Abdullah pada sesi
Perjumpaan bersama dengan Pegawai dan Kakitangan JAPEM Cawangan Daerah
Belait, petang tadi yang berlangsung di JAPEM, Cawangan Daerah tersebut.
Pemangku Pengarah JAPEM
mengingatkan Ketua-Ketua Bahagian terutama di peringkat daerah supaya
sama-sama
mengambil perhatian mengenai isu kedatangan termasuk keluar masuk pejabat.
Menurutnya lagi, di peringkat Ibu
Pejabat JAPEM, terdapat Pegawai yang ditugaskan untuk memantau kedatangan
pada setiap pagi dan petang. Jika didapati ada pegawai dan kakitangan yang
datang melimpasi 8.15 pagi akan dibuat garisan merah manakala pada sebelah
petang ialah jam 2.00.
Menyentuh mengenai dengan cuti,
beliau menasihatkan warga JAPEM supaya tidak akan bercuti serentak seperti
pada musim cuti persekolahan. Perkara ini dikhuatiri akan menyebabkan
pejabat kosong yang menimbulkan kesukaran kepada orang ramai untuk berurusan.
Hadir sama, Pemangku Timbalan
Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Noridah binti Abdul Hamid dan Ketua-Ketua
Bahagian JAPEM.
19 April 2011
Pegawai dan kakitangan JAPEM
disarankan meningkatkan produktiviti dan disiplin kerja
Pemangku Pengarah
JAPEM ketika mengadakan Perjumpaan bersama dengan pegawai dan kakitangan
JAPEM Cawangan Daerah Tutong
Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat (JAPEM),
Awang Mohd Husaini Abdullah antara lain mengingatkan semua pegawai dan
kakitangan di JAPEM Cawangan Daerah Tutong supaya sentiasa meningkatkan
produktiviti dan disiplin kerja dalam memeduli dan mengalinga masalah yang
dihadapi oleh orang ramai.
Pemangku Pengarah
JAPEM membuat peringatan tersebut ketika berucap pada Majlis Perjumpaan
bersama dengan pegawai dan kakitangan JAPEM Cawangan Daerah Tutong petang
tadi bertempat di Pusat Bahagia Daerah Tutong.
Tujuan perjumpaan ini adalah untuk mendengar
permasalahan yang dihadapi oleh Pegawai dan kakitangan JAPEM Cawangan Daerah
Tutong selain untuk bersemuka dan beramah mesra dengan para pegawai dan
kakitangan.
Dalam perjumpaan ini, Pemangku Pengarah JAPEM,
memaklumkan bahawa pihak Kerajaan KDYMM telah meluluskan 3 buah projek bagi
mengubah suai Pusat Bahagia Tutong. Projek tersebut akan dilaksanakan dalam
sedikit masa lagi.
Turut hadir ke perjumpaan tersebut ialah Pemangku
Timbalan Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Noridah binti Abdul Hamid dan
Ketua-ketua Bahagian JAPEM.
17 April 2011
Pasukan KRK juara Kejohanan Futsal
JAPEM ke-5
Pemangku Pengarah
JAPEM, Awang Mohd Husaini Abdullah menyampaikan hadiah kepada Pasukan KRK
Pasukan KRK muncul
juara di Kejohanan Futsal JAPEM ke-5, tahun
2011 setelah menumpaskan Pasukan Pusat
Bahagia. Kemenangan Pasukan KRK diperolehi
melalui sepakan penalti 2 - 0 setelah
kedua-dua pasukan terikat jaringan 1 - 1
sehingga tamat perlawanan. Selain dinobatkan
sebagai juara, Pasukan KRK juga menjuarai
Piala Liga dan Pasukan Terbaik. Kejayaan ini
merupakan kejuaraan ke-2 Pasukan KRK,
setelah menjuarai buat kali pertama pada
tahun 2008.
Tempat ketiga dikongsi bersama oleh Pasukan
Pentadbiran dan Kewangan dan Pasukan
Daerah-Daerah. Pada perlawanan separuh akhir
pertama, Pasukan KRK berjaya mengalahkan
Pasukan Pentabdiran dan Kewangan dengan
jaringan 2 - 0. Sementara itu, di perlawanan
separuh akhir kedua, Pasukan Pusat Bahagia
berjaya mengatasi Pasukan Daerah-Daerah
dengan jaringan 2 - 0.
