|
|
.:
About Us
|
Bahagian-Bahagian Dalam JAPEM
|
Pemulihan dan Perlindungan :.

Struktur
Visi
Ke arah perkhidmatan,
bimbingan, pemulihan serta perlindungan yang berkesan.
Misi
Membimbing, memulih dan Melindung (3M).
Objektif
-
Memberikan tempat
perlindungan yang selamat kepada individu bermasalah terutama yang
menjadi mangsa dari sebarang ancaman sehingga masalah mereka dapat
diselesaikan.
-
Memaksimakan potensi
diri dan seterusnya menjadi individu yang positif dan produktif.
-
Membantu mendapatkan
sumber pendapatan sesuai dengan keupayaan dan kemampuan masing – masing.
-
Membantu masyarakat
dalam hak pembelaan diri dari segi undang–undang.
-
Menggalakan penglibatan
agensi- agensi bukan kerajaan (NGO).
Tugas dan Tanggungjawab
-
Bertanggungjawab ke
atas pengurusan dan pentadbiran pusat latihan dan bimbingan orang cacat
(Pusat Bahagia) seluruh negara.
-
Mengendalikan Bahagian
Pemulihan Akhlak dan Rumah-Rumah Pemulihan dan Perlindungan.
-
Mengendalikan
perkhidmatan yang berkaitan dengan Bahagian Asuhan.
-
Mentadbir dan menyelia
rumah-rumah pemulihan dan perlindungan seperti Taman Noor Hidayah, Rumah
Kanak-Kanak dan lain-lain.
-
Memastikan pentadbiran
dan pengurusan rumah-rumah pemulihan dan perlindungan berjalan dengan
licin dan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
-
Membuat kajian dan
penyelidikan serta menyediakan data yang berkaitan dengan orang cacat
bagi rujukan dan apa jua perancangan yang perlu.
-
Mengadakan ‘case
conference’ bagi penghuni rumah-rumah pemulihan dan perlindungan.
-
Menyelaras dan
menganjur sebarang seminar atau bengkel yang berkaitan dengan
Pemulihan Akhlak dan Perkhidmatan Asuhan.
-
Menyelaras penerbitan
buku-buku, risalah, jurnal dan sebagainya yang berkaitan dengan bahagian
ini untuk diselaraskan dengan Bahagian HRD dan PR.
-
Menyediakan Laporan
Bulanan dan Tahunan bagi Pemulihan Akhlak, Rumah Pemulihan dan
Perlindungan dan Bahagian Asuhan bagi diselaraskan dengan Bahagian HRD
dan PR.
Strategi
-
Melaksanakan program bimbingan dan pemulihan yang teratur dan terbaik.
-
Membimbing dan melatih individu supaya dapat mempelajari satu–satu
kemahiran.
-
Membentuk diri dengan disiplin yang tinggi.
-
Membentuk sikap yakin diri sesuai dengan norma sosial yang sihat.
-
Melahirkan individu yang boleh berdikari dan bantu diri.
|
|
[
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
] [ JABATAN PUSAT SEJARAH
] [ JABATAN DEWAN BAHASA DAN
PUSTAKA ]
[ JABATAN MUZIUM-MUZIUM ] [
JABATAN BELIA DAN SUKAN ] [
PUSAT PEMBANGUNAN BELIA ] |