Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

PELAJARI BAHASA ISYARAT, HARGAI OKU PENDENGARAN

220920_Bengkel Asas Bahasa Isyarat (1).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Hernie Suliana Haji Othman - Penerangan

Foto: Sufyan Aiman - JAPEM

Tutong, Selasa, 22 September 2020 - Bahasa Isyarat merupakan medium yang sangat penting untuk orang awam berinteraksi dan berkomunikasi dengan Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran, dan penguasaannya akan menjadi kemahiran sepanjang hayat bagi membantu merapatkan jurang komunikasi bersama golongan berkenaan.

Bahasa Isyarat menggunakan gerakan tangan dan ekspresi yang dipelajari secara meluas untuk berkomunikasi dalam mengongsikan maklumat, ilmu, pendapt dan juga bagi memahami secara mendalam, sekali gus menjaga kesejahteraan golongan OKU Pendengaran.

220920_Bengkel Asas Bahasa Isyarat (2).jpg

Sehubungan itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) mengadakan Bengkel Asas Bahasa Isyarat Kali Pertama Tahun 2020 selama tiga hari bermula 22 hingga 24 September 2020, bertempat di Dewan Kemasyarakatan Bukit Beruang, di sini.

Bengkel tersebut merupakan hasil usaha sama Bahagian Perkhidmatan Orang Kelainan Upaya, JAPEM dan Persatuan Orang Kurang Pendengaran (OKP) dan disertai oleh seramai 50 peserta yang terdiri daripada para pegawai dan kakitangan sektor kerajaan, swasta serta orang awam.

220920_Bengkel Asas Bahasa Isyarat (4).jpg

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan perasmian bengkel tersebut ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), KKBS, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pemangku Ketua Bahagian Perkhidmatan OKU, Dayang Irnawati binti Haji Mahir, yang antara lain berpendapat, peserta bengkel merupakan golongan masyarakat berjiwa besar dan kudus dalam usaha untuk mempertingkatkan ilmu mempelajari Bahasa Isyarat.

220920_Bengkel Asas Bahasa Isyarat (5).jpg

"Bengkel seumpamanya menunjukkan komitmen 'kitani' dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan OKU dijaga, kerana Bahasa Isyarat yang sering digunakan mereka akan dikongsikan bersama peserta yang terdiri daripada individu yang boleh mendengar dan bertutur dengan sempurna," ujarnya.

220920_Bengkel Asas Bahasa Isyarat (9).jpg

Majlis seterusnya diserikan dengan sebuah sketsa bertajuk 'Dengar daku : Pentingnya Bahasa Isyarat' yang dipersembahkan oleh tenaga pengajar dan pelath Pusat Bahagia serta Persatuan OKP.

Bengkel bertujuan untuk memberikan kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat bahawa Bahasa Isyarat merupakan medium yang amat penting bagi OKU Pendengaran apabila berada dalam kalangan masyarakat kita. Oleh itu, masyarakat perlu mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan mengenai kemahiran ini dan menggunakannya bagi memastikan kualiti kehidupan mereka ditahap optima.

220920_Bengkel Asas Bahasa Isyarat (6).jpg

Seramai 238 OKU Pendengaran berdaftar di bawah Persatuan OKP di seluruh daerah pada Ogos 2020.

Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), KKBS, Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah; Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awng Ajmin bin Haji Meludin; Pemangku Ketua Kamung Bukit Beruang; Yang Dipertua Majlis Kesejahteraan OKU; serta perwakilan daripada Persatuan-persatuan OKU.

Attachments
Created at 10/28/2020 9:46 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 10/28/2020 9:46 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim