|
.:
Perkhidmatan |
Orang
Berkeperluan Khas :.

Perkhidmatan Orang Berkeperluan Khas memberikan tumpuan kepada pemberian
bantuan kepada orang berkeperluan khas dalam mereka menjalani kehidupan
seharian.
Setiap Orang Bekeperluan Khas di Negara ini digalakkan untuk mendaftar ke
Jabatan Pembangunan Masyarakat dengan tujuan supaya setiap kemudahan dan
bantuan yang bersesuaian akan dapat disalurkan. Jabatan ini berharap dengan
bantuan yang diberikan akan dapat mengurangkan pergantungan mereka kepada
keluraga atau orang lain yang mana pihak Jabatan menyediakan keperluan
utama golongan ini dengan memberikan perkhidmatan pemulihan kecacatan dan
kelemahan serta memberikan latihan-latihan yang tertentu dan diharapkan
mereka ini akan mampu untuk berdikari sendiri.
Negara Brunei Darussalam komited dengan dekad Bangsa- Bangsa Bersatu bagi
Orang Bekeperluan khas di Rantau Asia dan Pasifik 2003-2012 dan telah
menandatangani proklamasi penyertaan penuh dan penyamaan bagi Orang
Bekeperluan Khas di Rantau Asia dan Pasifik pada Mei 1994. Agenda tindakan
dekad ini memberikan penekanan kepada kesedaran masyarakat dan penyediaan
kemudahan-kemudahan ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup Orang
Berkeperluan Khas.
Definisi
Kecacatan ialah kehilangan
atau kekurangan upaya seseorang untuk melakukan sebarang aktiviti yang sama
dengan yang lain ( United Nation, 1995).
KATEGORI ORANG BERKEPERLUAN KHAS
Terdapat 4 kategori Orang Berkeperluan Khas yang didaftarkan iaitu:-
-
Berkeperluan Khas Penglihatan
-
Berkeperluan Khas Anggota
-
Berkeperluan Khas Pendengaran
-
Berkeperluan Khas Intelek
Perkhidmatan yang disediakan
-
Kelas Bimbingan Kanak-kanak Berkeperluan Khas
-
Pusat Latihan Orang-Orang Cacat
-
Latihan Industri
-
Pemulihan Dalam Komuniti
-
Bantuan Kebajikan
-
Akta Pencen Umur Tua
dan Kurang Upaya 1954
BANTUAN KEBAJIKAN
Jabatan Pembangunan Masyarakat menyediakan alat Bantu Khas untuk Orang-orang
Berkeperluan Khas tertakluk kepada kelayakan dan syarat-syarat yang telah
ditetapkan samada secara:-
-
Skim Pinjaman
-
Subsidi atau “ cost sharing”
-
Sumbangan
-
Alat Bantu Khas seperti kerusi roda, tongkat putih, kaki palsu, Braille,
tangan palsu, gigi palsu, kasut khas, jam khas, alat bantu dengar,
walking frame.
Syarat- syarat untuk memohon alat bantu khas
-
Orang-orang Berkeperluan Khas
-
Mendapatkan pengesahan daripada Pegawai Perubatan / doktor
-
Pemohon hendaklah memegang kad pengenalan berwarna kuning / unggu
-
Penerima bantuan Jabatan Pembangunan Masyarakat
-
Tidak mempunyai pekerjaan dan sebarang kemudahan seperti bantuan
daripada agensi-agensi kerajaan atau agensi bukan kerajaan seperti dari
Majlis Ugama Islam dan lain-lain.
Cara Untuk Mendapatkan Alat Bantu ini
Menghadapkan surat permohonan kepada Pengarah Pembangunan Masyarakat melalui:-
-
Penghulu-penghulu atau ketua kampung/ ketua Rumah Panjang
-
Pejabat Daerah masing-masing ( Jika tidak mempunyai ketua kampong)
-
Ibu pejabat Jabatan Pembangunan Masyarakat Daerah Brunei/Muara atau
cawangan-cawangan disemua daerah
-
Bahagian Jurupulih cara kerja, Kementerian Kesihatan.
Syarat untuk memohon
Pemohon perlu menyediakan:-
Dikemaskinikan pada 5 Februari 2008
|