.: Perutusan Pengarah JAPEM  :.

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejehtera

Segala puji-pujian bagi Allah Seru Sekalian Alam, Selawat serta salam ke atas Junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, para sahabat, kerabat dan pengikut Baginda yang menjadi penegak, pendukung serta penggerak agama Islam yang maha suci.

Selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM). Laman Web ini dibangunkan bagi kemudahan orang ramai untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jabatan ini, peranan dan fungsinya serta perkhidmatan yang ditawarkan.

Disamping menyebarkan maklumat mengenai jabatan ini dengan lebih mudah, cepat dan tepat kepada orang ramai, ianya juga merupakan alat komunikasi teknologi diantara jabatan ini dengan orang ramai. Laman web ini membolehkan orang ramai membuat permohonan secara ‘on-line’ kepada beberapa perkhidmatan jabatan ini seperti yang termuat diruangan ‘Borang On-line’.

Adalah menjadi hasrat jabatan ini melalui laman web ini, segala maklumat yang disediakan akan dapat diakses tanpa hadnya di dunia tanpa sempadan dan seterusnya akan dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang harmoni. Diharapkan juga melalui laman web ini akan meningkatkan perkhidmatan dan prosedur permohonan keatas kemudahaan-kemudahan yang disediakan oleh JAPEM.

Saya dan para pegawai serta warga kerja jabatan ini mengalu-alukan kunjungan awda ke laman web ini.

Wabillahi Wataufik Wahidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



DATIN HAJAH ADINA BTE OTHMAN
Pengarah


Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan BC 4415 Negara Brunei Darussalam
Telefon: 673 2 380664 / 2380667 / 2380678 E-mail:info@japem.gov.bn