Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien
Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, tempoh
kutipan Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza telah dilanjutkan selama 6 bulan lagi
iaitu mulai 19 April 2025 sehingga 18 Oktober 2025 untuk orang ramai terus menyalurkan
bantuan bagi meringankan kesengsaraan dan beban penderitaan penduduk Palestin yang terjejas
di Gaza.