.: About Us | Bahagian-Bahagian Dalam JAPEM | Kebajikan AM dan Pencen-Pencen :.

 

Struktur

Visi
Kearah individu yang bertanggungjawab, berdikari, penyayang dan produktif.

Misi
Meningkatkan keupayaan individu dalam mengatasi cabaran sosio-ekonomi masa kini dan mendatang.

Objektif

  • Mengurangkan atau sekurang-kurangnya memastikan perbelanjaan bagi bantuan bulanan kepada orang-orang susah tidak akan semakin bertambah dalam jangka masa lima tahun.

  • Mengujudkan individu yang bertanggungjawab dan produktif.

  • Mengurangkan jumlah penerima bantuan kepada 5% dalam jangka masa lima tahun.

Tugas dan Tanggungjawab

  • Mengendalikan perkara yang berkaitan dengan kebajikan am iaitu permohonan bantuan kebajikan bulanan, bantuan membaiki dan membuat rumah dan kes-kes bencana alam seperti penyiasatan awal, sokongan dan siasatan ulangan.

  • Mengendalikan perkara yang berkaitan dengan permohonan pencen-pencen iaitu Pencen Umur Tua dan Tidak Upaya mengikut Akta Pencen Umur Tua dan Tidak Upaya 1954 seperti penyiasatan awal, sokongan dan siasatan ulangan.

  • Mengetuai Urus Setia kepada beberapa jawatankuasa seperti:-

    • Jawatankuasa Kebangsaan Rancangan Bertindak Bagi Pembangunan Sosial.

    • Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Bagi Menangani Isu Sosial.

  • Mengendalikan pembayaran wang bantuan kebajikan bulanan, pencen-pencen, bantuan perumahan dan bantuan-bantuan lain yang berkaitan dengan kebajikan am dan pencen-pencen.

  • Bertanggungjawab dalam mentabdir dan menguruskan Tabong-Tabong Kebajikan di bawah pengendalian jabatan seperti Tabung Badan Kebajikan Kebangsaan, Tabung Anak Yatim Kebangsaan, Tabung Orang-Orang Cacat dan Tabung Orang Buta.

  • Mentadbir dan menyelia rumah-rumah dibawah kes-kes kebajikan termasuk Pusat Penempatan Sementara Mangsa Bencana Alam Kampong Belimbing Subok.

  • Menyediakan dan menyimpan data-data rekod yang berkaitan dengan kebajikan am, pencen-pencen, tabung-tabung dan rumah-rumah kebajikan.

  • Mengatur dan menyelia program-program berdikari bagi penerima bantuan, penerima pencen dan orang susah.

  • Membuat kajian dan penyelidikan yang berkiatan dengan kebajikan am dan pencen-pencen untuk rujukan dan apa jua perancangan yang perlu.

  • Menyelaras dan menganjur sebarang seminar, kursus atau taklimat yang berkaitan dengan kebajikan am dan pencen-pencen.

  • Menerbitkan buku-buku, risalah, jurnal dan sebagainya yang berkaitan dengan kebajikan am dan pencen-pencen untuk diselaraskan dengan Bahagian HRD dan PR.

  • Menyediakan Laporan Bulanan dan Tahunan mengenai kebajikan am, pencen-pencen, tabung-tabung dan rumah-rumah kebajikan dan akan diselaraskan dengan Bahagian HRD dan PR.

[ KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN ]  [ JABATAN PUSAT SEJARAH ]  [ JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ]
[ JABATAN MUZIUM-MUZIUM ]  [ JABATAN BELIA DAN SUKAN ] [ PUSAT PEMBANGUNAN BELIA ]