Hadiah-hadiah
disampaikan oleh Pemangku Pengarah
Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Awang Mohd
Husaini Abdullah. Kejohanan berlangsung di
Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara
Hassanal Bolkiah, Berakas.
Di kejohanan
tersebut, Pengiran Suniman bin Pengiran
Sulaiman dari Pasukan KRK terpilih sebagai
Pemain Terbaik di peringkat akhir, manakala
Penjaga Gol Terbaik ialah Haji Khairul
Ariffin bin Haji Abd Aji dari Pasukan KRK.
Sementara itu,
pemain dari Pasukan Pusat Bahagia, Mohd
Nizam Zulhelmi bin Hussin Shah terpilih
sebagai Penjaring Terbanyak dengan 7 gol
sepanjang kejohanan.
Kejohanan yang
diadakan sejak awal pagi tadi itu disertai
oleh 7 buah pasukan atas anjuran Bahagian
Perlindungan dan Pemulihan JAPEM.
Kejohanan yang
diadakan sejak tahun 2007, merupakan
aktiviti tahunan jabatan bertujuan untuk
menjalinkan hubungan silaturahim antara
pegawai dan kakitangan JAPEM melalui
bolasepak.
Kejohanan Futsal
bagi tahun 2012 akan dikendalikan oleh
Bahagian Orang Berkeperluan Khas.
14 April 2011
Seramai 6 Warga JAPEM dikurniakan
pingat kehormatan
Seramai enam orang Pegawai dan Kakitangan
Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM),
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
dikurniakan Pingat-pingat Kehormatan Negara
Brunei Darussalam sempena ulang tahun Kari
Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah yang ke-64
tahun.
Berangkat mengurniakan pingat-pingat
tersebut selaku wakil Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran
Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee
Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan
Sultan.
Seorang warga JAPEM dikurniakan Pingat Jasa
Kebaktian (P.J.K) iaitu Dayang Hajah Johana
binti Haji Md Jaya.
Dua
orang dari JAPEM dikurniakan Pingat Indah
Kerja Baik (P.I.K.B). Mereka ialah Dayang
Winnieyanti binti Haji Sunny dan Dayang
Hajah Rosnah binti Pungut.
Sementara itu, seramai tiga orang
dikurniakan Pingat Kerja Lama (P.K.L).
Mereka Awang Mohd Hussaini bin Abdullah,
Awang Muhammad Sanif bin Mohammad Kim Choi
dan Awang Zainuddin bin Haji Gani.
Istiadat Pengurniaan Pingat-pingat tersebut
berlangsung di Balai Singgahsana Indera
Kenchana, Istana Nurul Iman.
9 April 2011
Ong Ku Chai menerima bantuan
membina rumah
Pemangku
Pengarah Pembangunan Masyarakat, Awang Mohd. Husaini bin Abdullah ketika
memulakan pembinaan Rumah Bantuan bagi Dayang Ong Ku Chai
Kehidupan Ong Ku Chai serta keluarganya sedikit masa
lagi akan lebih selesa setelah pembinaan rumah bantuan golongan daif, fakir
dan miskin yang disumbangkan kepadanya siap nanti.
Majlis Memulakan Pembinaan Rumah Bantuan tersebut disempurnakan oleh
Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Haji Haris bin Othman dan Pemangku
Pengarah Pembangunan Masyarakat, Awang Mohd. Husaini bin Abdullah.
Ong Ku Chai seorang balu berumur 59 tahun juga merupakan penerima bantuan
kebajikan bulanan dari pihak Jabatan Pembngunan Masyarakat (JAPEM).
Ketika ini dua dari lapan anak kandungnya masih tinggal bersamanya.
Rumah bantuan yang didirikan di atas tapak tanah di Kampung Labu Estate,
Mukim Labu yang menelan belanja kira-kira BND30,000 itu menerima sumbangan
dari Persekutuan Catur Brunei (BCF) sebanyak BND12,500.
Projek seumpamanya merupakan salah satu usaha berterusan Kerajaan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam dalam memeduli kebajikan serta kesejahteraan golongan yang
memerlukan terutama sekali mereka yang memerlukan tempat kediaman yang lebih
selesa.
