|
.:
Perkhidmatan |
Pencen-Pencen :.

Skim Pembayaran Pencen Umur
Tua dan Orang-Orang Cacat telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 1955,
sebagaimana yang diharsatkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum
Sultan Haji Omar Ali Saifuddin, pada ketika Sultan yang ke 28 bagi Negara
Brunei Darussalam, supaya skim ini dimasukkan dalam Rancangan Kemajuan
Negara yang pertama.
Skim ini adalah bertujuan:-
-
Bagi mempastikan
golongan orang-orang tua dan orang-orang kurang upaya di negara ini
mendapat pemeliharaan yang secukupnya daripada pihak Kerajaan (Ucapan
Hari Natal Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Omar Ali
Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien pada 24 Disember 1955).
-
Sebagai pengiktiraf dan
penghargaan (recognition and appreciation) ke atas sumbangan yang telah
dan pernah diberikan oleh warga tua dalam kemajuan ekonomi (ucapan
Pegawai Daerah Belait semasa pembayaran pencen dilaksanakan buat pertama
kalinya pada bulan April, 1955).
Matlamat Utama
-
Tanda kesyukuran kerana
mencapai usia 60 tahun ke atas tanpa mengira status.
-
Meningkatkan taraf
hidup dikalangan rakyat dan penduduk tetap yang sudah berumur 60 tahun
ke atas.
-
Meningkatkan taraf
hidup golongan orang kurang upaya dan keluarga mereka.
KATEGORI-KATEGORI PENCEN DAN ELAUN MENGIKUT AKTA
PENCEN UMUR TUA DAN TIDAK UPAYA 1954
Pencen Umur Tua 60 tahun (pemohon sahaja)
-
Berumur 60 tahun dan Ke
atas
-
Bermastautin/Menetap di
Negara Brunei Darussalam
-
Tidak pernah
meninggalkan Negara Brunei Darussalam melebihi tiga (3) bulan secara
berturut-turut
Pencen Buta dan
tanggungan
-
Berumur 15 tahun dan Ke
atas.
-
Tidak Mempunyai
Pekerjaan/Pendapatan Tetap.
-
Bermastautin / Menetap
di Negara Brunei Darussalam Tidak Kurang 10 Tahun.
-
Pengesahan Pegawai
Perubatan Kerajaan.
Elaun Pesakit Otak (gila)
dan tanggungan
-
Berumur 15 tahun dan Ke
atas.
-
Tidak Mempunyai
Pekerjaan/Pendapatan Tetap.
-
Bermastautin/Menetap di
Negara Brunei Darussalam Tidak Kurang 10 Tahun.
-
Pengesahan Pegawai
Perubatan Kerajaan.
Pencen Tidak Berdaya
Anggota (pemohon sahaja)
-
Berumur 15 tahun dan Ke
atas
-
Bermastautin/Menetap di
Negara Brunei Darussalam Tidak Kurang 10 Tahun
-
Pengesahan Pegawai
Perubatan Kerajaan
-
Tidak mempunyai
pekerjaan/pendapatan tetap
Elaun Penyakit Hansen
(kusta) dan tanggungan
-
Berumur 15 tahun dan Ke
atas
-
Tidak Mempunyai
Pekerjaan/Pendapatan Tetap
-
Bermastautin/Menetap di
Negara Brunei Darussalam Tidak Kurang 10 Tahun
-
Pengesahan Pegawai
Perubatan Kerajaan
KADAR PEMBAYARAN PENCEN
UMUR TUA SEJAK TAHUN 1955
-
01/01/1955 Hingga 31/08/1971 : $20.00
-
01/09/1971 Hingga 30/11/1973 : $25.00
-
01/12/1973 Hingga 31/12/1976 : $30.00
-
01/01/1977 Hingga 31/12/1979 : $37.50
-
01/01/1980 Hingga 31/12/1983 : $50.00
-
01/01/1984 Hingga 30/04/1991 : $100.00
-
01/05/1991 Hingga 30/06/1998 : $150.00
-
01/07/1998 Hingga 31/09/2006 : $200.00
-
1 Oktober 2006 Hingga Sekarang:
$250.00
KADAR PEMBAYARAN PENCEN UMUR TUA MASAKINI

Cara memohon Pencen atau Elaun ini
Dokumen yang perlu dibawa atau disediakan sewaktu
membuat permohonan
-
Kad Pengenalan / Surat beranak pemohon.
-
Surat beranak atau kad pengenalan anak-anak (jika berkenaan).
-
Pasport perjalanan atau dokumen yang menunjukkan tarikh pemohon mula
masuk ke Negara Brunei Darussalam (bagi yang lahir di luar Negara Brunei
Darussalam) (jika berkenaan).
-
Dokumen rekod perkhidmatan (bagi pemohon yang pernah berkhidmat dengan
kerajaan).
Cara Pembayaran Kepada Penerima-Penerima
-
Pembayarannya melalui Penghulu-penghulu, Ketua-Ketua Kampong.
-
Penerima datang ke kaunter pembayaran di Tingkat 1 Jabatan
Pembangunan Masyarakat, di Bangunan Kementerian Kebudayaan Belia dan
Sukan atau cawangan di Daerah Tutong, Belait dan Temburong.
-
Pembayaran di pusat-pusat tertentu seperti di Hospital, Dewan
Perniagaan Tiong Hwa di Bandar Seri Begawan dan Jabatan-Jabatan yang
tertentu.
Untuk
Keterangan lanjut, sila hubungi talian-talian berikut:-
Ibu Pejabat JAPEM: 2380664 / 2380667 / 2380678 Ext 1138, 1145,
1132 atau 1133
Daerah Tutong (cawangan): 4221040 / 4221294
Daerah Belait (cawangan): 3342053 / 3331590 / 3331589
Daerah Temburong (cawangan): 5221512
|