What's New
Seminar Kemahiran Keibubapaan

Bandar Seri Begawan,
15 Mei -
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli
Pengiran Muda Haji 'Abdul Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan
berangkat ke Sambutan Hari Antarabangsa Keluarga berlangsung di Dewan
Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Keberangkatan tiba, Yang Teramat Mulia dijunjung oleh
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair dan Timbalan
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Hajah Adina.
Sempena sambutan pada tahun ini, Jabatan Pembangunan
Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah
menganjurkan Seminar Kemahiran Keibubapaan bertemakan ‘Keluargaku
Harapanku’ yang telah disampaikan oleh dua orang penceramah dari Pusat
Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
. ...BERITA
LANJUT