Forum
sempena Sambutan Hari Kanak-kanak 2011 berakhir
Tetamu Kehormat,
Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Awang Haji Mohd.
Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos menyampaikan sijil penyertaan kepada
wakil salah sebuah sekolah yang menyertai Forum Sambutan Hari Kanak-Kanak
2011
Pengurusan kewangan dan sosial
yang membina isu-isu yang berkaitan bagi remaja adalah antara
perkara-perkara yang dibancingkan oleh peserta forum sempena sambutan Hari
Kanak-kanak 2011. Forum dua hari itu berakhir dengan Majlis Penyampaian
Sijil dan Cenderamata.
10 peserta yang mewakili
kumpulan masing-masing membentangkan ringkasan. Hasil daripada ringkasan
akan digunakan sebagai garis panduan bagi Jabatan Pembangunan Masyarakat
dalam merancang program-program yang berkaitan dengan kanak-kanak. Fungsi
ini berjalan serentak dengan majlis penyampaian sijil kepada peserta yang
terdiri daripada 300 kanak-kanak dari 15 sekolah menengah termasuk 5 sekolah
menengah bukan kerajaan di Daerah Brunei Muara. Sambutan Hari Kanak-Kanak
Sedunia jatuh pada 20 November setiap tahun.
Hadir selaku tetamu kehormat
menyampaikan sijil-sijil kepada para peserta forum di majlis yang
berlangsung di Dewan Muhibbah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara di sini ialah
Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Awang Haji Mohd.
Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos.
Acara kemuncak majlis ialah
penyerahan rumusan forum kepada tetamu kehormat yang disampaikan oleh wakil
peserta, Awang Ammar Nizamuddin bin Haji Ramli dari Sekolah Menengah Seri
Mulia Sarjana.
Forum dikendalikan oleh
beberapa fasilitator terdiri dari pegawai-pegawai dari JAPEM, Kementerian
Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Muzium-Muzium Brunei,
Jabatan Sekolah-Sekolah, Pusat Pembangunan Belia, Bank Baiduri Berhad dan
Mashor General Contractors Sendirian Berhad dan HRD Service.
22 November 2011
Peranan dan tanggungjawab ibu bapa
membantu anak-anak membuat keputusan adalah penting
Menteri Kebudayaan
Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato
Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah menandatangani 'Autograph'
Sambutan Hari Kanak-Kanak 2011
Konvensyen Hak Kanak-kanak menyedari bahawa
kanak-kanak mempunyai tahap pemikiran yang berbeza-beza mengikut umur dan
kematangan masing-masing dan dalam hal ini peranan dan tanggungjawap ibu
bapa dalam membantu anak-anak mereka membuat keputusan mengenai kehidupan
mereka adalah penting di samping mengambil kira pandangan anak-anak mereka.
Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Kementerian
Kebudayaan Belia dan Sukan, Dayang Hajah Misnah binti Haji Bolhassan
menyatakan perkara itu semasa Majlis Pelancaran Rasmi Sambutan Hari
Kanak-kanak 2011, yang berlangsung di Dewan Muhibbah, Jabatan Hal Ehwal
Dalam Negeri.
Hadir merasmikan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan,
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang
Haji Hazair bin Haji Abdullah.
Dayang Hajah Misnah menyatakan, di samping itu,
artikel ini juga secara langsung menggalakkan ibu bapa untuk terus
berkomunikasi dengan anak-anak mereka agar mereka merasa dihargai dan
seterusnya bersedia untuk meluahkan perasaan atau masalah kepada ibu bapa
mereka.
Sambutan Hari Kanak-kanak jelasnya, dibuat dalam
bentuk forum yang akan berlangsung selama dua hari dan akan disertai oleh
seramai 300 kanak-kanak yang berumur di antara 12 dan 16 tahun yang terdiri
daripada penuntut-penuntut dari 15 buah sekolah menengah kerajaan dan
sekolah menengah swasta di Daerah Brunei Muara.
Melalui forum interaktif ini tambahnya,
peserta-peserta akan berpeluang untuk menyuarakan pendapat mereka dalam
perkara yang berkaitan dengan kepentingan mereka.
Peserta-peserta katanya, akan dibahagikan kepada 12
kumpulan dan akan membincangkan 12 isu iaitu kesenian, kesihatan, pendidikan
dan kerjaya, kebudayaan, pengangguran, masalah sosial, nilai kekeluargaan,
hiburan media dan teknologi maklumat, penghayatan ugama, pengurusan kewangan,
orang berkeperluan khas dan keusahawanan dan perniagaan.
"Diakhir forum ini nanti, satu rumusan akan
dihasilkan dan diharapkan akan menjadi sukat-sukat kepada jabatan ini bagi
merangka program-program yang berkaitan dengan kanak-kanak," jelasnya.
