
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima sumbangan bagi Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria hari ini daripada Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan syarikat-syarikat telekomunikasi iaitu Datastream Digital Sendirian Berhad (DST), Progresif Sendirian Berhad dan Imagine Sendirian Berhad dengan jumlah keseluruhan yang diterima sebanyak BND303,626.16. Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria telah dibukakan kepada orang ramai pada 14 Februari 2023 dan ditutup secara rasmi pada 14 Mei 2023.
Hadir bagi menerima sumbangan tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, selaku Penasihat-Penasihat Bersama Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria. Majlis berlangsung di Dewan Digadong, bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), hari ini.



Sumbangan daripada pihak DST Sdn Bhd berjumlah BND138,649.00 telah
disampaikan oleh Yang Mulia Awang Amir bin Pehin Dato Haji Hussin, Naib Presiden
Kanan Operasi Pelanggan DST Sdn Bhd kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal
Ugama. Dariapda jumlah tersebut, sebanyak BND133,649.00 adalah hasil kutipan
daripada kempen SMS Brunei Prihatin daripada pelanggan-pelanggan DST, manakala
sejumlah BND5,000.00 pula adalah sumbangan daripada DST Sdn Bhd.
Progresif Sdn Bhd pula menyumbangkan sebanyak BND31,755.00 yang disampaikan
oleh Yang Mulia Hajah Nurul Haniah binti Haji Mohd Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif
Progresif Sdn Bhd kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Sebanyak
BND29,755.00 daripada jumlah tersebut adalah hasil kutipan daripada kempen SMS
Brunei Prihatin daripada pelanggan-pelanggan Progresif dan sejumlah BND2,000.00
adalah sumbangan daripada Progresif Sdn Bhd.

Imagine Sdn Bhd menyerahkan sejumlah BND878.00 yang disampaikan oleh Yang
Mulia Awang Allen On, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Imagine Sdn Bhd dan
Pengarah di Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan kepada Yang Berhormat
Menteri Hal Ehwal Ugama. Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan daripada kempen
2
SMS Brunei Prihatin dan portal laman sesawang Imagine di www.imagine.com.bn.
Turut hadir ke majlis penyerahan tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji
Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama yang juga
selaku Timbalan Penasihat jawatankuasa tabung.

Acara kemudian diteruskan dengan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Tabung
Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria yang
dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji
Ibrahim, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Yang Mulia Hajah Nor
Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah mengenai kaedah-kaedah
bagi menyalurkan sumbangan tersebut kepada rakyat dan penduduk di Republik
Turkiye dan Republik Arab Syria.

Dalam kesempatan ini, Urus Setia Jawatankuasa Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi
Republik Turkiye dan Republik Arab Syria sukacita merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua penderma-penderma sama ada secara
individu, berkumpulan, jabatan, pertubuhan, badan-badan atau syarikat-syarikat yang
telah menyumbang kepada tabung berkenaan. In shaa Allah, dengan sumbangan ikhlas
yang telah dihulurkan para penderma akan mendapat ganjaran yang setimpal
daripada Allah Subhanahu Wata’ala jua. Amin