
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan
Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam melalui peruntukan JAPEM kepada seorang ketua keluarga yang
terlibat dalam kejadian banjir dan seorang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian
rumah roboh.
Majlis berlangsung di Bilik Kunjungan, bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan dan disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji
Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada ketua-ketua keluarga berkenaan.

Pada 28 Ogos 2022, sebuah rumah di Kampung RPN Perumahan Teres, Tanah Jambu,
Daerah Brunei Muara yang dimiliki oleh Awang Suhaimi bin Haji Damit @Abd Hamid telah
mengalami banjir. Limpahan air yang memasuki rumah mangsa itu melimpasi paras satu
kaki dan mengakibatkan kerosakan harta benda.
Dalam kejadian yang berasingan pula, sebuah rumah di Kampung Burong Pingai Ayer telah
dilanda bencana rumah roboh yang berlaku pada 25 September 2022. Rumah tersebut
dimiliki oleh Dayang Hajah Amit binti Abbas telah roboh sepenuhnya, namun tiada
sebarang kecederaan berlaku semasa kejadian.
Mangsa-mangsa bencana telah diberikan bantuan kewangan untuk membantu
meringankan kesusahan yang dialami bagi meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini
menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk
yang mengalami musibah.