Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS PERLANCARAN SMS BRUNEI PRIHATIN UNTUK TABUNG ANAK-ANAK YATIM BAGI TAHUN 1444H/2023M

IMG_0241.jpg

‚ÄčKementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB)‚Äč, Datastream Digital Sendirian Berhad (DST), Progresif Sendirian Berhad dan Imagine Sendirian Berhad telah melancarkan SMS Brunei Prihatin untuk Tabung Anak-Anak Yatim 1444/2023 hari ini bertempat di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Majlis perlancaran itu disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Pemangku Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Yang Mulia Dayang Mirany Floridzah binti Abd. Rahman, Pengarah Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Yang Mulia Haji Azman bin Hj. Abd. Rahman, Pemangku Pengarah Radio Televisyen Brunei (RTB), Yang Mulia Awang Radin Sufri Radin Basiuni, Pegawai Eksekutif DST Sdn Bhd, Yang Mulia Nurul Haniah binti Haji Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif Progresif Sdn Bhd dan Yang Mulia Abdul Hafiz Aizuddin bin Haji Hasheim, wakil daripada Imagine Sdn Bhd.

IMG_0255.jpg

Kutipan derma melalui SMS yang dilancarkan pada hari ini akan berlangsung selama 3 bulan bermula 17 Mac 2023 dan berakhir pada 17 Jun 2023. Oleh yang demikian, orang ramai bolehlah menderma melalui perkhidmatan SMS yang disediakan dengan menaip YATIM (tanpa jarak) dan diikuti dengan jumlah yang hendak didermakan iaitu 1, 5, 10, 15, 20, 50 atau 100. Sebagai contoh YATIM20 (bagi derma berjumlah $20) dan hantar kepada 38111 bagi pelanggan DST dan Progresif dan bagi pelanggan Imagine hantar kepada 39999.

Majlis juga diselajurkan dengan penyerahan derma hasil kutipan SMS Brunei Prihatin yang dikumpulkan pada tahun 1443/2022 daripada syarikat-syarikat telekomunikasi kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Jumlah Kutipan SMS Brunei Prihatin bagi Tabung Anak-Anak Yatim 1443/2022 berjaya mengumpul sebanyak BND226,058.00 (Ringgit: Dua Ratus Dua Puluh Enam Ribu Lima Puluh Lapan). Daripada jumlah tersebut;

  • Sebanyak BND205,518.00 (Ringgit: Dua Ratus Lima Ribu Lima Ratus Lapan Belas) adalah sumbangan daripada DST Sdn Bhd iaitu BND195,518.00 (Ringgit: Seratus Sembilan Puluh Lima Ribu Lapan Belas) adalah hasil kutipan daripada pelanggan DST dan sejumlah BND10,000.00 (Ringgit: Sepuluh Ribu) adalah sumbangan daripada pegawai dan kakitangan DST yang diserahkan oleh Yang Mulia Awang Radin Sufri bin Radin Basiuni, Ketua Eksekutif DST Sdn Bhd.
  • Hasil Kutipan SMS daripada pelanggan Progresif Sdn Bhd berjumlah BND20,000.00 (Ringgit: Dua Puluh Ribu) yang disampaikan oleh Yang Mulia Nurul Haniah binti Haji Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif Progresif Sdn Bhd.
  • Imagine Sdn Bhd pula berjaya mengumpulkan sebanyak BND540.00 (Ringgit: Lima Ratus Empat Puluh) yang disampaikan oleh Yang Mulia Abdul Hafiz Aizuddin bin Haji Hasheim wakil daripada syarikat berkenaan. Sumbangan tersebut diterima oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
IMG_0277.jpg
IMG_0267.jpgIMG_0272.jpg
IMG_3695.jpgIMG_3699.jpg
SMS Brunei Prihatin merupakan projek tahunan yang diungkayahkan bersama oleh JAPEM, RTB dan Syarikat Telekomunikasi sejak tahun 2005 bagi membuka platform untuk memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan kepada anak-anak yatim yang berdaftar di bawah Pendaftaran Kebangsaan Anak-Anak Yatim. Sejak platform ini dibukakan, sambutan daripada orang ramai adalah sangat menggalakkan. Semua jumlah kutipan yang diterima akan disumbangkan sepenuhnya kepada Tabung Anak-Anak Yatim di Bawah kendalian JAPEM.
Attachments
Created at 3/20/2023 3:04 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim
Last modified at 3/20/2023 3:17 PM by Mohammad Jamaddil Bin Kassim/Kasim