Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
TINGKATKAN KESEDARAN PENYAKIT DEMENSIA

‚Äč200920_Demensia.JPG

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Rohani Haji Abdul Haimid

Bandar Seri Begawan, Ahad, 20 September 2020 - Penyakit Demensia sering disalahertikan dan perlu ditingkatkan dari segi pengetahuan dan pemahaman di setiap peringkat masyarakat tempatan di negara ini.

Dari segi global, walaupun dua daripada tiga orang di seluruh dunia memahami pengertian Demensia, stigma ataupun kesalahfahaman tetap menyelubungi masyarakat di seluruh dunia. Kini, adalah masa untuk menyedari kesan Demensia dan juga masa untuk bertindak menyokong mereka yang menghidap penyakit ini di peringkat nasional, rantau dan juga secara global.

FB_IMG_1603761176783.jpg

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin menjelaskan mengenai dengan perkara itu, dalam ucapannya pada Dialog bersempena dengan Bulan Alzheimer Sedunia (World Alzheimer's Month) bertempat di Tingkat 7, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), di sini.

Jelasnya, bagi mencapai visi ke arah warga emas yang sentiasa sihat, aktif dan menyumbang kepada kemajuan negara serta bagi menjamin kesejahteraan dan kebajikan warga emas secara amnya, khususnya warga emas yang mempunyai penyakit Demensia, penglibatan dan komitmen para belia dan beliawanis selaku pengasuh, 'caregiver', 'carer' dan sukarelawan adalah amat penting dan diperlukan dan diperlukan di Negara Brunei Darussalam.

FB_IMG_1603761186546.jpg

"Kita mempunyai obligasi terhadap warga emas. Kita boleh melakukan lebih banyak dan lebih baik, 'We can do More and Better' dan bagi mencapai hasrat ini, asasnya kita harus mengubah pola pikiran (mindset) kita mengenai Demensia. Dalam keadaan pandemik COVID-19 yang menyerang seluruh dunia, tidak sepatutnya dilihat sebagai penghalang kepada pembangunan warga emas malahan ia hadir tepat pada masanya dan adalah merupakan cabar norma baharu yang patut dihadapi bersama.

"Kita sepatutnya mempersenjatakan diri dengan pengetahuan yang seterusnya akan menjadi amalan seharian kita. Dengan cara ini, kita dapat menjaga diri kita, warga emas yang kita sayangi dengan lebih baik dan dalam masa yang sama, setiap peringkat masyrakat seharusnya meletakkan keutamaan untuk mengisikan diri dengan pengetahuan dan pemahaman penuh mengenai penyakit ini," ujar Yang Berhormat.

FB_IMG_1603761195067.jpg

Pencegahan penyakit ini tidak terkecuali jelasnya dengan tatacara penjagaan terhadap mereka yang menghidap penyakit Demensia. Bulan Alzheimer Sedunia adalah salah satu cara bagi meneruskan perbualan mengenai penyakit ini.

Terdahulu, Yang Berhormat menyatakan bahawa Bulan Alzheimar Sedunia ataupun dikenali sebagai Worlds Alzheimer's Month adalah merupakan kempen antarabangsa anjuran Alzheimer's Disease International (ADI) yang diadakan setiap 21 September setiap tahun. Bulan Alzheimer Sedunia pada tahun ini merupakan sambutan ke-9 dengan membawakan tema 'Let's Talk About Dementia' ataupun 'Mari Berbicara Mengenai Demensia'.

IMG_20200920_175443_980.jpg

Yang Berhormat, dalam ucapannya juga turut menjelaskan bahawa sejajar dengan objektif bagi mewujudkan masyarakat yang mesra Demensia, dialog hari ini membuktikan, walaupun dalam keadaan norma baharu bukanlah penghalang kepada kita dalam usaha mewujudkan dan meningkatkan kesedaran mengenaikan penyakit Demensia yang acap kali disalahertikan.

Terang Yang Berhormat, selain itu, dialog ini juga merupakan usaha bagi menentang stigma yang mengelilingi Demensia serta penilian yang salah terhadap mereka yang menghidap penyakit berkenaan.

IMG_20201027_092437.jpg

Yang Berhormat turut menambah bahwa walaupun Demensia kelihatan seperti penyakit biasa bagi waga emas, hakikatnya keadaan ini bukanlah proses penuaan yang normal. Setiap tiga saat, seseorang di dunia menghidap penyakit Demensia di mana hingga kini, hampir 50 juta orang di seluruh dunia hidup dengan Demensia.

"Jumlah ini diramalkan akan meningkat tiga kali ganda menjadikan peningkatan berjumlah 152 juta orang menghidap Demensia pada tahun 2050. Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali akan mengalami peningkatan bilangan orang yang lebih tua dalam perkiraan penduduk yang berumur 65 tahun ke atas adalah berjumlah 22,200 orang bagi tahun 2019,' jelas Yang Berhormat.

Attachments
Created at 10/27/2020 12:00 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 10/27/2020 12:00 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim