Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA KEJADIAN BENCANA

Copy of IMG_7699.jpg

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DI-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan JAPEM kepada dua (2) orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah.

Majlis berlangsung di Bilik Kunjungan, bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada ketua-ketua keluarga berkenaan.

Copy of IMG_7711.jpg

Kejadiaan kebakaran berlaku pada 17 dan 19 Ogos 2022 di Kampung Masin dan Kampung Anggerek Desa. Kedua-dua buah rumah tersebut telah ranap sepenuhnya dan salah seorang penghuni di rumah Anggerek Desa telah mengalami kecederaan iaitu melecur di anggota badan dan sedang dirawat di Hospital RIPAS.

Kesemua mangsa bencana telah menerima bantuan kewangan hari ini bagi membantu meringankan kesusahan yang dialami untuk meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami kesusahan

Attachments
Created at 12/22/2022 11:11 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 12/22/2022 11:11 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim