|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI
BAGI TAHUN 2003
|
|
|
|
21
Julai 2003
|
|
Majlis penyampaian sijil kepada
penuntut-penuntut pengajian tinggi (IPT) yang menyertai program
kesedaran diri anjuran Jabatan Pembangunan Masyarakat yang
dikelolakan oleh Outward Bound Brunei Darussalam telah disempurnakan
oleh Yang Mulia Pengarah Japem, Datin Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin.
Majlis berlangsung di Outward Bound Brunei Darussalam, Temburong.
|
|
|
|
14
Julai 2003
|
|
Majlis pelancaran program kesedaran
diri bagi penuntut-penuntut institut pendidikan tinggi (IPT) di
dalam dan luar negeri kali pertama anjuran JAPEM 2003 telah
disempurnakan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin,
Pengarah JAPEM. Majlis berlangsung di Dewan Citra Budaya,
Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
|
|
|
|
12
Julai 2003
|
|
Majlis sambutan sempena ulang tahun
pertama dan pelancaran laman web rasmi JAPEM telah diadakan di Dewan
DiGadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Yang Berhormat
Pehin Orang Kaya DiGadong Seri Lela Dato Seri Paduka (Dr.) Hj Awang
Hussain bin Pehin Orang Kaya DiGadong Seri Diraja Dato Laila Utama Hj
Awang Mohd Yusof, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan berkesudian untuk
melancarkan Laman Web JAPEM.
|
|
|
|
7
Julai 2003
|
|
Majlis membaca Surah Yassin dan Doa
Kesyukuran sempena ulang tahun pertama Jabatan Pembangunan Masyarakat,
Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan telah diadakan dikawasan
Kaunter Pembayaran Bantuan dan Pencen. Hadir selaku Tetamu Kehormat,
Pengarah Pembangunan Masyarakat, Yang Mulia Dayang Hajah Zaliha bte
Haji Mohiddin.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|