Beliau berharap forum ini bukan saja memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk menyuarakan pendapat mereka secara proaktif,
kreatif dan bertanggungjawap mengenai dengan isu semasa tetapi ianya juga
diharapkan akan dapat meningkatkan kesedaran kita selaku seorang dewasa agar
lebih memahami akan keperluan dan naluri kanak-kanak dalam mereka
mengharungi kehidupan yang semakin mencabar.
Sambutan pada tahun ini bertemakan 'Hargailah Suara
Kami' selaras dengan artikel 12 dalam Konvensyen Hak Kanak-kanak bagi
kepentingan kanak-kanak iaitu, "Respect the Views of Child".
Selain forum, sambutan pada tahun ini juga
melibatkan pameran Jabatan Pembangunan Masyarakat yang mengetengahkan
perkhidmatan-perkhidmatan mempunyai kaitan dengan kanak-kanak, konvensyen
Mengenai Hak Kanak-kanak dan sambutan pada tahun-tahun sebelumnya.
Sementara itu, Unit Pendidikan Khas, Kementerian
Pendidikan melalui pameran ini juga mengentengahkan perkhidmatan unit itu,
hasil kerja dan pencapaian para pelajar di bawah kawalan unit berkenaan.
Dalam pada itu, Sekolah Menengah Chung Hwa juga
menyertai pameran dengan memaparkan penglibatan dan pencapaian para pelajar
sekolah berkenan.
Majlis diteruskan dengan persembahan Koir daripada
murid-murid Sekolah Rendah Orang Kaya Besar Imas, Subok dan Penyampaian
Sijil Penghargaan kepada para penaja. - Pelita Brunei
20 November 2011
Jasa warga emas dikenang
Setiausaha Tetap
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Haji Mohd. Rozan ketika
menyaksikan hasil kraftangan yang dihasil oleh warga emas Daerah Belait
Sebagai satu penghargaan dan pengiktirafan kepada sumbangan, jasa bakti
golongan warga emas terhadap negara, masyarakat dan keluarga mereka, Jabatan
Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
setiap tahun menganjurkan Sambutan Hari Warga Emas.
Jabatan berkenaan
meraikan Hari Warga Emas sejak tahun 1999 dan pada tahun ini sambutan
diadakan serentak hari ini di seluruh daerah kecuali Daerah Tutong dan
Temburong, sambutan digabungkan bersama Daerah Brunei dan Muara.
Sambutan Peringkat Daerah Belait diadakan di Kompleks Sukan Mumong
dirasmikan oleh tetamu kehormat, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan, Awang Haji Mohd. Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos.
Berbagai aktiviti dan program diatur di sambutan tersebut supaya warga
emas yang diraikan sama-sama mengambil bahagian disamping beramah mesra dan
bertukar-tukar fikiran.
Antara acara yang diadakan termasuk senamrobik (taichi), riadah, aktiviti
sampingan, pemeriksaan kesihatan, pameran dan jualan.
Hari Warga Emas Antarabangsa disambut setiap 1 Oktober dan Negara Brunei
Darussalam menyambut Hari Warga Emas pada tahun ini dengan tema 'Meniti Usia
Secara Sihat' bagi mempelawa setiap individu yang meniti usia ke peringkat
warga emas mengamalkan aktiviti-aktiviti sihat dari segi fizikal dan mental
serta mempunyai kewangan yang kukuh bagi menampung keperluan di hari tua.
Sambutan antara lain bertujuan bagi mempromosikan
perkhidmatan-perkhidmatan yang ada di JAPEM khusus mengenai warga emas,
aktiviti amalan sihat dan persediaan kewangan yang sihat.
Di Daerah Belait, warga emas yang berdaftar dengan JAPEM pada bulan ini
seramai 4,673 orang yang menerima pencen umur tua.
Pemangku Penolong Pengarah Pembangunan Msyarakat, Haji Awang Ahad bin
Haji Hassan berharap sambutan tersebut dan meraikan warga emas akan
menguatkan lagi penglibatan Negara Brunei Darussalam dalam menangani hal
ehwal kebajikan warga emas di samping meningkatkan kesedaran orang ramai
serta memantapkan lagi pemedulian kepada warga emas yang memerlukan.
20 November 2011
Pengorbanan warga emas dihargai
Menteri Kebudayaan,
Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato
Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah ketika sama-sama menyertai
senamrobik 'Tai Chi' di Sambutan Hari Warga Emas 2011
Negara Brunei Darussalam setiap
tahun memperingati Hari Warga Emas yang jatuh setiap 1 Oktober di seluruh
dunia dengan mengadakan berbagai aktiviti dan program.
Sambutan di negara ini bagi Daerah
Brunei Muara, Tutong dan Temburong diadakan di Jerudong Park Playground, di
sini, dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat
Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin
Haji Abdullah.
Aktiviti jasmani bermula dengan
acara senam 'Tai Chi', diikuti dengan pertandingan 'Explorace Kitani'
anjuran Tabung Amanah Pekerja (TAP) selain berbagai aktiviti sampingan yang
disediakan dan dikendalikan oleh pihak Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM),
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Sukarelawan Projek Memeduli
Warga Emas.
Sambutan anjuran kerjasama antara
TAP dan JAPEM ini merupakan penghargaan dan pengiktirafan kepada sumbangan,
jasa bakti golongan warga emas terhadap negara, masyarakat dan juga keluarga
mereka.
Sumbangan mereka terhadap
pembangunan negara tidak dinafikan sangat penting dan berharga maka melalui
sambutan seumpama ini kita dapat melahirkan rasa syukur dan terima kasih di
atas pengorbanan dan sumbangan bakti mereka.
Sambutan tahun ini bertemakan 'Meniti
Usia Secara Sihat' bagi menggalakkan orang ramai untuk mengamalkan gaya
hidup yang sihat sejak dari umur muda lagi agar apabila mencapai umur tua
masih berkeadaan sihat fizikal dan mental. - Pelita Brunei
12 November 2011
TABUNG KEMANUSIAAN MANGSA BANJIR
THAILAND DAN CAMBODIA DITUBUHKAN
Pemangku Menteri
Kebudayaan, Belia dan Sukan Yang Mulia Datin
Paduka Hajah Adina binti Othman dan Menteri
Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran
Dato Seri Setia Dr. Hj Mohammad bin Pengiran
Haji Abdul Rahman ketika mempengerusikan
Mesyuarat penubuhan Tabung Kemanusiaan
Mangsa Banjir Thailand dan Cambodia
Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni
AI-Marhum Sultan Omar' Ali Saifuddin Sa'adul
Khairi Waddien, Sultan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam telah
memperkenankan penubuhan satu tabung bantuan
kemanusiaan yang dikenali sebagai Tabung
Kemanusiaan Mangsa Banjir Thailand dan
Cambodia. Jawatankuasa ini dipengerusikan
bersama oleh Setiausaha Tetap Kementerian
Kebudayaan Belia dan Sukan dan Setiausaha
tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama. Manakala
ahli-ahlinya terdiri daripada beberapa
agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
Penubuhan Jawatankuasa Tabung ini bertujuan
untuk mengumpulkan derma atau sedekah
seangkat-angkat hati daripada semua rakyat
dan penduduk di Negara Brunei Darussalam
bagi membantu meringankan beban penderitaan
yang ditanggung oleh mangsamangsa di
Thailand dan Cambodia.
Sehubungan dengan itu,
satu mesyuarat Jawatankuasa Khas yang
dikenali sebagai Jawatankuasa Kebangsaan
Tabung Kemanusiaan Mangsa Banjir Thailand
dan Cambodia telah diadakan pada hari ini
bertempat di Kementerian Kebudayaan Belia
dan Sukan, Jalan Kebangsaan, Bandar Seri
Begawan. Mesyuarat ini bertujuan untuk
membincangkan segala urusan yang berkaitan
dengan usaha mengumpulkan derma daripada
rakyat dan penduduk Negara Brunei
Darussalam. Hadir selaku tetamu kehormat ini
ialah Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan
Sukan Yang Mulia Datin Paduka Hajah Adina
binti Othman, dan Menteri Hal Ehwal Ugama,
Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr.
Hj Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman.
Majlis juga turut dihadiri oleh Setiausaha
Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan, Dato Paduka Awang Haji Mahd Hamid bin
Haji Mohd Jaafar, dan Timbalan Setiausaha
Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan, Awang Haji Ismail bin Pehin Orang
Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim.
Mesyuarat
jawatankuasa pada hari ini telah menetapkan
bahawa derma akan diadakan selama tiga (3)
bulan iaitu mulai hari ini, 12 November 2011
hingga 11 Februari 2012. Penetapan tempoh
tersebut dibuat bagi memberi peluang kepada
para penderma untuk menyumbangkan derma
berbentuk kewangan secara langsung dan bagi
membolehkan pelbagai pihak untuk
menganjurkan aktiviti-aktiviti amal dan
berkebajikan bagi tujuan kutipan derma
tersebut.
Untuk itu, bagi
orang ramai yang berhasrat untuk memberikan
sumbangan bolehlah menderma melalui
tabung-tabung yang disediakan di bangunan
bank-bank, gedung-gedung perniagaan dan
bangunan-bangunan awam di seluruh negara
ataupun menghantarkannya terus kepada Urus
Setia Tabung Kemanusiaan Mangsa Banjir
Thailand dan Cambodia di Bahagian
Pentadbiran dan Kewangan, Tingkat 2, Jabatan
Pembangunan Masyarakat, Bangunan Kementerian
Kebudayaan Belia dan Sukan, Jalan Kebangsaan,
Bandar Seri Begawan, Negara Brunei
Darussalam pada waktu pejabat
2 November 2011
Enam pelan
utama dikenal pasti bagi Rangka Tindakan AMMRDPE
MENTERI Kebudayaan,
Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato
Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah ketika mempengerusikan Sidang
Media Sempena Mesyuarat Ke-7 Menteri-menteri ASEAN Bagi Pembangunan Luar
Bandar dan Pembasmian Kemiskinan (7th AMMRDPE)
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat
Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin
Haji Abdullah menyatakan enam pelan utama telah dikenal pasti bagi Rangka
Pelan Tindakan Bagi Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan bagi
tahun 2011 hingga 2015.
Enam pelan utama
tersebut menurut Yang Berhormat, menggariskan teras strategik yang baru dan
tindakan yang konkrit termasuk pembangunan luar bandar yang mampan dan
pertumbuhan ekonomi luar bandar, keselamatan makanan dan 'sovereignty'
makanan di tengah-tengah perubahan iklim, perlindungan sosial dan jaringan
keselamatan, pembangunan infrastruktur dan sumber manusia di kawasan luar
bandar, bangunan konstituensi bagi pembangunan luar bandar dan pembasmian
kemiskinan dan memantau dan menilai pengurangan kemiskinan di rantau
ini.Berucap demikian semasa Sidang Media Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN
Bagi Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan (AMMRDPE) Ke-7 yang
diadakan di Bilik Persidangan, The Empire Hotel and Country Club, di sini,
Yang Berhormat menyatakan, Menteri-menteri ASEAN Bagi Pembangunan Luar
Bandar dan Pembasmian Kemiskinan telah berpuas hati di atas usaha yang
berterusan dalam menangani keutamaan Rangka Tindakan Komuniti Sosiobudaya
ASEAN (ASCC) dan Rangka Kerja Pelan Tindakan ASEAN mengenai Pembangunan Luar
Bandar dan Pembasmian Kemiskinan (2004-2010) dan pencapaian negara anggota
ASEAN dalam melaksanakan projek yang menyatupadukan pendekatan perkembangan
secara menyeluruh dan usaha-usaha pembangunan masyarakat komprehensif
terhadap pembasmian kemiskinan.
Semasa mesyuarat tersebut jelas Yang Berhormat,
para menteri berpuas hati dengan kejayaan projek-projek di rantau ini yang
antara lain bertujuan untuk memperkukuh perlindungan sosial terutama dalam
sektor tidak formal, menggalakkan penyertaan pemimpin-pemimpin kampung luar
bandar dalam pembangunan masyarakat, terus mempertingkatkan
perangkaan-perangkaan mengenai kemiskinan dan membendung kesan sosial
globalisasi kepada kumpulan-kumpulan sosial yang terdedah.
Dalam pada itu, tambah Yang Berhormat, mereka
sekali lagi menegaskan komitmen mereka untuk membasmi kemiskinan dengan
memberi penekanan terhadap menggalakkan pembangunan progresif, masyarakat
luar bandar dan bandar yang makmur dan berdikari dan seterusnya menyumbang
ke arah mewujudkan masyarakat penyayang di negara anggota ASEAN.
Menyentuh mengenai dengan pencapaian Matlamat
Pembangunan Milenium (MDGs) di ASEAN, Yang Berhormat berkata, mereka juga
berpuas hati dengan penyelesaian hala tuju ASEAN dalam MDGs bagi panduan
ASEAN dalam mengambil tindakan kolektif untuk menyokong negara-negara
anggota dalam mempercepatkan pencapaian MDGs yang memberi tumpuan kepada
lima bidang iaitu sokongan dan hubungan, pengetahuan, sumber-sumber,
kepakaran dan kerjasama serantau dan barangan awam serantau (regional public
goods).
Pegawai-pegawai kanan, jelas Yang Berhormat, akan
ditugaskan untuk melaksanakan hala tuju ini dengan menyelaraskannya dengan
badan-badan sektor ASEAN yang lain yang berpadanan dengan pencapaian
tersebut.
"Dalam hal ini, kami mengalu-alukan rancangan untuk
mengadakan satu bengkel di rantau ini pada tahun 2012 yang akan
membincangkan penyelerasan strategi untuk mempercepatkan pencapaian MDGs dan
menangani jurang pelaksanaan pelbagai sektor," kata Yang Berhormat.
