Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA KEJADIAN BENCANA

‚ÄčIMG_7773.jpg

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan JAPEM kepada seorang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah.

Majlis berlangsung di Bilik Kunjungan, bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada ketua keluarga berkenaan.

IMG_7763.jpg

‚ÄčKejadian kebakaran di Kampung Pasai itu berlaku pada 27 Ogos 2022 sekitar pukul 8.15 malam. Kebakaran itu telah meranapkan keseluruhan rumah jenis dua tingkat dan tiada sebarang kecederaan berlaku semasa kejadian.

Mangsa telah menerima bantuan kewangan hari ini bagi membantu meringkan kesusahan yang dialami untuk meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

Attachments
Created at 12/27/2022 9:41 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 12/27/2022 11:46 AM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim