Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang
Mulia Datin Paduka Hajah Adina binti Othman semasa merasmikan Projek
Memeduli Warga Emas dengan memotong 'Pulut Kuning'
Bagi meningkatkan
kesedaran terhadap kewajipan memelihara dan
memeduli warga emas di negara ini, satu
Majlis Ramah Mesra Bersama Sukarelawan dan
Warga Emas Projek Memeduli Warga Emas
diadakan pagi tadi.
Hadir selaku tetamu
kehormat pada majlis yang berlangsung di
Pusat Belia di sini ialah Pemangku Menteri
Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia
Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti
Othman.
Awang Haji
Hasbollah bin Haji Awang Damit selaku
Pengerusi Majlis dalam ucapan alu-aluannya
berkata majlis tersebut merupakan sentuhan
kasih sayang mereka terhadap warga emas yang
dianggap sebagai ibu dan bapa mereka.
Dengan niat dan
perasaan yang tulus ikhlas tambahnya, para
sukarelawan berharap semua warga emas yang
ada akan dapat bergembira dan berhibur
seadanya dengan aktiviti yang dirancang.
"Harapan kami
semoga dapat melihat keceriaan, keaktifan
warga emas sekali gus untuk pengisian masa
kepada yang lebih berfaedah dan penuh
manfaat," jelasnya.
Semoga peluang yang
ada itu terangnya akan dapat mengukuhkan
hubungan dengan saling beramah mesra di
antara rakan-rakan warga emas yang diraikan.
Warga emas yang
hadir di majlis berkenaan terdiri dari Warga
Emas Projek Memeduli Warga Emas dan
penduduk-penduduk kampung dari dua buah
Mukim di Daerah Brunei dan Muara iaitu Mukim
Kota Batu dan Mukim Kianggeh.
Sukarelawan
Memeduli Warga Emas adalah projek usahasama
Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM)
dengan 'Help Age Korea' yang mula bergerak
pada tahun 2005.
Setakat ini,
seramai 106 sukarelawan berdaftar di bawah
JAPEM yang diamanahkan bertanggungjawab
menjaga seramai 31 warga emas yang
memerlukan perhatian dan pemedulian.
Projek tersebut
merupakan projek berterusan yang mana nanti
akan dilaratkan kepada mukim-mukim yang
lain.
Juga hadir,
Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap,
Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat,
Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai dan
Kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan, Penghulu Mukim dan Ketua-ketua
Kampung di bawah Mukim Kota Batu dan Mukim
Kianggeh.
21 Januari 2012
Hari Antarabangsa Orang Berkeperluan
Khas
Menteri Kebudayaan,
Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang
Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia
Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah
menyampaikan hadiah kepada Awang Azmain bin
Sulaiman penerima Anugerah Orang
Berkeperluan Khas Berjaya
“Together
For A Better World For All: Including Persons With Disabilities In
Development” ialah tema bagi Sambutan Hari Antarabangsa Orang Berkeperluan
Khas 2011. Tema ini memberikan satu gambaran kepada manusia sejagat bahawa
orang berkeperluan khas perlu dilibatkan dalam proses pembangunan sesebuah
negara itu. Dalam konteks Negara Brunei Darussalam penglibatan orang
berkeperluan khas dalam proses pembangunan negara khususnya dari segi
ekonomi memang tidak dapat dinafikan. Sehubungan itu, sebagai pengiktirafan
kepada mereka yang terbabit, Jabatan Pembangunan Masyarakat memperkenalkan
Anugerah Orang Berkeperluan Khas Berjaya bersempena dengan Sambutan Hari
Antarabangsa Orang Berkeperluan Khas.
Sambutan
Hari Antarabangsa Orang Berkeperluan Khas telah dilancarkan pagi ini oleh
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma
Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah di ruang
legar, Airport Mall.
Acara
kemuncak ialah, penyampaian Anugerah Orang Berkeperluan Khas Berjaya oleh
Yang Berhormat Pehin kepada seorang pengusaha yang berkeperluan khas, Awang
Azmain bin Sulaiman, daripada Kampung Bangungos, Tanjong Maya, Daerah Tutong.
Beliau menerima wang tunai berjumlah $5,000.00, Sijil Penghormatan dan Plak.
Majlis juga diselajurkan dengan penyerahan bantuan kerusi roda kepada lima
orang penerima.
Sambutan
sehari ini bertujuan untuk mewujudkan perkumpulan dalam suasana persahabatan
dan persaudaraan dengan saling bantu-membantu antara satu dengan yang lain,
meningkatkan kesedaran dan membentukkan sikap positif dalam kalangan
masyarakat terhadap golongan orang berkeperluan khas dan menggalakkan
penglibatan sukarelawan dalam setiap program perkembangan orang berkeperluan
khas di samping menjalinkan rangkaian bagi penglibatan sektor swasta dalan
hal ehwal yang berkaitan dengan orang berkeperluan khas.