Mengakui kepentingan penglibatan pihak
berkepentingan termasuk sektor swasta, wanita dan belia dalam usaha membina
komuniti ASEAN jelas Yang Berhormat, mereka telah meluluskan penubuhan Forum
Pertubuhan Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (GO-NGOs) ASEAN mengenai
Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan yang akan bertindak
sebagai 'platform' perkongsian maklumat dan pertukaran pandangan di kalangan
kerajaan, NGOs dan pihak berkepentingan yang lain seperti sektor swasta
mengenai isu-isu serantau yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat miskin
di rantau ini yang mana forum tersebut akan bermula pada tahun 2012 selari
dengan Mesyuarat Persediaan Pegawai-pegawai Kanan ASEAN Mengenai Pembangunan
Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan (SOMRDPE) Ke-9 yang dihoskan oleh Viet
Nam.
Mereka juga menurut Yang Berhormat, menyokong
inisiatif untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan NGOs di negara-negara
anggota ASEAN untuk membina masyarakat dan membasmi kemiskinan dengan
memberi mereka anugerah kepimpinan ASEAN Pembangunan Luar Bandar dan
Pembasmian Kemiskinan bersama-sama dengan dua musim AMMRDPE yang bermula
dari 2013.
Sementara itu, tambah Yang Berhormat, mereka juga
bersetuju telah untuk mengadakan AMMRDPE Ke-8 di Republik Indonesia pada
tahun 2013.
2 November 2011
KDYMM
Berkenan Menerima Mengadap Perwakilan AMMRDPE Ke-7
Kebawah Duli Yang
Maha Mulia sempena Majlis Menghadap berkenan bergambar ramai bersama
Menteri-menteri dan Perwakilan ASEAN yang menghadiri AMMRDPE Ke-7 di Negara
Brunei Darussalam
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang tadi berkenan menerima
mengadap Menteri-menteri dan Perwakilan ASEAN yang menghadiri Mesyuarat
Menteri-menteri ASEAN Mengenai Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian
Kemiskinan Ke-7 (7th AMMRDPE).
Berangkat sama di Majlis
Mengadap yang berlangsung di Istana Nurul Iman di sini ialah Duli Yang
Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee
Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana
Menteri.
Negara Brunei Darussalam
menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Ke-7 AMMRDPE yang diadakan hari ini di
Indera Samudera Grand Hall, Empire Hotel and Country Club dan dihadiri oleh
Menteri-menteri dan Perwakilan dari sepuluh buah negara anggota ASEAN
termasuk perwakilan dari Sekretariat ASEAN.
Turut hadir Menteri Kebudayaan,
Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Pekerma Laila Diraja Dato Seri
Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah dan Timbalan Menteri Kebudayaan,
Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman. - Pelita Brunei
2 November 2011
KDYMM
Raja
Isteri
Berkenan
menerima
mengadap
Kebawah Duli
Yang Maha
Mulia Paduka
Seri Baginda
Raja Isteri
Pengiran
Anak Hajah
Saleha binti
Al-Marhun
Pengiran
Pemancha
Pengiran
Anak Haji
Mohamed Alam
ketika
berkenan
menerima
mengadap
isteri
Menteri
Kemajuan
Luar Bandar
dan Wilayah
Malaysia,
Yang
Berbahagia
Datin Seri
Hajah
Shuryani
binti Datuk
Haji Shuib
Kebawah Duli
Yang Maha
Mulia Paduka
Seri Baginda
Raja Isteri
Pengiran
Anak Hajah
Saleha binti
Al-Marhum
Pengiran
Pemancha
Pengiran
Anak Haji
Mohamed Alam
berkenan
menerima
mengadap
isteri
Menteri
Kemajuan
Luar Bandar
dan Wilayah
Malaysia
berlangsung
secara
berasingan
di Istana
Nurul Iman
di sini.
Kebawah Duli
Yang Maha
Mulia Paduka
Seri Baginda
Raja Isteri
berkenan
menerima
mengadap
isteri
Menteri
Kemajuan
Luar Bandar
dan Wilayah
Malaysia,
Yang
Berbahagia
Datin Seri
Hajjah
Shuryani
binti Datuk
Haji Shuaib.
Semasa
Majlis
Mengadap itu,
Yang
Berbahagia
Datin Seri
Hajjah
Shuryani
diiringi
oleh Yang
Dimuliakan
Seri Laila
Pengiring
Diraja Datin
Seri Utama
Hajah Dayang
Rosnah binti
Abdullah dan
isteri
Menteri
Kebudayaan,
Belia dan
Sukan, Datin
Dayang Hajah
Rosnah binti
Pehin Datu
Inderasugara
Dato Seri
Laila Jasa
Haji Johari.
Yang
Berbahagia
Datin Seri
Hajjah
Shuryanie
berada di
negara ini
mengiringi
suaminya,
Menteri
Pembangunan
Luar Bandar
dan Wilayah
Malaysia,
Yang
Berhormat
Dato' Seri
Haji Mohd.
