|
.:
Perkhidmatan |
Bantuan Kebajikan Bulanan :.

BANTUAN KEBAJIKAN BULANAN (BKB)
Bantuan Kebajikan Bulanan (BKB)
membantu meringankan beban individu atau keluarga yang berpenghidupan susah
dan tidak berpengharapan.
BKB dihulurkan dalam tempoh yang tidak
ditetapkan dan ianya hanya bersifat sementara. Pada dasarnya BKB tidak
dihulurkan secara ‘automatik’, walau bagaimanapun sebelum BKB
dipertimbangkan beberapa perkara diambil kira dan dinilai berasaskan kepada
beberapa perkara seperti;
-
BKB menggalakkan
penerima untuk terus berusaha.
-
Tidak mengambil alih tugas dan
tanggongjawab ahli keluarga dalam memberi nafkah.
-
Sebagai ‘Token’ atau menringankan bebanan
yang ditanggong.
Siasatan ulangan terhadap penerima-penerima
Bantuan Kebajikan Bulanan akan dibuat dari semasa ke semasa untuk memastikan
mereka masih berkelayakkan untuk menerima.
SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKKAN UTAMA PERMOHONAN BKB
-
Pemegang Kad Pintar
berwarna kuning
-
Berpenghidupan susah
dan mempunyai tanggongan anak-anak yang masih bersekolah
-
Tidak mempunyai
pendapatan / menerima Pencen Perkhidmatan / Pencen Turunan / Pencen Umur
Tua / bantuan dari agensi Kerajaan atau bukan kerajaan.
-
Mendapatkan pengesahan
Pegawai Perubatan Kerajaan jika menghidap sebarang penyakit yang tidak
membolehkannya bekerja.
Jika awda layak untuk
memohon, permohonan hendaklah;
-
dihadapkan kepada
Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat samada secara bersurat melalui
Penghulu-Penghulu / Ketua-Ketua Kampong atau
-
datang terus ke ibu
pejabat Jabatan Pembangunan Masyarakat atau cawangan-cawangan disetiap
daerah.
Dokumen Yang Perlu Dibawa/Disertakan Sewaktu Membuat
Permohonan Bantuan Kebajikan Bulanan
-
Kad Pintar. ***
-
Surat Beranak/Kad
Pintar anak-anak. ***
-
Sijil Nikah/Sijil Cerai
(jika berkenaan). ***
-
Sijil mati bagi suami (jika
suami meninggal dunia).***
-
Laporan Pegawai
Perubatan Kerjaan (jika perlu).
-
Pengesahan dari pihak
sekolah bagi tanggongan anak yang masih bersekolah.
-
Lain-lain dokumen yang
berkenaan.
*** Salinan dokumen/sijil/surat
asal dan salinan hendaklah disertakan
Tindakan Pengurangan / Pemberhentian Pembayaran Penerima BKB dan Tanggungan
antaranya ialah,
-
Telah berkahwin atau
bekerja
-
Isteri bekerja yang
difikirkan boleh membantu sara hidup
-
Menerima Pencen Umur
Tua/Isteri menerima Pencen Umur Tua
-
Mempunyai anak-anak
yang sudah mencapai umur 18 tahun dan tidak bersekolah lagi, menerima
sebarang elaun Kerajaan / berkahwin dan lain-lain.
-
Menerima Baksis dan
lain-lain Pencen Kerajaan
-
Mempunyai mata
pencarian yang difikirkan boleh membantu kehidupan sekeluarga
-
Bantuan Kebajikan
Bulanan akan diberhentikan setelah suami/ayah/ibu dibebaskan dari
Penjara / Rumah Al Islah
|