YM Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan),
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima sumbangan bagi Tabung
Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 bertempat di Sekolah Antarabangsa Islam
Miftah An-Nur petang ini.
Sekolah Antarabangsa Islam Miftah An-Nur menyumbangkan sejumlah Tiga Puluh
Lapan Ribu Sembilan Ratus Empat Puluh Sembilan Ringgit Dan Tujuh Puluh Lima
Sen (BND 38,949.75) yang disampaikan bersama oleh YM Md Bazli Albarr Bin Haji
Mohammad Albadii Shahnoel, YM Sophora Butt, YM Yahya Ibrahim dan YM Fikriyah
Halizan, wakil penuntut Sekolah Antarabangsa Islam Miftah An-Nur.
Dana berkenaan adalah hasil kutipan yang telah dijalankan oleh penuntut-penuntut
melalui kutipan derma daripada ahli keluarga mereka dan projek amal “Charity Bake
Sale” sekolah berkenaan.
Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah YM Dayang Fauziah
binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, YM Bilal Buttar, Pengetua Eksejutif, YM Awang
Sabiqur Rahman, Ketua Bahagian Menengah, Sekolah Antarabangsa Islam Miftah AnNur, YM Dayang Maimunah binti Aziz, Ketua Sumber Tenaga Manusia, Sekolah
Antarabangsa Islam Miftah An-Nur dan pegawai-pegawai dari Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan Pembangunan Masyarakat.