Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA KEJADIAN BENCANA

‚Äč

IMG_1993.jpg

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan JAPEM kepada 3 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir di Daerah Temburong, seorang ketua keluarga yang terlibat dalam kebakaran rumah dan seorang ketua ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian rumah condong/roboh di Daerah Brunei Muara.

Majlis penyerahan diadakan di Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sebuah rumah di Kampung Setia A yang dimiliki oleh Hajah Rosnah binti Haji Sulaiman yang mengalami condong dan tidak selamat didiami lagi telah menerima bantuan kewangan kerajaan hari ini. Penghuni rumah telah pun diarahkan untuk mengosongkan rumah tersebut sejak Oktober 2021 dan bekalan elektrik juga dipotong untuk keselamatan kawasan sekitarnya.

Hujan lebat yang berterusan pada 20 Mac 2022 yang lalu telah menjejaskan kawasan rendah di sekitar Kampung Parit, Temburong dan menyebabkan limpahan air telah memasuki rumah Wong Liang Sey, Semuil Anak Abet dan rumah Pan Nyek Fah melebihi paras satu kaki. Kesemua penghuni dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemberian bantuan kewangan tersebut adalah untuk membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa bencana bagi meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

Attachments
Created at 9/1/2022 3:01 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 9/1/2022 3:01 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim