|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI
BAGI TAHUN 2003
|
|
|
|
29
Mac 2003
|
|
Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Kali
Pertama Tabung Bantuan Tajaan Kanak-Kanak Sekolah (TBTKKS) telah
dirasmikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya DiGadong Seri Lela
Dato Seri Paduka (Dr.) Hj Awang Hussain Menteri Kebudayaan Belia dan
Sukan. Majlis berlangsung di Dewan DiGadong Kementerian Kebudayaan
Belia dan Sukan.
|
|
|
|
27
Mac 2003
|
Majlis Penyerahan dan Perasmian Pusat
Bahagia Eric Goh kepada Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian
Kebudayaan Belia dan Sukan telah berlangsung di Jalan Pandan Lima
Kuala Belait. Yang Berhormat Pehin Orang Kaya DiGadong Seri Lela
Dato Seri Paduka (Dr.) Hj Awang Hussain bin Pehin Orang Kaya
DiGadong Seri Diraja Dato Laila Utama Hj Awang Mohd Yusof, Menteri
Kebudayaan Belia dan Sukan hadir selaku tetamu kehormat dan
berkesudian untuk membuka rasmi Pusat tersebut yang berharga $
350,000.00.
Terdahulu sebelum itu, penyerahan kunci Bangunan Pusat Bahagia Eric
Goh Trust Fund telah disempurnakan oleh Jake Goh Kiat Hing kepada
yang Mulia Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Dayang Hajah
Zaliha bte Haji Mohiddin.
|
|
|
|
15
Mac 2003
|
|
Pmk Penolong Pengarah 11, Awang Ramlan
bin Hj Ahmad dan Pengetua, Awang Abd Rahman bin Apong telah menghadiri
mesyuarat "Meeting Of Leader Of Sports For The Disables APSF and
Meeting Of Sports and Rule Commitee Of The 2nd Asean Para Games"
di Hanoi, Vietnam pada 14-15 Mac 2003.
|
|
|
|
8
Mac 2003
|
|
Majlis Khatam Al-Quran dan Sambutan
Awal Tahun Baru Hijrah 1424 bagi Taman Noor Hidayah telah diadakan di
Dewan Serbaguna Jabatan Pembangunan Masyarakat Kg Pulaie. Hadir selaku
tetamu kehormat pada petang tersebut ialah Pengarah Jabatan
Pembangunan Masyarakat siapa yang mendahului menabur Bunga Rampai
kepada para peserta khatam dan diikuti oleh para jemputan, ibubapa dan
penjaga penghuni-penghuni.
|
|
|
|
3
Mac 2003
|
|
Pmk. Penolong Pengarah 1, Awang Mohd
Hussaini bin Abdullah dan Pekerja Kanan Pembangunan Masyarakat, Awang
Haji Saidin bin Abas telah menghadiri mesyuarat "The 2nd Regional
Seminar For Asean Project On Early Child Care And Development Phase
11" di Bangkok Thailand pada 3-6 Mac 2003.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|