.: About Us | Bahagian-Bahagian Dalam JAPEM | HRD dan PR :.

 

Sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Tugas-Tugas Khas.

Struktur

Visi
Bagi mendokong hasrat Jabatan menjadikan semua Pegawai dan Kakitangan terlatih, Bermaklumat dan Cemerlang dalam bidang masing-masing.

Matlamat
Mengendalikan latihan, seminar, bengkel kepada semua Pegawai, Kakitangan dan Klien dalam bidang-bidang yang dikenalpasti. Disamping menyampaikan maklumat dan pengetahuan selaras dengan bidang tugas Jabatan.

Objektif

  • Bagi membina keyakinan dan kecemerlangan dikalangan pegawai dan kakitangan dalam bidang masing-masing yang berasaskan kepada latihan dan pendidikan berterusan.

  • Merealisasikan hasrat Jabatan bagi semua pegawai dan kakitangan Japem  agar celik komputer dan tidak ketinggalan dalam menghadapi kemajuan teknologi maklumat yang sentiasa berkembang.

  • Mengenalpasti dan menganalisis keperluan dan keutamaan latihan diperingkat organisasi, tugas dan Individu.

  • Menjadikan latihan sebagai strategi pembangunan sumber manusia.

Tugas dan Tanggungjawab

Pembangunan / Latihan

  • Bertanggungjawab dalam perkara yang berkaitan dengan ‘Staff Development’ dan bertanggungjawab dalam pengendalian latihan pegawai dan kakitangan seperti kursus komputer, seminar, kursus motivasi atau mana-mana kursus yang diperlukan dari masa-kemasa (dalam dan luar negeri)

  • Bertanggungjawab dalam perkara yang berkaitan dengan ‘Information Technology’ IT

Perhubungan Awam

  • Bertanggungjawab dalam bahagian Perhubungan Awam Jabatan seperti penyediaan ‘Press Release’ dan sebagainya.

  • Bertanggungjawab dalam membuat penerbitan JAPEM termasuk mengumpul dan menyebarkan maklumat mengenai dangan peranan dan tanggungjawab Jabatan.

  • Bertanggungjawab dalam penyediaan laporan bulanan dan laporan tahunan Jabatan/MCDS/Kementerian.

  • Menyelaras Pameran Jabatan.

  • Penyediaan P.A. System Komputer seperti pengendalian Lap Top dan LCD.

Penyelidikan

  • Membantu membuat penyelidikan perkara yang berkaitan dengan hal ehwal serantau dan antarabangsa seperti membantu dalam kajian untuk penyediaan kertas kerja bagi mesyuarat sama ada diperingkat ASEAN, COMMENWELTH, UNITED NATIONS dan lain-lain.

  • Menyelaras maklumat yang berkaitan dengan JAPEM termasuk statistik, data-data dan berita dan rencana mengenai JAPEM.

  • Menyelaras mereka yang berhajat untuk membuat kajian di Jabatan ini.

[ KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN ]  [ JABATAN PUSAT SEJARAH ]  [ JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ]
[ JABATAN MUZIUM-MUZIUM ]  [ JABATAN BELIA DAN SUKAN ] [ PUSAT PEMBANGUNAN BELIA ]