.: Perkhidmatan | Pemulihan Dalam Komuniti :.

 

Pemulihan Dalam Komuniti (PDK),   Jabatan Pembangunan Masyarakat,  Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan telah mula dijalankan pada tahun 1988. Tujuan program pemulihan dalam komuniti ini diadakan adalah untuk membantu orang-orang berkeperluan khas dalam pemulihan yang mana mereka tidak dapat mengikuti latihan atas sebab yang tertentu.

Objektif Penubuhan

Objektif pemulihan dalam komuniti ini adalah sebagai salah satu cara dalam mengembangkan kesedaran masyarakat dalam membantu orang-orang berkeperluan khas ini khususnya yang mempunyai tahap kecacatan yang maksimum yang tidak berupaya untuk mengikuti program-program yang diungkayahkan oleh Pusat Bahagia, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Fungsi PDK

Orang-Orang Berkeperluan Khas di Negara ini sering mendapat perhatian khususnya oleh pihak-pihak tertentu dalam memberikan mana-mana perkhidmatan yang sesuai bagi keperluan mereka.  Salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh  Jabatan Pembangunan Masyarakat melalui perkhidmatan Orang Berkeperluan Khas ialah lawatan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang mana kakitangan di bahagian ini akan membuat lawatan ke rumah dengan memberikan program asas seperti “ basic learning’ dan program bantu diri untuk dirinya dan dalam memberikan pengetahuan kepada kaum keluarganya.

[ KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN ]  [ JABATAN PUSAT SEJARAH ]  [ JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ]
[ JABATAN MUZIUM-MUZIUM ]  [ JABATAN BELIA DAN SUKAN ] [ PUSAT PEMBANGUNAN BELIA ]