.: About Us | Bahagian-Bahagian Dalam JAPEM | Keluarga, Kanak-Kanak dan Kaunseling :.

 

Struktur

 

Visi
Membangun dan Mengukuhkan Masyarakat dan Individu Bersifat Penyayang, Bertanggungjawab, Pemedulian dan Berdaya Tahan
.

Misi
Meningkatkan Kesejahteraan Keluarga, Individu dan Masyarakat.

Objektif

  • Mengetuai Urus Setia dan Jawatankuasa yang berkaitan dengan keluarga dan kanak-kanak seperti;

    • Convention On The Rights of The Child (CRC).

    • Majlis Kebangsaan Kanak-Kanak (MKK).

    • Jawantankuasa Penilaian Permohonan Anak Laqid (abandoned Baby).

    • JawatanKuasa Kumpulan Bertindak Keatas Penderaan Kanak-Kanak dan    Keganasan Rumahtangga.

  • Mengendalikan proses penyiasatan terhadap permohonan Anak Angkat yang dihadapkan oleh Jabatan Imigeresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

  • Mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan keganasan rumahtangga seperti penganiayaan dan penderaan terhadap wanita, isteri, kanak-kanak, orang tua dan sebagainya.

  • Menyelia kes-kes yang berkaitan dengan ‘abandoned baby’ (Anak Laqid).

  • Mengkaji, menyelidik dan menganalisa kes-kes yang berkaitan dengan keluarga dan kanak-kanak.

  • Membuat pendaftaran anak-anak yatim seluruh negara.

  • Merancang, menyelaras dan melaksana Program kaunseling dan Khidmat Nasihat samada untuk penghuni rumah-rumah perlindungan atau pemulihan (seperti Taman Noor Hidayah dan Rumah Kanak-Kanak), klien jabatan seperti mereka yang memerlukan bantuan khidmat nasihat dan pegawai serta kakitangan yang menghadapi sebarang masalah.

  • Mengendali dan menyiasat permohonan menyambung perkhidmatan yang diterima melalui Jabatan Perdana Menteri, permohonan pekerjaan dari orang-orang susah (seperti balu, janda dan bekas banduan), dan sokongan pekerjaan.

  • Menghubungi mana-mana pihak seperti Jabatan Buruh dan sebagainya untuk mendapatkan sebarang pekerjaan bagi oarng-orang susah yang memohon bantuan ke jabatan ini.

  • Menguruskan pentadbiran Pusat Jagaan Harian (Day Care Center), jika diperlukan.

  • Menyelaras dan menganjurkan seminar, kursus, simposium dan kempen-kempen yang berkaitan dengan keluarga dan kanak-kanak.

  • Menyelaras penerbitan buku-buku, risalah, jurnal dan sebagainya yang berkaitan dengan Perkhidmatan Pembangunan Keluarga, Kaunseling dan Pekerjaan.

  • Menyediakan Laporan Tahunan Bahagian Pembangunan Keluarga dan diselaraskan dengan Bahagian HRD dan PR.

Strategi

  • Menggalak dan Mewujudkan Individu Yang Bertanggungjawab.

  • Mencegah Berlakunya Masalah Sosial Yang Boleh Mengakibatkan.

  • Mempertingkatkan Sistem Kekeluargaan Sebagai Teras Kesejahteraan Individu dan Keluarga.

  • Melindungi Golongan Sasar Yang Berkeperluan dan Bermasalah Melalui Perlaksanaan dan Penguatkuasaan Akta-Akta Sosial.

  • Memberi Panduan, Sokongan, Bimbingan dan Galakkan Kepada Individu, Komuniti, Badan-Badan Kebajikan Sukarela (NGO) dan Agensi-Agensi Lain Yang Berkaitan Dalam Membantu Golongan Sasar.

[ KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN ]  [ JABATAN PUSAT SEJARAH ]  [ JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ]
[ JABATAN MUZIUM-MUZIUM ]  [ JABATAN BELIA DAN SUKAN ] [ PUSAT PEMBANGUNAN BELIA ]