Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA KEJADIAN BENCANA KEBAKARAN BAGI DAERAH BRUNEI MUARA

290920_Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan (2).jpg

Bandar Seri Begawan, Selasa, 29 September 2020 - Majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada mangsa bencana kebakaran yang berlaku di STKRJ Kampung Tanah Jambu, Bukit Sibanging, Daerah Brunei Muara pada 22 September 2020 yang lalu telah menerima bantuan kewangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pagi ini yang berlangsung di Kementerian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.

290920_Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan (1).jpg

Hadir bagi menyampaikan bantuan tersebut ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada Awang Hamdi bin Admin, ketua keluarga yang terlibat dalam kerjadian kebakaran tersebut. Majlis juga turut dihadiri oleh Yang Mulia Pengiran Siti Rahmah binti Pengiran Haji Salleh, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat serta pegawai-pegawai dari Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Pemberian bantuan kewangan ini sedikit sebanyak membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa bagi meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

290920_Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan (3).jpg

290920_Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan (4).jpg

Attachments
Created at 10/28/2020 10:19 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 10/28/2020 10:28 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim