|
|
.:
Sebutharga |
Iklan
Tawaran Sebutharga Tender / Tenders & Quotation
:.

|
BIL. TAWARAN |
PERKARA |
TARIKH TUTUP |
JAPEM/KRRK/2011
[Pakaian Seragam Harian] |
PEMBEKALAN PAKAIAN SERAGAM HARIAN
RESIDEN DAN PENGHUNI KOMPLEKS RUMAH KEBAJIKAN, KG BELIMBING [BAHAGIAN
PERLINDUNGAN] |
6 Februari 2012 |
Syarat-syarat Tawaran: -
-
TAWARAN adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat serta
pemborong-pemborong yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam.
-
Dokumen-dokumen tawaran dan penerangan lanjut bolehlah diperolehi semasa
waktu pejabat, di Bahagian Pentadbiran & Kewangan, Tingkat 2, Jabatan
Pembangunan Masyarakat, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan,
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Bandar Seri Begawan.
-
Borang tawaran hendaklah diisikan dengan jelas
dengan menyatakan katalog (gambar) jenis barang yang ditawarkan beserta
dengan segala spesifikasinya (jika perlu), dan mana-mana pembetulan
hendaklah ditandatangani.
-
Bayaran 'tender fee' sebanyak $10.00 (tidak
dikembalikan) akan dikenakan kepada pemborong-pemborong yang memasuki
tawaran ini dan hendaklah dijelaskan kepada Bahagian Hasil, Tingkat 1,
Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Waktu bagi menerima bayaran:
Isnin - Khamis : 8.00 pagi - 11.30 pagi dan
2.00 petang - 3.30 petang
Sabtu
: 9.30 pagi - 11.00 pagi
-
Setiap borang tawaran hendaklah diisikan
dengan lengkap. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan dan dimasukkan ke
dalam sampul surat yang tertutup rapi (sealed) tanpa menunjukan identiti Logo
syarikat, tetapi hendaklah menyatakan bilangan & tajuk tawaran projek
dengan jelas, (satu sampul surat bagi satu tawaran) dan hendaklah
dihantar dan dimasukkan ke dalam peti tawaran dialamat:
PETI SEBUTHARGA, TINGKAT 2, JABATAN PEMBANGUNAN
MASYARAKAT
BANGUNAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN, SIMPANG 336-17,
JALAN KEBANGSAAN, BANDAR SERI BEGAWAN BC4415
-
Tawaran hendaklah sampai ke alamat
seperti yang dinyatakan tidak lewat pada hari Isnin, 6 Februari 2012 jam
2.00 petang dan tawaran yang lewat diterima dari tarikh sperti yang telah
dinyatakan tidak akan dilayan.
-
Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak
terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran.
|
[
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
] [ JABATAN PUSAT SEJARAH ]
[ JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
]
[ JABATAN MUZIUM-MUZIUM ] [
JABATAN BELIA DAN SUKAN ] [
PUSAT PEMBANGUNAN BELIA ] |