Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA KEJADIAN BENCANA

IMG_3642.jpg

​​Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan JAPEM kepada dua orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian tanah susur dan rumah roboh.

Majlis berlangsung di Bilik Kunjungan, bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah pemangku Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada ketua-ketua keluarga berkenaan.

IMG_3646.jpg

Pada 21 Ogos 2022, sebuah rumah di Kampung Sungai Lalit, Lumut, Daerah Belait yang dimiliki oleh Dayang Noor Rafiah binti Zainal tidak selamat didiami akibat tanah susur.

Dalam kejadian yang berasingan pula, sebuah rumah di Kampong Pengiran Tajuddin Hitam, Daerah Brunei Muara telah dilanda bencana rumah roboh yang berlaku pada 25 Februari 2023. Rumah tersebut dimiliki oleh Abdul Ghafor bin Abdul Rahman telah roboh sepenuhnya, namun tiada sebarang kecederaan berlaku semasa kejadiaan.

Mangsa-mangsa bencana telah diberikan bantuan kewangan untuk membantu meringankan kesusahan yang dialami bagi meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

IMG_0220.jpg

Attachments
Created at 3/20/2023 12:07 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 3/20/2023 12:07 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim