|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI
BAGI TAHUN 2003
|
|
|
|
26
April 2003
|
|
Satu ceramah motivasi yang bertajuk 'Menghadapi
Cabaran Ibu Tunggal' telah diadakan di Dewan Citrabudaya Kementerian
Kebudayaan Belia dan Sukan. Ceramah telah disampaikan oleh Timbalan
Pengarah Dayang Hajah Mordiah bte Haji Jackia.
|
|
|
|
26
April 2003
|
|
Forum Konvensyen Mengenai Hak
Kanak-Kanak 'Convention On Right Of Children' telah berlansung di
Dewan Bandaran Daerah Belait. Forum tersebut telah dipengerusikan
oleh Yang Mulia Timbalan Pengarah, Jabatan Pembangunan Masyarakat
Dayang Hajah Mordiah bte Haji Jackia. Hadir selaku tetamu kehormat
pada pagi itu, Pegawai Daerah Belait.
|
|
|
|
16
April 2003
|
|
Penerbangan Diraja Brunei (RBA) telah
menyumbangkan 3200 beg 'Skyrider' ke Tabung Bantuan Kanak-Kanak
Sekolah. Majlis berlangsung di Bilik Mesyuarat JAPEM Tingkat 2
Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Pengarah Perkhidmatan
Pelanggan RBA, Pg Hj Kamarulzaman bin Pg Mohd Salleh menyerahkan
sumbangan tersebut kepada Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Zaliha bte Hj
Mohiddin.
|
|
|
|
15
April 2003
|
|
Satu majlis penyerahan Derma yang
berupa cek sebanyak $ 10,000.00 dan barang permainan kanak-kanak dari
Jerudong Park and Country Club (JPCC) ke Tabung Bantuan Tajaan
Kanak-Kanak Sekolah telah diadakan di Bilik Mesyuarat JAPEM Tingkat 2
Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Sumbangan tersebut telah
disampaikan oleh Pengarah Urusan JPCC, Awang Hj Md Denis bin Hj Rosli
kepada Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Zaliha bte Hj Mohiddin.
|
|
|
|
14
April 2003
|
|
Majlis Pelancaran Tabung Bantuan
Kemanusiaan Rakyat Iraq telah disempurnakan oleh Yang Berhormat
Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan. Jabatan Pembangunan Masyarakat
adalah dilantik sebagai Urus Setia Tabung berkenaan.
|
|
|
|
10
April 2003
|
|
Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil
Kursus Kesedaran Peribadi telah diadakan di Outward Bound Brunei
Darussalam Kampong Batang Duri Temburong. Seramai 26 orang pegawai dan
kakitangan Jabatan Pembangunan Masyarakat bahagian 3 hingga 5 telah
berjaya menamatkan kursus selama 6 hari. Sijil-sijil telah
disampaikan oleh tetamu kehormat pada pagi itu, Yang Mulia Pengarah
Jabatan Pembangunan Masyarakat Dayang Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|