Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PELANCARAN DAFTAR KANAK-KANAK YANG MEMERLUKAN PERLINDUNGAN (RCYPNP) DI BAWAH RANGKA KERJA KEBANGSAAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (NFCP)

‚ÄčIMG_6405.jpg

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan Majlis Perlancaran Daftar Kanak-Kanak yang Memerlukan Perlindungan (RCYPNP) di bawah Rangka Kerja Kebangsaan Perlindungan Kanak-Kanak Negara Brunei Darussalam (NFCP) pertang tadi yang berlangsung di Kompleks Sukan Jerudong.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Belia dan Sukan.

IMG_6315.jpg

Turut hadir ialah Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan), KKBS, Dayang Mirany Floridzah binti Abdul Rahman, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat (JAPEM), wakil-wakil Agensi Utama Sektoral serta pegawai-pegawai kanan daripada KKBS.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan), KKBS dan kemudian diteruskan dengan perlancaran RCYPNP.

IMG_6349.jpg

Rangka Kerja Kebangsaan Perlindungan Kanak-Kanak (NFCP) ialah panduan Kebangsaan yang bertujuan untuk membangunkan ekosistem perlindungan kanak-kanak sedia ada dari tahun 2020 hingga 2024. Rangka ini memberikan tumpuan kepada kanak-kanak dan orang muda yang berumur 18 tahun dan menetapkan stategi untuk menangani keutamaan negara bagi perlindungan kanak-kanak melalui pendekatan seluruh negara dan seluruh kerajaan. Rangka kerja ini juga menetapkan hala tuju negara harus memfokuskan pelaburannya untuk meningkatkan perlindungan kanak-kanak dan orang muda daripada semua jenis bahaya.

Antara inisiatif rangka ini adalah Daftar Kanak-Kanak dan Orang Muda yang Memerlukan Perlindungan (RCYPNP) yang merupakan salah satu teras utama mekanisme pemantauan. Tujuan daftar ini adalah untuk membantu agensi yang terlibat dalam perlindungan kanak-kanak mengenalpasti kanak-kanak dan golongan muda yang memerlukan perlindungan serta memudahkan dan membantu komunikasi dan perkongsian maklumat antara agensi.

Attachments
Created at 9/1/2022 3:16 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 9/1/2022 3:16 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim