|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI
BAGI TAHUN 2003
|
|
|
|
26
Mei 2003
|
|
Satu taklimat kewangan yang bertajuk
'Peraturan Dan Pengurusan Kewangan' telah diadakan di Dewan
Citrabudaya Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Kursus telah
disampaikan oleh para pegawai dari Kementerian Kewangan. Di antara
yang menghadiri taklimat pada pagi tersebut ialah Yang Mulia
Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat.
|
|
|
|
24
Mei 2003
|
|
Majlis Penyampaian Sijil Bengkel
Kumpulan Kerja Cemerlang Japem bagi kali pertama telah diadakan di
Dewan Citra Budaya. Sijil-sijil telah disampaikan oleh tetamu
kehormat pada petang itu, Yang Mulia Pengarah Jabatan Pembangunan
Masyarakat Dayang Hajah Zaliha bte Haji Mohiddin.
|
|
|
|
19
Mei 2003
|
|
Majlis Doa Kesyukuran bagi Pengislaman
Mohd Sanif bin Mohd Kimchoi dan Keluarga telah diadakan di Bahagian
Pencen-Pencen, Japem. Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat hadir
selaku Tetamu Kehormat.
|
|
|
|
5
Mei 2003
|
|
Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat
bersama dengan Pmk. Penolong Pengarah 1 Awang Mohd Hussaini bin
Abdullah telah menghadiri mesyuarat "The 6th East Asia And
Pacific Ministrial Consultation On Children 5-7 May" di Bali,
Indonesia.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|