Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL KEPADA PESERTA GO DIGITAL

21092020 Go Digital Brunei Darussalam @Pusat Bahagia (9).jpg

Sumber Berita: Haji Ariffin Mohd. Noor / Morsidi

Foto: Hajah Ajijah Ali (KKBS)

PULAIE, Isnin, 21 September 2020 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat dengan kerjasama Big BWN Project mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Bengkel Go Digital ASEAN kepada peserta Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berlangsung di Dewan Imtiyaz, Pusat Bahagia Brunei dan Muara, di sini.

21092020 Go Digital Brunei Darussalam @Pusat Bahagia (1).jpg

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sijil-sijil ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Seramai 12 peserta daripada OKU berjaya menamatkan bengkel berkenaan. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai kanan di KKBS, JAPEM dan Big BWN Project.

21092020 Go Digital Brunei Darussalam @Pusat Bahagia (2).jpg

Bengkel tersebut adalah merupakan sebahagian daripada inisiatif Go ASEAN Digital - Brunei Darussalam untuk Meningkatkan literasi digital di kalangan belia yang menganggur, orang kurang berkemampuan dan orang kelainan upaya.

Selain dari Pusat Bahagia di Daerah Brunei dan Muara, bengkel tersebut juga telah diselaraskan ke Pusat Bahagia Tutong, Temburong dan Belait.

21092020 Go Digital Brunei Darussalam @Pusat Bahagia (5).jpg

21092020 Go Digital Brunei Darussalam @Pusat Bahagia (6).jpg

21092020 Go Digital Brunei Darussalam @Pusat Bahagia (10).jpg

Attachments
Created at 10/28/2020 8:23 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 10/28/2020 8:23 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim