|
|
|
CATATAN KEGIATAN AKTIVITI
BAGI TAHUN 2003
|
|
|
|
30
Oktober 2003
|
|
Majlis Penyampaian Derma Anak-Anak
Yatim Seluruh Negara bagi tahun 1424 Hijrah / 2003 Masehi anjuran
Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan
Sukan dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei Muara, Bank Islam
Brunei Berhad dan Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah
telah diadakan di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa
Berakas.
|
|
|
|
21
Oktober 2003
|
|
Serombongan Penghulu dan Ketua
Kampong dari Daerah Temburong yang diketuai oleh Pegawai Daerah
Temburong beserta dengan beberapa orang pegawai kanan dari Jabatan
Daerah Temburong telah membuat lawatan kerja ke Ibu Pejabat JAPEM
dan Pusat Bahagia Kampong Pulaie.
|
|
|
|
18
Oktober 2003
|
|
Seramai 24 orang pelajar dan seorang
guru pengawas dari Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah,
Gadong telah mengadakan lawatan ke JAPEM. Rombongan telah diberi
taklimat mengenai dengan tugas dan tanggongjawab jabatan sebelum di
bawa melawat ke bahagian-bahagian di bawah JAPEM.
|
|
|
|
Best Viewed in 800x600 resolution with
Internet Explorer
|