Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA MANGSA KEJADIAN BENCANA

IMG_7895_result.jpg

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah mengadakan majlis penyerahan bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan JAPEM kepada 6 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir, kebakaran rumah dan angin kencang. Majlis berlangsung di Dewan Citra Budaya, bangunan KKBS.

Hadir menyampaikan bantuan kewangan tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada dua (2) orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir, tiga orang (3) ketua keluarga terlibat dalam kejadian kebakaran dan seorang (1) ketua keluarga terlibat dalam kejadian angin kencang.

Dayang Rapiah binti Kumit.jpg

Sebuah rumah di Kampung Baong Putat dan sebuah rumah di Kampung Mengkubau, Daerah Brunei dan Muara yang dimiliki oleh Haji Alihan bin Haji Lamit dan Hajah Rosanani binti Haji Masri telah dimasuki air yang melebihi paras satu kaki. Kesemua penghuni dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Kejadian berlaku pada 8 Oktober 2022.

Sebuah rumah milik Dayang Napisah binti Katam di Kampung Parit Baru, Daerah Temburong telah mengalami kerosakan akibat kejadian kebakaran yang berlaku pada 11 Oktober 2022 kira-kira pukul 5 petang. Dua buah rumah di Daerah Tutong juga mengalami kejadian yang sama. Rumah​ Dayang Timbang @Siti Nurul ‘Asyiqin binti Haji Timbul di Kampung Maraburong Kupang telah ranap sepenuhnya dalam kejadian kebakaran pada 31 Oktober 2022, manakala rumah Awang Iradat bin Haji Gapor di Jalan Petani, Kampung Sengkarai hanya mengalami kerosakan dalam kejadian yang berlaku pada 2 November 2022. Tidak ada kecederaan berlaku semasa kejadian.

Dayang Timbang @ Siti Nurul Asyiqin binti Haji Timbul.jpg

Pada 31 Oktober 2022, rumah yang dimiliki oleh Awang Ismail bin Hussain di Kampung Telisai, Tutong telah berlaku kejadian atap terbang akibat angin kencang. Semua penghuni rumah dalam keadaan selamat dan tidak berlaku sebarang kecederaan.

Kesemua mangsa-mangsa bencana menerima bantuan kewangan kerajaan hari ini untuk meringankan kesusahan yang dialami demi kesejahteraan mereka sekeluarga. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

Attachments
Created at 12/27/2022 3:37 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 12/27/2022 3:37 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim