|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI
BAGI TAHUN 2003
|
|
|
|
31
Ogos 2003
|
|
Yang Teramat Mulia Paduka Seri
Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah berkenan
berangkat merasmikan Majlis Perasmian Perhimpunan Kanak-kanak
Peringkat Kebangsaan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara
Hassanal Bolkiah. Juga turut berangkat Yang Teramat Mulia dan Yang
Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul
Bolqiah.
|
|
|
|
26
Ogos 2003
|
|
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri
Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan
berangkat membuat lawatan ke Kompleks Rumah-rumah Kebajikan, Pulaie.
|
|
|
|
23
Ogos
2003
|
|
Satu sesi forum motivasi mengenai
dengan visi dan misi JAPEM telah diadakan di Dewan Citra Budaya,
Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Penceramah pada petang itu
ialah Yang Mulia Datin Hajah Zaliha bte Haj Mohiddin, Pengarah JAPEM.
Ceramah tersebut adalah bertujuan untuk memberigakan visi dan misi
Jabatan dikalangan para pegawai dan kakitangan JAPEM.
|
|
|
|
5
Ogos 2003
|
|
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan
berangkat melawat Rumah Kebajikan, Pusat Bahagia dan Pusat Latihan
Pekerjaan Orang-orang Kurang Upaya, Jabatan Pembangunan Masyarakat, di
kampong Pulaie.
|
|
|
|
3
Ogos 2003
|
|
Seramai 7 orang pegawai dan kakitangan
JAPEM telah melakukan lawatan kerja ke Jabatan Kebajikan Masyarakat
Malaysia mulai hari ini hingga 9 Ogos 2003. Lawatan tersebut telah
diketuai oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas JAPEM, Dayang Hajah Sarinah bte
Haji Umar.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|