Shafie bin
Haji Apdal
yang
menghadiri
Mesyuarat
Menteri-menteri
Pembangunan
Luar Bandar
dan
Pembasmian
Kemiskinan
ASEAN Ke-7.-
Pelita
Brunei
2 November 2011
Kemiskinan menghalang pembangunan
ekonomi, jejaskan keselamatan negara
Duli Yang Teramat
Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee
Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana
Menteri ketika mengurniakan sabda perasmian di Mesyuarat Ke-7 Menter-menteri
ASEAN Bagi Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan (7th AMMRDPE)
Duli Yang Teramat Mulia Paduka
Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri
bersabda, kemiskinan sememangnya menjadi ancaman keselamatan maruah manusia
selain menghalang pembangunan ekonomi, mengurangkan kestabilan masyarakat
dan menjejaskan keamanan dan keselamatan negara.
Di ASEAN sabda Duli Yang
Teramat Mulia, kita telah secara konsisten menekankan pembasmian kebuluran
dan kemiskinan sebagai matlamat utama.
"Pemimpin kita telah
mengesahkan beberapa kali komitmen mereka untuk mengurangkan kemiskinan
dengan meningkatkan taraf hidup dan kesaksamaan hidup rakyat kita," sabda
DYTM.
DYTM bersabda demikian semasa
berangkat ke Majlis Perasmian Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN Ke-7 Bagi
Kemajuan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan atau 'The 7th ASEAN Ministers
Meeting On Rural Development and Poverty Eradication' (7th AMRDPE) di Empire
Hotel and Country Club di sini pagi tadi.
Dalam mesyuarat yang
bertemakan 'Strategi Penyelarasan Campurtangan: Ke Arah Kemiskinan Sifar',
DYTM bersabda, Pembasmian Kemiskinan merupakan satu isu yang menyentuh dan
mencabar hati dan fikiran masyarakat di seluruh dunia.
Walaupun terdapat kemajuan
yang positif dalam tahun-tahun kebelakangan ini, sabda DYTM, namun Bank
Dunia melaporkan bahawa 1.4 bilion orang masih hidup dalam kemiskinan yang
masih hidup hanya pada bersamaan satu dolar dan dua puluh sen sehari.
DYTM seterusnya bersabda,
menurut fakta UNDP terkini dan angka-angka kemiskinan di seluruh dunia: 170
juta kanak-kanak mengalami pemakanan tidak seimbang, lebih 100 juta tidak
pernah menghadiri sekolah; 230 juta tidak mempunyai akses kepada pendidikan
menengah dan hampir 250 juta bekerja untuk menyara diri dan keluarga mereka.
"Hampir mencapai sasaran,
masih banyak lebihan kerja untuk mengatasi masalah kemiskinan, berdasarkan
statistik ASEAN terbaru, peratusan besar penduduk di negara-negara anggota,
masih hidup di bawah Garis Kuasa Pembelian $ 2 Kesamarataan Kemiskinan,"
sabda DYTM.
Sebagai matlamat pertama
Matlamat Pembangunan Milenium, sabda DYTM, kita akan berjanji untuk membasmi
kemiskinan menetapkan sasaran mengurangkan separuh kemiskinan menjelang
tahun 2015.
Dalam sabda DYTM menyentuh,
Perhimpunan Agung PBB mengisytiharkan tahun 2008-2017, sebagai Dekad
Bangsa-bangsa Bersatu Kedua untuk Membasmi Kemiskinan mengulangi bahawa
pembasmian kemiskinan adalah cabaran terbesar global yang mesti dimenangi.
"Tema mesyuarat ini 'Strategi
Penyelarasan Campurtangan: Ke Arah Kemiskinan Sifar' pilihan terbaik dan
paling relevan. Usaha-usaha untuk berjaya dan mampan membasmi kemiskinan
sememangnya mesti meliputi pelbagai aktiviti," sabda DYTM.
Kita, sabda DYTM, perlu
menyelaras dengan baik untuk membawa bersama-sama langkah-langkah yang lebih
berkesan seperti memudah cara pertumbuhan ekonomi dan pembangunan dan
peruntukan perkhidmatan sosial dan jaringan keselamatan.
Sabda DYTM lagi, matlamat kita
bukan sahaja untuk memberikan kelegaan serta-merta dan bantuan kepada
golongan miskin apabila diperlukan, tetapi juga menjadikan mereka lebih
berdaya tahan dalam jangka masa panjang, pintar dan memberikan sokongan
kepada diri sendiri yang akan menyumbang untuk memecahkan lingkaran
kemiskinan.
Seterusnya DYTM bersabda,
kerja-kerja Kerajaan kita sahaja tidak boleh berjaya tanpa adanya kerjasama
dan sokongan dari semua sektor masyarakat.
Secara khususnya, sabda DYTM,
golongan perniagaan perlu digalakkan untuk menjalankan tanggungjawab sosial
korporat mereka.
"Dan kita harus melakukan yang
terbaik untuk mendapatkan sokongan dan bantuan dari Rakan-rakan Dialog dan
lain-lain pertubuhan serantau dan antarabangsa kerana saya pasti bahawa
mereka mempunyai banyak untuk ditawarkan," sabda DYTM.
DYTM bersabda mengingatkan
dengan penubuhan Mesyuarat Menteri pada tahun 1997 terdahulu, asas bagi
pendekatan yang diselaraskan dengan pembangunan luar bandar dan pembasmian
kemiskinan mula ditubuhkan.
DYTM menambah sabda,
kerja-kerja untuk membawa bersama-sama kedua-dua garisan tindakan
pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan telah berkembang.
Kemiskinan sebahagian besarnya
sabda DYTM meluas di kawasan luar bandar dan dengan itu, menggalakkan
pembangunan luar bandar berjalan seiring dalam menangani banyak
cabaran-cabaran yang pelbagai bagi mengatasi kemiskinan.
"Dalam hal ini, saya
perhatikan dengan penghargaan kerja-kerja yang dijalankan dalam tempoh
Rancangan Tindakan Rangka Kerja ASEAN Mengenai Pembangunan Luar Bandar dan
Pembasmian Kemiskinan, Pelan Rangka Kerja masih sah sebagai strategik utama
Pelan Tindakan Rangka Kerja ini yang meliputi tempoh 2011 hingga 2015,"
sabda DYTM.
DYTM yakin usaha untuk
meningkatkan penyelarasan dan kerjasama untuk membasmi kemiskinan di samping
merapatkan jurang pembangunan di kalangan negara-negara ASEAN akan memberi
sumbangan besar untuk merealisasikan matlamat Komuniti ASEAN yang menikmati
keamanan, kestabilan dan kemakmuran di seluruh rantau ini.
Cabaran-cabaran untuk berjaya
dalam kerja-kerja mempunyai banyak kompleks dan salah satu cabaran yang
timbul baru-baru ini sabda DYTM, adalah banjir yang dibawa oleh perubahan
iklim dan cuaca yang ganas yang telah menghancurkan kawasan yang luas di
beberapa negara anggota.
"Unsur-unsur cabaran alam
sekitar ini menggambarkan keperluan bagi ASEAN untuk mempunyai penyelarasan
yang lebih dekat dipelbagai sektor dalam pembangunan luar bandar," sabda
DYTM.
Satu contoh yang lebih positif
mengapa kita perlu bekerjasama didalam cadangan baru-baru ini sabda DYTM,
adalah untuk menggalakkan sukarelawan di kalangan belia.
Jika ini dilakukan dengan
betul sabda DYTM, penglibatan golongan professional muda dalam pembangunan
luar bandar hampir pasti akan membawa perkembangan positif.
Pendek kata, sabda DYTM, ASEAN
hanya boleh berjaya melalui strategi yang diselaraskan dengan baik untuk
membangunkan kawasan luar bandar dan mengatasi kemiskinan.
DYTM selanjutnya bersabda,
pembasmian kemiskinan merupakan agenda negara kepada Negara Brunei
Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menetapkan 'kemiskinan sifar'
sebagai matlamat tertinggi utama negara.
Dalam hal ini, sabda DYTM
Jawatankuasa Antara Kementerian Khas Bagi Kemiskinan telah ditubuhkan dengan
tugas pertamanya menjalankan kajian komprehensif mengenai kemiskinan di
Negara Brunei Darussalam yang telah siap pada awal tahun ini.
Dalam sabda tersebut DYTM
menjelaskan, laporan daripada kajian yang dibuat mencadangkan strategi
pembasmian kemiskinan yang bersepadu yang akan menyelaraskan semua
program-program pembasmian kemiskinan dan keselamatan sosial yang akan
menghasilkan keputusan yang baik.
"Ia juga disyorkan bahawa
semua program dan inisiatif perlu menangani punca kemiskinan, khususnya,
kelemahan dalam pekerjaan, pendapatan, infrastruktur, perusahaan, pendidikan
dan kesihatan," sabda DYTM.
Selanjutnya sabda DYTM,
Program-program keselamatan sosial yang sedia ada di Negara Brunei
Darussalam datang dalam dua kategori yang bertujuan untuk saling melengkapi
antara satu sama lain, iaitu: kebajikan sosial dan program-program
pembangunan sosioekonomi.
Program-program kebajikan
sosial yang direka sabda DYTM, adalah untuk menyediakan manfaat kebajikan
yang lebih serta merta dalam bentuk wang tunai dan barangan bagi golongan
yang memerlukan.
Program-program pembangunan
sosioekonomi kita sabda DYTM lagi, melihat kepada objektif jangka panjang
dan termasuk bantuan pendidikan, perubatan dan penjagaan kesihatan serta
perumahan.
