|
|
.:
Perkhidmatan |
Talian
Helpline Kebajikan 141 :.

Perasmian
Talian Helpline Kebajikan 141
telahpun dirasmi oleh Pengarah JAPEM, Datin Hajah Adina bte Othman pada 31
Julai 2006 bersempena dengan Sambutan Hari Pelanggan JAPEM 2006.
Matlamat
Penyediaan talian 'Helpline
Kebajikan 141' oleh JAPEM adalah untuk memberikan ruang perkhidmatan yang
lebih baik dan efisen serta bantuan kepada klien-klien yang bermasalah
khususnya dalam kes-kes penderaan, pengabaian, perlindungan, eksploitasi,
khidmat nasihat, masalah-masalah keluarga dan sebagainya supaya akan dapat
diambil perhatian dan tindakan mengikut keutamaan kes-kes berkenaan.
Waktu Perkhidmatan
Talian 'Helpline Kebajikan 141'
beroperasi waktu pejabat sahaja iaitu dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahari
dan 2 petang hingga 4.30 petang. Seramai 20 orang pegawai dan kakitangan
Jabatan ini ditugaskan untuk menjawab sebarang panggilan dan pertanyaan dari
orang ramai secara bergilir-gilir.
Statistik
Sejak ianya dirasmikan dan mula
beroperasi pada bulan Ogos 2006, Talian 'Helpline Kebajikan 141' ini telah
mencatatkan purata jumlah panggilan 154 setiap bulan. Sementara itu sebanyak
20 jenis panggilan telah dikategorikan.
|