Sekitar 600
orang berkeperluan khas dalam pelbagai kategori yang mewakili Pusat-Pusat
Bahagia dan Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan bagi Orang Berkeperluan
Khas menyertai persembahan dan aktiviti yang diselaraskan oleh pihak
penganjur. Aktiviti-aktiviti termasuklah pameran yang mengetengahkan
pencapaian orang berkeperluan khas seperti kraftangan dan sukan selain
langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pihak-pihak berkenaan dalam
memastikan kesejahteraan orang berkeperluan khas.
Hadir pada
majlis ini ialah, Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Yang Mulia
Datin Paduka Hajah Adina binti Othman; Setiausaha-Setiausaha Tetap
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji
Mohd Hamid bin Haji Mohd Jaafar dan Yang Mulia Awang Haji Mohd Rozan bin
Dato Paduka Haji Mohd Yunos; Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Pehin Orang
Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim; Pemangku Pengarah Pembangunan
Masyarakat, Dayang Hajah Misnah binti Haji Bolhasan.
Sambutan
ini dianjurkan bersama oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat, Unit Pendidikan
Khas, Kementerian Pendidikan, Pusat Perkembangan Kanak-Kanak, Kementerian
Kesihatan dan Persatuan-Persatuan Orang Berkeperluan Khas. Sementara itu,
penaja utama bagi sambutan ini ialah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB).
Lain-lain penaja terdiri daripada Ben Foods Sdn Bhd, Malphy Machinery Sdn
Bhd, WT Aircond & Electronic Supplies, R & T Electronic Enterprise, Newera
Air-Conditioning and Engineering, Poh Motor Service and Engineering dan
Jasra Harrisons Sdn Bhd.
Juga menaja
sambutan ini terdiri daripada pihak individu iaitu, Awang Chong Chen Kong,
Awang Lau Chee Huat, Awang Teo Boon Wan Aaron, Awang Khoo Hok Khin, Dayang
Elmer Cheong Tie Li dan Dayang Pauline Chew.
4 Januari 2012
Tabung Kemanusiaan Mangsa Ribut Tropika Washi Filipina ditubuhkan hari ini
Menteri Kebudayaan,
Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato
Paduka Awang Haji Hazair
bin Haji Abdullah ketika berucap di Majlis pelancaran Tabung Kemanusiaan
Mangsa Ribut Tropika Washi Filipina
Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni
AI-Marhum Sultan Omar' Ali Saifuddin Sa'adul
Khairi Waddien, Sultan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam telah
memperkenankan penubuhan satu tabung bantuan
kemanusiaan yang dikenali sebagai Tabung
Kemanusiaan Mangsa Ribut Tropika Washi
Filipina.
Sehubungan dengan itu, majlis pelancaran
Tabung Kemanusiaan Mangsa Ribut Tropika
Washi Filipina telah diadakan pada hari ini
oleh Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan,
Yang berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma
Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji
Hazair bin Haji Abdullah, selaku Penasihat
Bersama Jawatankuasa Tabung berkenaan. Hadir
sama ke majlis pada petang tadi ialah
Menteri Hal Ehwal Ugama Yang Berhormat
Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad
bin Pengiran Haji Abdul Rahman, yang juga
selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Tabung,
dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang
Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahram bin
Pengiran Haji Bahar selaku Timbalan
Penasihat Bersama Jawatankuasa Tabung
berkenaan.
Majlis diteruskan
dengan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan
Tabung Kemanusiaan Mangsa Ribut Tropika
Washi Filipina yang dipengerusikan bersama
oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan, Yang Mulia Awang Haji Mohd
Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, dan
Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama,
Yang Mulia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang
Kaya Maharajalela Haji Mohd Yusof. Mesyuarat
ini bertujuan untuk membincangkan segala
urusan yang berkaitan dengan usaha
mengumpulkan derma daripada rakyat dan
penduduk Negara Brunei Darussalam bagi
membantu meringankan beban penderitaan yang
ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir kilat
di Pulau Mindanao, Filipina berikutan
kejadian ribut tropika Washi yang melanda
pulau itu.
Mesyuarat
Jawatankuasa telah menetapkan bahawa derma
akan diadakan selama tiga (3) bulan iaitu
mulai hari ini, 4 Januari 2012 hingga 3
April 2012. Penetapan tempoh tersebut dibuat
bagi memberi peluang kepada para penderma
untuk menyumbangkan derma berbentuk kewangan
secara langsung dan bagi membolehkan
pelbagai pihak untuk menganjurkan
aktiviti-aktiviti amal dan berkebajikan bagi
tujuan kutipan derma terse but.
Untuk itu, bagi
orang ramai yang berhasrat untuk memberikan
sumbangan bolehlah menderma melalui
tabung-tabung yang disediakan di bangunan
bank-bank, gedung-gedung perniagaan dan
bangunan-bangunan awam di seluruh negara
ataupun menghantarkannya terus kepada Urus
Setia Tabung Kemanusiaan Mangsa Ribut
Tropika Washi Filipina di Bahagian
Pentadbiran dan Kewangan, Tingkat 2, Jabatan
Pembangunan Masyarakat, Bangunan Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jalan
Kebangsaan, Bandar Seri Begawan, Negara
Brunei Darussalam pada waktu pejabat