![]() |
|
.:
Perkhidmatan |
Keluarga
dan Kanak-Kanak :. Bahagian Keluarga Bahagian ini mengendalikan perkara yang berkaitan dengan keluarga dan rumahtangga seperti kes-kes perceraian, pemberian nafkah, hak penjagaan anak dan sebagainya. Selain daripada itu, bahagian ini juga mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan penganiayaan dan penderaan terhadap isteri-isteri dan wanita disamping berbagai-bagai pengaduan yang diterima daripada 'Helpline', orang ramai atau media massa. Kes-kes yang berkaitan dengan gejala sosial terutama yang melibatkan wanita dan gadis seperti mereka yang terdedah kepada bahaya moral, penganiayaan seks dan sebagainya juga ditangani oleh bahagian ini. Tindakan Jabatan Pembangunan Masyarakat dalam menangani kes-kes keluarga yang dirujuk ke Jabatan ini.
Tindakan Jabatan Pembangunan Masyarakat dalam menangani kes yang melibatkan penderaan dan penganiayaan.
Selain dari perkhidmatan di atas bahagian ini juga mengendalikan perkhidmatan 'membina keluarga'. Perkhidmatan ini bertujuan untuk membantu mereka yang berkenaan seperti orang bujang, duda, balu atau janda yang ingin mencari pasangan hidup. Sikap (trend) sebilangan masyarakat dinegara ini yang lambat berkahwin malah tidak berkahwin walaupun telah mencapai usia lanjut dan mampu dari segi ekonomi boleh menyebabkan kerugian kepada negara dimasa akan datang khususnya dari segi kependudukan. Kebanyakan mereka yang terlibat terdiri dari mereka yang mempunyai kerjaya samada dengan agensi kerajaan atau swasta. Diantara beberapa sebab berlakunya keadaan ini ialah;
Perkahwinan menambahkan masalah.Oleh itu, melalui program pembangunan sosial, Jabatan Pembangunan Masyarakat telah menyediakan perkhidmatan yang dikenali sebagai Program Membina Keluarga. Salah satu usaha yang dibuat melalui program ini ialah memberi peluang kepada kumpulan sasar (orang bujang yang telah berumur 30 tahun, duda, balu dan janda) yang berkeinginan untuk mencari jodoh atau pasangan hidup mendaftarkan biodata mereka dengan menyatakan kriteria pasangan idaman masing-masing. Untuk pendaftaran tersebut mereka bolehlah mengisikan borang yang disediakan oleh Jabatan ini. << BORANG PENDAFTARAN >> Bahagian Kanak-Kanak Perkhidmatan di bahagian ini bertujuan untuk mencegah dan mengurangkan kesan masalah sosial ke atas kanak-kanak serta menentukan penjagaan, perlindungan dan pendidikan yang baik bagi mereka. Perkhidmatan ini meliputi:-
Kumpulan sasaran Kanak-Kanak;
|
![]()
Jabatan Pembangunan
Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei
Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn
|
|