Projek diungkayahkan bersama oleh JAPEM dengan kerjasama Jabatan Daerah
Temburong dan BCF. - Pelita Brunei
9 April 2011
Program Keluargaku Permataku ke
Mukim Keriam
Sesi Kongsi Maklumat
JAPEM kepada para peserta Program Keluargaku Permataku bagi Mukim
Keriam
Sebagai salah satu inisiatif yang berterusan kearah
meningkatkan lagi kefahaman orang ramai khususnya di peringkat akar umbi
mengenai perlunya institusi keluarga diperkukuhkan bagi menghindarkan
berlakunya masalah-masalah keluarga atau gejala-gejala sosial yang lain,
Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Majlis Perundingan
Mukim Keriam Daerah Tutong telah mengadakan Program Keluargaku Permataku
bertempat di Dewan Dewan Serbaguna, Penjara Maraburong, Tutong.
Dengan tema keejahteraan Keluarga Tanggungjawab Bersama, program ini antara
lain dihasratkan untuk menambah dan meningkatkan dan meningkatkan lagi
kesedaran orang ramai mengenai peranan dan tanggungjawab yang perlu
dimainkan oleh mereka bagi mewujudkan kesejahteraan keluarga masing-masing.
Dengan tersemainya sifat seumpamanya, Insyaallah gejala-gejala sosial yang
boleh merosakkan keluarga sekaligus masyarakat dan negara dpat dihindari.
Progran ini melibatkan penyertaan kira-kira 200 orang penduduk Mukim Keriam
yang kebanyakannya sudah berkeluarga. Para program ini para peserta
dikongsikan dengan maklumat daripada JAPEM) mengenai isu-isu kekeluargaan
dan gejala sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat negara ini. Selain
daripada itu, melalui sesi interaksi bersama pihak JAPEM para peserta
berpeluang bertukar-tukar pandangan terutama mengenai isu-isu kekeluargaan
dan langka-langkah yang bersesuaian bagi menangani isu tersebut. Adalah
diharapkan sesi-sesi tersebut dapat memupuk semangat kecintaan kepada diri
sendiri, keluarga dan masyarakat secara umumnya.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang
Abdul Ghani bin Haji Othman.
Program ini juga dihadiri oleh Penghulu Mukim Keriam, Orang Kaya Jaya Putera
Dato Paduka Awang Haji Mohd Taha bin Abdul Rauf, ketua-ketua kampong di
Mukim Keriam, Pegawai-pegawai Kanan JAPEM, Pegawa-pegawai Kerajaan daripada
cawangan Daerah Tutong.
4 April 2011
Mangsa banjir Daerah Tutong dan
Daerah Tutong pada 16 Januari 2011 menerima bantuan
Menteri Kebudayaan, Belia dan
Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka
AWang Haji Hazair bin Haji Abdullah semasa menyampaikan sumbangan bantuan
kewangan kepada salah seorang mangsa banjir Daerah Tutong
Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan
Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS)
telah menyumbangkan derma sejumlah BND456,500.00 kepada Sejumlah 259 buah
keluarga mangsa-mangsa banjir di Daerah Tutong dan Daerah Belait pada 16
Januari 2011. Dari jumlah penerima tersebut seramai 7 orang dari Daerah
Belait.
Dari jumlah sumbangan tersebut, sebanyak 218 orang ketua rumah menerima
bantuan kewangan sejumlah BND2,000.00 dan 41 orang ketua rumah menerima
BND500.00. adalah bantuan dari pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian bantuan pada
Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan Kepada Mangsa Banjir Pada 16 Januari
2011 Bagi Daerah Tutong dan Daerah Beliat itu Menteri Kebudayaan, Belia dan
Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka
AWang Haji Hazair bin Haji Abdullah.
Penyampaian derma bertujuan untuk membantu meringankan bebanan mereka yang
terbabit dalam kejadian banjir pada 16 Januari 2011.
Sebelum ini, JAPEM telah menyumbangkan bantuan berbentuk catuan makanan bagi
tempoh seminggu. Sumbangan juga termasuk tilam, bantal dan kain selimut
kepada yang memerlukan.
Turut hadir Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin
Hajah Adina binti Othman, Setiausaha-Setiausaha Tetap KKBS, Yang Mulia Dato
Paduka Awang Haji Jemat bin Haji Ampal dan Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohd
Hamid bin Haji Mohd Jaafar; Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji
Ismail bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim; Pemangku
Pegawai Daerah Tutong; Pemangku Penolong Pegawai Daerah Belait; Pemangku
Pengarah JAPEM, Awang Mohd Husaini Abdullah, Pegawai-Pegawai Kerajaan,
Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampong.
Majlis yang berlangsung di Dewan Seri Kenangan, Daerah
Tutong.