![]() |
|
.:
Perkhidmatan |
Pusat
Penjagaan Harian Kanak-Kanak :. Pusat Penjagaan harian Kanak-Kanak atau Child Care Centre ditubuhkan khusus untuk kanak-kanak berumur di bawah 3 tahun yang memerlukan perkhidmtan Pusat Penjagaan semasa ibubapa mereka di tempat kerja. Perlu difahami, Pusat tersebut adalah pusat kepentingan khusus untuk kanak-kanak (Child-Oriented) dan bukan untuk kepentingan pengajar (Teachers-Oriented) laitu dengan maksud, kurikulum yang disediakan hendaklah disesuaikan dengan perkembangan sosial dan tumbesaran kanak-kanak khususnya di bawah umur 3 tahun dan bukan kanak-kanak tersebut disesuaikan oleh kurikulum yang dikhaskan untuk pelajaran-pelajaran awal seperti membaca atau mengira seperti yang terdapat di dalam kurikulum tadika. Kebenaran beroperasi daripada JAPEM Mulai 1 januari 2005, orang ramai yang berhasrat untuk menubuhkan Pusat Penjagaan Harian Kanak-Kanak hendaklah menghadapkan permohonan mereka kepada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Jabatan ini akan bertanggungjawab mendaftar dan memberi Kebenaran terhadap mana-mana permohonan melalui pengeluaran lesen perkhidmatan mengikut tempoh yang ditetapkan. Lesen beroperasi Lesen yang dikeluarkan oleh JAPEM adalah bertujuan untuk:-
AKTA-AKTA YANG DIGUNAPAKAI Kerajaan Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyediakan akta-akta tertentu bagi melindungi kesejahteraan dan kepentingan kanak-kanak di negara ini.
|
![]()
Jabatan Pembangunan
Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei
Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn
|
|