.: Perkhidmatan | Mendapatkan Taraf Kerakyatan & Penduduk Tetap Bagi Anak Angkat :.

 

Permohonan Bagi Mendapatkan Taraf Kerakyatan dan Penduduk Tetap Bagi Anak Angkat

  • Pemohon hendaklah menghadapkan permohonan ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

  • Permohonan berkenaan akan dipanjangkan oleh Jabatan Imigeresen ke Jabatan Pembangunan Masyarakat untuk penyiasatan lanjut.

  • Jabatan Pembangunan Masyarakat akan menyediakan laporan sosial mengenai pemohon dan anak angkat tersebut dan menghadapkannya ke Jabatan Imigeresen bagi pertimbangan selanjutnya.

  • Bagi penyediaan laporan sosial, Pekerja Sosial akan mengadakan lawatan ke rumah dan menemubual pemohon.

  • Perkara penting yang diberi tumpuan utama bagi penyediaan laporan sosial ialah kebajikan anak angkat tersebut terutama dari segi penjagaan dan perlindungan yang diberikan.


Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn