| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts |

Pencarian Dalam Laman Ini :

  Home : Info Jabatan : Perkhidmatan : Institusi Kebajikan : Borang On-line : TeleJAPEM : Maklum Balas : E-mail Kami :
  Tips dan Panduan : Statistik :

Lagu-Lagu

ILAHI LINDUNGI MEREKA PEWARIS BANGSA
KAMI KANAK-KANAK BRUNEI DARUSSALAM
KELUARGA BAHAGIA
MENUJU BAHAGIA
TERIMA KASIH IBU, TERIMA KASIH AYAH
WARGA TUA
 
 

  :: LAGU ::

 
ILAHI LINDUNGI MEREKA PEWARIS BANGSA

Wahai teman
Ayoh kawan
Mari teman
Kita rayakan
Hari gemilang kita

Yang disini
Yang disana
Semua bersatu bantu membantu
Menuju ke arah satu
Mercu jaya

Ayuh kawan
Ayuh teman
Kita sorakkan
Hari-hari kita

Kita pewaris bangsa
Kita layarkan mutiara
Berbekal kasih sayang yang ada
Sebagai pengukur jati diri kita
Untuk mengharungi badai samudera

Wahai teman
Wahai kawan
Ingatlah pesanannya
Berdikari kita

Wahai teman
Wahai kawan
Semua bersatu
Persiapkan hidup dengan ilmu
Fikirkan masa depanmu

Kita warisan negara
Kita layarkan mutiara
Penuhkan iman didada
Sebagai penghalang cabaran melanda

Wahai teman
Wahai adik
Terkadang kau terjatuh
Tangisan tidak bererti
Wahai teman
Wahai adik
Susun semula langkah mu
Bertawakallah kau kan berjaya

Wahai teman....
Wahai saudara
Sayangi mereka
Jauhi sengketa
Hidupkan kedamaian
Demi masa depan
Kita... kita... kita

Kita pembela nusa
Kita layarkan mutiara
Wahai adik, abang, kakak
Jangan ketinggalan
Melangkah dengan waspada
Taburkan bakti pada nusa

Pencipta lagu / lirik: Mejar (B) Hj Manaf bin Hj Kamis
                              (Eah/Firman)

KAMI KANAK-KANAK BRUNEI DARUSSALAM

Kami kanak-kanak
Brunei Darussalam
Gembira sejahtera
Antara biskita semua

Bukan kami meminta
Hanya memohon jaminan
Hak dan kasih sayang berpanjangan
Biskita semua

Dengarlah kami
Hormatilah kami
Lindungilah kami
Didiklah kami selayaknya

Kami kanak-kanak
Brunei Darussalam
Gembira sejahtera
Antara biskita semua

Kami berhak kemajuan
Berkumpul dan bermain
Sihat dan tenteram
Di bawah undang-undang

Kami menghormati biskita
Biskita menyanyangi kami
Sejahteralah dunia
Tanpa ugutan dan penganiayaan

Kami kanak-kanak
Brunei Darussalam
Memohon pengertian
Kasih sayang dan perlindungan
Biskita semua

Pencipta lagu / lirik: D.P Hj Matussin

KELUARGA BAHAGIA

Keluarga bahagia
Cita-cita semua
Tak kira siapa
Semua ingin bahagia

Ibu bapa semua
Berkorban berusaha
Untuk keluarga bahagia
Riang sepanjang masa

Anak-anak dijaga
Dididik dan dibela
Keluarga pasti bahagia
Negara pasti jaya

Keluarga yang harmoni
Sihat rohani jasmani
Saling kasih mengasihi
Gembira dan diberkati

Keluarga dan pekerjaan
Seiring sejalanan
Kemesraan dan persefahaman
Teras kekeluargaan

Kebahagian insan
Adalah cita dan harapan
Tapi minta pengorbanan
Dari segenap lapisan

Keluarga bahagia
Tanggongjawab bersama
Jagalah keluarga
Itulah harapan semua

Lirik oleh: Awang Hj Matussin Omar  23.10.1990
Susunan dan Gubahan Muzik: Awang Hj Idris Mohammad

MENUJU BAHAGIA

Bangunlah waktu subuh
Segera tunaikan sembahyang
Fikiran lapang tenang
Badan sihat dan kuat

Ke sekolah datang awal
Bekerja jangan lewat
Belajar dengan tekun
Bekerja jujur amanah

Chorus

Orang tua dihormati
Disayang dan dijaga
Anak-anak disayangi
Dipimpin dan awasi

Usaha gigih kuat
Membawa kejayaan
Keluarga dan Negara
Sangat merasa bangga

Keluarga yang bahagia
Bersama membuat kerja
Saling hormat menghormati
Sayang dan menyayangi

Lirik oleh: Awang Haji Morshidi bin Hj Md Salleh  3 November 1990
Susunan dan Gubahan Muzik: Awang Hj Idris Mohammad

TERIMA KASIH IBU, TERIMA KASIH AYAH

Terima kasih ibu
Terima kasih ayah

Belaian lembut ibu
Belaian kasih ayah
Mesra kasihnya
Mesra sayangnya

Terima kasih ibu
Terima kasih ayah

Ibu ayah mengasuh
Mendidik membesarkan
Susah payahnya
Dalam senyuman

Terima kasih ibu
Terima kasih ayah

Dendang dodoi ibu
Pujuk rayu ayah
Mahu aku besar
Jadi anak saleh

Terima kasih ibu
Terima kasih ayah

Nakal manja nakal
Tidak membosankan
Ayah ibu saying
Tetap mendoakan

Terima kasih ibu
Terima kasih ayah

Rukun damainya kami
Dirumah indah permai
Saling mengerti
Saling menghormati

Terima kasih ibu
Terima kasih ayah

Janjiku janjiku
Untuk ayah ibu
Tekun dan rajin
Jadi anak saleh

Terima kasih ibu
Terima kasih ayah

Lirik Oleh:- Badaruddin H.O
Susunan dan Gubahan Muzik: Awang Haji Hashim bin Haji Abd Rahman

WARGA TUA

Warga tua
Tempatmu di hatiku
Nantikan esok
Aku seperti mu
Hidup berkeluarga
Kau pasaknya
Sebumbung sehalaman
Kau tiangnya
Warga tua…..
Akulah anakmu

Warga tua…..
Akulah cucumu
Kami curahkan
Kasih padamu
Kami sanjungkan
Budi jasamu
Kampong halaman
Kau serinya
Alun-alun titian
Kau mercunya
Warga tua
Angkat kepalamu

Warga tua
Khusyu’kan hatimu
Syukur bangga
Kami membelaimu
Semoga Tuhan
Lanjutkan usiamu

(Solo)

Warga tua …..
Akulah anakmu
Warga tua …..
Akulah cucumu
Hidup berkeluarga
Kau pasaknya
Sebumbung sehalaman
Kau tiangnya
Syukur bangga
Kami membelainya
Semoga Tuhan
Lanjutkan usiamu
Lanjut usiamu …….

Lirik: Badaruddin H.O
Lagu: Haji Awg Afif Daraina bin YDM Udana Khatib Ustaz Hj Awg Badaruddin
Susunan Muzik: Dr Kamaruddin bin Hj Ahmad

Best Viewed in 800x600 resolution with Internet Explorer
 
Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn