![]() |
|
.:
Institusi Kebajikan |
Pusat Latihan Pekerjaan Orang-Orang Cacat (PLPOOC)
:. Sepintas Lalu Pusat Latihan Pekerjaan Orang-orang Cacat ditubuhkan pada tahun 1975 bertempat di pusat Belia. Penubuhannya adalah berikutan dengan penghantaran beberapa orang cacat penglihatan ke Malaysia dan Singapura untuk menjalani kursus latihan pekerjaan pada tahun 1960an. Tujuan Penubuhan Memberi peluang kepada mereka yang mempunyai darjah kecacatan sederhana untuk menjalani latihan dan pemulihan untuk membolehkan mereka berdikari atau mendapatkan pekerjaan apabila mereka tamat latihan nanti samada bekerja di syarikat swasta, Jabatan kerajaan atau bekerja sendiri sebagai ‘homeworkers’. Mereka ini terdiri daripada orang-orang Berkeperluan Khas Penglihatan atau orang yang mempunyai darjah kecacatan yang sederhana dan disahkan oleh doktor serta berumur 18 tahun ke atas. PROSES KEMASUKAN Proses Kemasukan adalah melalui:-
JADUAL PUSAT Setiap hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu. Jam 8.00 pagi hingga 12 tengahari dan 1.30 petang hingga 4.30 petang. ELAUN PELATIH Elaun Bulanan di antara $40.00 hingga $240.00 sebulan diberikan kepada Pelatih bergantung pada tahap pencapaian dan Jangka kursus
LATIHAN INDUSTRI Latar Belakang Latihan Industri ini mula ditubuhkan sekitar tahun 1990an dan pada waktu itu ia dikenali sebagai Latihan Penempatan bagi penuntut-penuntut Pusat Bahagia. Di awal penubuhan pusat latihan ini, pelatih-pelatih diberikan latihan pekerjaan percubaan sementara di Jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Darat dan Pejabat Pos Brunei dengan kadar elaun yang di bayar oleh pihak JAPEM mengikut kadar peruntukkan elaun bagi pelatih-pelatih latihan industri. Tujuan Ditubuhkan Adapun tujuan latihan industri ini ditubuhkan adalah bagi memberikan peluang-peluang kepada pelatih-pelatih latihan industri dalam menimba pengalaman bekerja di sektor-sektor swasta atau kerajaan yang bersesuaian dengan kebolehan mereka. Proses Kemasukan Pelatih-pelatih yang di terima masuk untuk mengikuti latihan indutsri ini, adalah melalui sokongan ketua Bahagian Perkhidmatan Berkeperluan Khas serta ahli-ahli jawatankuasa yang telah di lantik. Setiap sokongan adalah berpandukan kepada kriteria-kriteria yang memuaskan sepanjang tempoh pelatih berkenaan mengikuti latihan di Pusat Latihan Pekerjaan Orang-Orang Cacat (PLPOOC). Kadar Elaun Kadar peruntukkan elaun bagi latihan Industri mengikut garis pandu seperti berikut:-
PENYERTAAN ORANG KURANG UPAYA BIDANG SUKAN PERINGKAT SERANTAU DAN ANTARABANGSA
Dikemaskinikan pada 8 September 2009 |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
[
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
] [ JABATAN PUSAT SEJARAH ]
[ JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
] |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
