.: Perkhidmatan | Pekerjaan :.

 

Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan ditubuhkan pada 1 Julai 1974 di Jabatan Belia dan Sukan dan bermula pada 1 April 1993 berpindah di bawah Unit Perkhidmatan Hal Ehwal Masyarakat.

Peranan

Perkhidmatan ini mengendalikan seperti berikut:-

  • Permohonan menyambung Perkhidmatan Bergaji hari bagi mereka yang berumur 65 tahun dan ke atas.

  • Permohonan Pekerjaan dari orang-orang susah seperti balu-balu, janda, orang cacat, lepasan sekolah/universiti dan mereka yang memerlukan bantuan mendapatkan pekerjaan.

  • Sokongan bagi mendapatkan pekerjaan dari bekas-bekas banduan dan mereka yang dibebaskan dari pusat pemulihan dadah.

Tujuan Utama

Membantu mencarikan pekerjaan untuk meringankan beban hidup keluarga di bawah tanggungannya.

APAKAH TINDAKAN JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT?

Setiap permohonan yang diterima akan disiasat dan juga mengadakan lawatan ke rumah, jika perlu. Bagi permohonan menyambung perkhidmatan pemohon dikehendaki menghadapkan sijil kesihatan daripada doktor bagi pengesahan kesihatan beliau.

Bagi permohonan pekerjaan atau sokongan pekerjaan, satu laporan sosial beserta sokongan Jabatan akan dihadapkan ke Agensi Pekerjaan Tempatan dan Pembangunan Tenaga Kerja (APTK) atau jabatan atau agensi yang berkenaan bagi pertimbangan selanjutnya.

PERMOHONAN MENYAMBUNG PERKHIDMATAN BERGAJI HARI YANG BERUMUR 65 TAHUN KE ATAS BAGI KAKITANGAN KERAJAAN

Permohonan yang disokong dan pertimbangkan untuk dihadapkan

  • Berumur 65 tahun ke atas mengikut kad pengenalan/rekod perkhidmatan mula bekerja dengan Kerajaan.

  • Mendapat pengesahan kesihatan  daripada pegawai perubatan.

  • Mempunyai tanggungan ramai.

  • Tidak mempunyai pengharapan selain pendapatan yang diperolehi dari pekerjaannya.

  • Tenaganya masih diperlukan oleh Jabatannya.

  • Pemohon disokong bagi tempoh 01 tahun saja.

Syarat Permohonan bagi kakitangan kerajaan jika mencapai umur 65 tahun

  • Pemohon yang akan mencapai umur 65 tahun hendaklah menghadapkan permohonan dua bulan  sebelum tamat perkhidmatannya kepada Ketua Jabatan.

  • Pemohon yang berumur 66 tahun [permohonan kali kedua] hendaklah menghadapkan permohonannya sebelum tamat perkhidmatannya.

  • Permohonan hendaklah dihadapkan melalui Ketua Jabatan masing-masing

PERMOHONAN PEKERJAAN ORANG SUSAH,  JANDA, BALU DAN ORANG BERKEPERLUAN KHAS

Syarat Permohonan

  • Warga Negara Brunei Darussalam yang menerima bantuan kebajikan seperti janda, balu dan orang berkeperluan khas.

  • Telah mendaftar di Agensi Pekerjaan Tempatan dan Pembangunan Tenaga Kerja (APTK).

  • Mempunyai kesihatan yang memuaskan.

  • Umur tidak melebihi 55 tahun.

PERMOHONAN PEKERJAAN BEKAS BANDUAN

Pesalah  yang  telah dibebaskan dari   menjalani  hukuman  juga diberikan  bantuan  untuk mendapatkan   sesuatu   pekerjaan yang   bersesuaian  untuk  dihadapkan ke jabatan–jabatan yang  berkenaan  atau   sektor swasta.

[ KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN ]  [ JABATAN PUSAT SEJARAH ]  [ JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ]
[ JABATAN MUZIUM-MUZIUM ]  [ JABATAN BELIA DAN SUKAN ] [ PUSAT PEMBANGUNAN BELIA ]