"Kami percaya keseimbangan
yang baik mesti wujud bersama-sama di antara keperluan segera untuk membasmi
kemiskinan dan usaha-usaha jangka panjang untuk membantu golongan miskin
dikekalkan dalam membebaskan kemiskinan," sabda DYTM.
DYTM menambah bersabda, satu
inisiatif yang sesuai yang disebut ialah Skim Pencen Caruman Tambahan untuk
mengukuhkan Tabung Amanah Pekerja dan adalah diharapkan skim tambahan ini
akan membantu untuk menghalang individu dari jatuh ke dalam kemiskinan
selepas bersara.
DYTM dalam sabdanya juga yakin
perbincangan tersebut akan turut membuahkan banyak kejayaan semasa mesyuarat
diadakan dan amalan pertukaran seperti ini mempamerkan hasil kerja bersama
yang penting. - Pelita brunei
2 November 2011
AMMRDPE bincangkan isu-isu penting
berkaitan pembangunan, kemiskinan
Duli Yang Teramat
Mulia ketika berkenan bergambar ramai bersama-sama Menteri-menteri ASEAN
bagi Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan (7th AMMRDPE)
Isu-isu penting yang berkaitan dengan Pembangunan Luar
Bandar dan Pembasmian Kemiskinan merupakan perkara utama yang akan
dibincangkan di Mesyuarat Ke-7 Menteri-menteri ASEAN Bagi Pembangunan Luar
Bandar dan Pembasmian Kemiskinan (7th AMMRDPE) yang berlangsung di Indera
Samudera Grand Hall, The Empire Hotel and Country Club di sini.
Berangkat merasmikan mesyuarat tersebut, Duli Yang
Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee
Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana
Menteri.
Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia
dijunjung oleh Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin
Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji
Abdullah dan Menteri-menteri ASEAN Yang Bertanggungjawab Bagi Pembangunan
Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan serta Timbalan Setiausaha Agung ASEAN.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah
dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz
Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam sembah
alu-aluannya antara lain percaya bahawa hanya melalui penyelarasan yang baik
membolehkan ahli-ahli anggota ASEAN menangani pelbagai dimensi cabaran dan
kemajuan dengan penuh yakin.
Yang Berhormat berkata, ASEAN perlu bekerjasama
dengan yang lain dalam ASEAN dan seterusnya perlu mengalakkan sektor swasta
dan pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) untuk lebih aktif menjalankan
tanggungjawab sosial korporat mereka.
Di samping itu tambahnya, kita perlu melibatkan
wanita dan belia untuk menyumbang dan mengambil bahagian dalam kerja-kerja
kesukarelawan dalam program-program Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian
Kemiskinan.
"Jika kita hendak melihat masyarakat ASEAN
berasaskan rakyat yang menggalakkan semua sektor masyarakat terlibat dan
mendapat manfaat daripadanya, tugas kita untuk menjadikan ASEAN lebih
tergolong didalamnya adalah yang paling utama dan perlu diletakan dalam
agenda penyepaduan ASEAN yang teratas," ujarnya.
Seterusnya Yang Berhormat menyatakan, Pelan
Tindakan Rangka Kerja Baru Bagi Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian
Kemiskinan merupakan hasil kerja gigih pegawai-pegawai kanan ASEAN dan
apabila diluluskan nanti, ia akan melihatkan hasil kerja ASEAN sehingga
tahun 2015.
Yang Berhormat berkata, kerja selari mengenai
pelaksanaan pelan tindakan ASEAN untuk mencapai Matlamat Pembangunan
Milenium adalah sama pentingnya.
Dalam pada itu tambahnya, usaha untuk membangunkan
satu statistik serantau mengenai kemiskinan yang dapat dipercayai akan dapat
membantu ASEAN melihat masalah dengan lebih jelas, yang boleh membantu
menangani semua ciri-ciri utama kemiskinan dengan lebih berkesan.
Mesyuarat di Negara Brunei Darussalam ini jelasnya
diharap akan memberikan hasil yang positif yang akan memperkukuh dan memberi
dorongan untuk terus maju ke hadapan dalam pelaksanaan keputusan yang
diperolehi semasa mesyuarat sebelumnya.
Sejurus perasmian, DYTM berkenan bergambar kenangan
bersama para Menteri-menteri ASEAN.
Mesyuarat AMMRDPE yang bertemakan 'Strategi
Penyelarasan Campurtangan: Ke Arah Kemiskinan Sifar' mula ditubuhkan pada
tahun 1997 dengan tujuan untuk mengukuhkan dan menyelaraskan kerjasama di
antara negara-negara ASEAN dalam Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian
Kemiskinan dengan menekankan kepada pembangunan komuniti luar bandar ke arah
masyarakat yang memeduli di rantau ASEAN. - Pelita Brunei