Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA KEJADIAN BENCANA

‚ÄčIMG_2534.jpg

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan JAPEM kepada seorang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Lumut, Daerah Belait.

Majlis berlangsung di Bilik Kunjungan, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan disampaikan oleh Yang Berhormat Awang Haji Nazmi bin Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada Pengiran Hajah Maslina binti Pengiran Haji Edithed.

IMG_2545.jpg

Kejadian kebakaran itu berlaku pada 9 Jun 2022 sekitar pukul 4.53 petang dan telah merosakkan sebahagian tingkat atas rumah. Tiada sebarang kecederaan berlaku semasa kejadian.

Mangsa kebakaran menerima bantuan kewangan untuk meringankan kesusahan yang dialami bagi meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

Attachments
Created at 9/1/2022 3:21 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 9/1/2022 3:21 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim