.jpg)
Selaku peneraju bagi memastikan kesejahteraan dan keterlibatan warga emas dalam menyumbang kepada pembangunan negara, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Brunei Medical Students Association (BMSA) telah mengadakan Majlis Penghargaan Warga Emas bagi meraikan pemenang-pemenang sepuluh (10) teratas bagi “The Golden Milestones” dan pertandingan Boling ‘Strikes for Gold’ antara Pusat Kegiatan Warga Emas seluruh negara dan Pertubuhan Wargamas sempena Sambutan Hari Antarabangsa Warga Emas 2024 (HAWE2024). Majlis diadakan di Kompleks Sukan Jerudong.
Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang ialah YM Dayangku Siti Saihalina binti Pengiran Haji Mohd Daud, Pemangku Pengarah, Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah dan ucapan alu-aluan daripada YM Nurul Nazurah binti Jaya, Pemangku Timbalan Pengarah JAPEM dan ucapan daripada wakil Brunei Medical Students Association (BMSA) iaitu Dayang Eshyn Kon, Setiausaha Agung (Secretary General) BMSA.
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada 10 pemenang teratas bagi Larian secara Virtual melalui Bruneihealth App iaitu “The Golden Milestones: Running Through the Golden Years” sempena HAWE 2024. Larian ini telah bermula pada 2 September hingga 29 September 2024 yang diungkayahkan oleh golongan belia BMSA. Majlis juga diselajurkan dengan penyerahan sumbangan BMSA sebanyak Satu Ribu Dua Ratus Dua Puluh Sembilan (BND$1,229.00) untuk Tabung Pusat Kegiatan Warga Emas.

Sepuluh (10) pemenang teratas bagi Larian The Golden Milestones adalah:
i. Chin Yuk Fatt @ Micheal Chin
ii. Norhasinah @ Suraya binti Abd Rahman
iii. Hajah Hirma Osnita binti Awg Hj Matassan
iv. Masraimi bin Masri
v. Iqa Rasimah binti Md Raseid
vi. Norherman bin Md Nor
vii. Khairin Jefri
viii. Norazalina binti Hj Suhaili
ix. Muhammad Redzuan bin Haji Yusof
x. Muhammad Akmalhayat bin Osman




Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang acara boling “Strikes for Gold” yang telah belangsung pada 8 Oktober 2024. Seramai 10 pasukan terdiri daripada ahli-ahli warga emas daripada Pusat Kegiatan Warga Emas seluruh negara dan Pertubuhan Wargamas telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori pasukan lelaki dan kategori pasukan perempuan menggunakan dua permainan perlawanan 10 pin boling.
Johan bagi pasukan lelaki dimenangi oleh Pertubuhan Wargamas, tempat kedua dimenangi oleh pasukan PKWE Brunei Muara dan tempat ketiga dimenangi oleh pasukan PKWE Belait.
Johan bagi pasukan perempuan pula dimenangi oleh Pertubuhan Wargamas, tempat kedua dimenangi oleh pasukan PKWE Brunei Muara dan tempat ketiga dimenangi oleh pasukan PKWE Temburong. Masing-masing menerima hadiah pingat dan sijil penyertaan. YM Pengiran Haji Omarali bin Pengiran Haji Damit telah dinobatkan sebagai Pemain Lelaki Terbaik dan YM Siti Norbaya binti Haji Nawi telah memenangi kategori Pemain Perempuan Terbaik. Masing-masing menerima hadiah trofi dan sijil penyertaan.
Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Pembangunan Masyarakat, ahliahli BMSA serta ahli–ahli daripada Pusat-pusat Kegiatan Warga Emas di seluruh negara; Pertubuhan Wargamas; persatuan-persatuan bukan kerajaan dan rakan-rakan strategik JAPEM.